Pages

Sunday, August 23, 2015

Sesekai western...


Eh..eh.! western ke ni...? western kahwin campur namanya... mat salleh kahwin orang melayu... hahaha... resepi suka hati sendiri jer... 



Resepi Carbonara Pedas GeeHut

1/2 paket pasta penne - rebus sehingga lembut dan toskan
1 tin sos 'mushroom carbonara'
3-4 batang frankfutter blackpepper (kukus/ goreng tanpa minyak)
1 tin cendawan butang
1 tin air
1/2 tin susu cair
1 kiub ayam
5-6 ekor udang hidup (buang kulitnya)
5-6 biji cili kerig (hiris kecil)
Sedikit serbuk italian herbs
Sedikit serbuk lada putih
Minyak masak/butter cair

Bahan tumbuk kasar:
5-6 ulas bwg putih
1 biji bawang holland- potong dadu
1 sudu lada hitam

Cara :
Panaskan periuk dgn sedikit minyak.  Jika suka boleh tambah sedikit butter.  Tumis bahan yg ditumbuk kasar tadi.  Biarkan bangkit bauya.  Masukkan udangdan cili kering hiris. Kacau. Tuang sos carbonara, air, susu cair, cendawan, frankfutter yg dihiris, kiub ayam, lada putih dan italian herbs.  Kacau dan biar mendidih. Tutup api dan tuang ke atas pasta penne yg direbus tadi.  Hidangkan. 



Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati...


Thursday, August 20, 2015

Popia


Petang petang begini layan popia goreng yg rangup sama teh-o panas sedap juga ye... jom...!!


POPIA

Bahan-bahan :

1 bungkus kulit popia
Sayur-sayuran spt karot, sengkuang, kobis, kacang panjang dsb.
1 biji telur
2-3 ulas bawang putih - cincang halus
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Caranya :

1. Tumis bawang putih hingga wangi.

2. Pecahkan sebiji telur dan hancurkan.

3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul.

4. Masukkan sedikit garam.

5. Kacau rata, angkat dan sejukkan.

6. Ambil kulit popia, masukkan inti di tengahnya dan gulung. Buat sehingga habis.

7. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan.

8. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran.



Selamat minum petang sambil bersantai bersama keluarga tersayang...

Sunday, August 9, 2015

Gulai ikan senangin... rindunya


Sejak bermulanya musim raya, baru hari ini k.gee dapat meluangkan masa berada di rumah sambil memasak lauk favourite... menu ikan lah makanan kegemaran k.gee... haha... Maklumlah duduk di Pantai Timurlah katakan.. Musim raya selalunya ayam, daging, rendang dan segala bagai mee dan kuih muih yang menjadi juadah istimewa buat tetamu... jarang sekali hidangan berlaukkan ikan disajikan... Itulah yg buat terasa rindu nak makan ikan tau... 


Hari ini terubat rasa rindu bila 'jumpa' ikan... nampak saja ikan senangin dijual di pasar pagi tadi terus rembat 2 ekor yg sederhana besar... seekor dibuat gulai lemak dan seekor lagi digoreng begitu saja... sedapnya meratah panas-panas...lemak dan lembut... pergh...puas hati mak...!


GULAI LEMAK LENGKUAS IKAN SENANGIN 

1 ekor ikan senangin (dibersihkan dan dikerat 3)
1 cawan santan pekat
2-3 sudu minyak masak
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit muda (hiris halus)
Garam
Asam keping

Bahan ditumbuk/kisar:

5 biji cili padi
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas

Cara :

Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar sehingga naik minyak.  Masukkan serai, ikan dan kacau rata.  Masukkan santan, garam dan asam keping.  Boleh tambakan sayur seperti kacang panjang, timun atau terung jika suka. Boleh juga tambahkan sebiji buah tomato... Biarkan sehingga mendidih dan agak pekat. Taburkan daun kunyit yg dihiris halus.  Kacau dan sedia utuk dihidangkan.  


Jemput makan ikan....

Monday, August 3, 2015

Sambal bunga kantan


Pepagi tayang sambal bunga kantan menu berbuka puasa minggu lalu... aci tak? Hehehe...selera sungguh makan berdua dengan encik hubby..! berpinggan-pingan tambah nasi... sampai berpeluh-peluh lah dahi dibuatnya... apa tidaknya smbal kantan cili padi... pedas berapi kak...!!! 


K.gee sama encik hubby memang sukakan makanan pedas... pergh! baru puas hati... Di kampung k.gee sambal bunga kantan ini memang agak popular terutama bila musim bunga kantan datang... makan sama nasi panas dan ikan goreng pun sudah memadai... kalau ada sayur masak lemak putih atau ikan kering lagi bertambah selera... Sambal kantan ini ala-ala sambal hitam Pahang yang dimasak lama sehingga agak kering dan boleh disimpan 3 atau 4 hari... boleh juga dimakan bersama roti, pulut atau meratah begitu sahaja pon boleh... sedap tau...!  


SAMBAL BUNGA KANTAN

Bahan A (tumbuk atau blender)

# 20 ulas cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
# 5 biji bawang merah
# sedikit belacan

Bahan B

# 10 kuntum bunga kantan (dihiris nipis)
# 1 biji bawang besar ~ hiris bulat
# 1 cawan ikan bilis (tumbuk kasar)
# Minyak masak secukunya
# 2 kpg asam keping
# garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:-

Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bahan yg diblender. Biar sehingga bangkit baunya.  Masukkan bunga kantan dan ikan bilis dan gaul rata.  Tambahkn sedikit air jika perlu. Biar sehingga mendidih.  Tambahkan garam, gula dan asam keping.  Biarkan ia pekat sedikit dan masukkan bawang besar yg dipotong bulat.  Masak sehingga agak kering. 


Selamat mencuba...!