Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.
Allah maha besar Allah maha besar Allah maha besar
Tiada Tuhan selain Allah
Allah maha besar
Allah maha besar dan segala puji bagi Allah...
Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Adha kepada semua teman-teman, sanak saudara, kenalan, rakan dan semua umat Islam di mana jua berada... maaf zahir dan batin... bersamalah kita menghayati peristiwa agung pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anakandanya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi tuntutan perintah Allah Taala...
Alhamudulillah... hari raya tahun ini k.gee dapat melaksanakan ibadah korban di kawasan perumahan kami... majlis korban diadakah di kawasan masjid dan selepas selesai upacara sembelihan, masjid mengadakan kenduri... kami anak beranak hanya berkenduri di rumah sahaja...
Ok... hari ini k.gee sharekan resepi puding oreo yang k.gee selongkar di dapor Hazlinnazri... sesuai dibuat juadah pencuci mulut untuk tetamu... Terima kasih dik...
PUDING OREO
Sumber : Hazlinnazri
Ubah suai rasa : gee-hut
Bahan-bahan...
1 paket agar-agar
1400 ml air (ikut kesuaian banyaknya agar-agar)
daun pandan
(3 bahan di atas ~ didihkan sehingga agar-agar cair sepenuhnya)
10 keping biskut oreo (buang krimnya) (k.gee guna oreo serbuk...tak payah kisar)
2 sudu besar serbuk koko (k.gee tambah sedikit cooking choc yang dicairkan)
2 sudu besar susu pekat ~ kalau nak guna susu perisa coklat pun ok
1/2 cawan gula (secukup rasa)
1/2 cawan air suam
(5 bahan-bahan di atas ~ blend, jadi pes coklat dan tuang dalam periuk agar-agar yang dah dicairkan tadi)
selepas mendidih, masukkan dalam acuan.. sejukkan dan boleh dimakan..
boleh juga dimakan bersama cocktail buah-buahan...
memang yummy..
Selamat mencuba...
salam singgah kak selamat hari raya .. nyaman tekak kalau panas2 ni telan puding ni tapi kat sini hujan dah mula turun.. :))
ReplyDeletesedapnya kak gee.... feveret anak kalu puding2.. tq resepi boleh cuba. salam aidiladha buat kak gee :)
ReplyDeleteSalam Kak Gee,
ReplyDeleteSelamat hari raya!!
slm aidiladha kak Gee...
ReplyDeletesjuk takak nengok pudig tu..
salam aidiladha kak gee..
ReplyDeleteWoww..nmpak menggoda puding oreo ni gee. Salam aidiladha juga dari akak wat gee sefamily ye!
ReplyDeleteassalamualaikum gee..
ReplyDeleteterima kasih sudi link blog saya..
resepi puding ni pun saya dapat dari blog..
sharing is caring
selamat berkenalan..
sedapnya...cantik pulak tu
ReplyDelete