Bihun memang menu yg sangat popular di dapur k.gee... bukan setakat hidangan untuk sarapan pagi malah kerap juga menjadi juadah minum petang dan makan malam... k.gee memang simpan stok bihun di rumah... ianya menu yg mudah dan ringkas... tambahan di musim cuti sekolah ini, bihun selalu jadi hidangan anak-anak.
Kali ini bihun yg ada kelainan daripada biasa... bihun kerabu... bukan resepi yg istimewa pon, cuma k.gee masukkan baki ulam-ulaman nasi kerabu kelmarin ada banyak sayang nak buang... sedap tau!
BEEHOON KERABU
1/2 bungkus bihun - celur dalam air mendidih dan toskan
1 kiub ikan bilis
1 biji telur
Kicap
Ulam-ulaman/kerabu - kobis, ulam raja, daun selom, bunga kantan, kacang panjang
Garam
Minyak masak secukupnya
Bahan kisar :
10 biji cili padi
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cara menyediakannya :-
Panaskan kuali, masukkan minyak masak secukupnya. Tumis bahan kisar hingga bangkit baunya. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau. Bila sudah agak garing pecahkan sebiji telur dan kacau. Kemudian masukkan bihun yg sudah dicelur tadi. Tambahkan kicap, garam dan sedikit air jika perlu. Kacau. Akhir sekali masukkan ulam-ulaman dan gaul rata.
Selamat berhujung minggu...