Saturday, November 28, 2015

Beehoon Kerabu


Bihun memang menu yg sangat popular di dapur k.gee... bukan setakat hidangan untuk sarapan pagi malah kerap juga menjadi juadah minum petang dan makan malam... k.gee memang simpan stok bihun di rumah... ianya menu yg mudah dan ringkas... tambahan di musim cuti sekolah ini, bihun selalu jadi hidangan anak-anak.

Kali ini bihun yg ada kelainan daripada biasa... bihun kerabu... bukan resepi yg istimewa pon, cuma k.gee masukkan baki ulam-ulaman nasi kerabu kelmarin ada banyak sayang nak buang... sedap tau! 


BEEHOON KERABU

1/2 bungkus bihun - celur dalam air mendidih dan toskan
1 kiub ikan bilis
1 biji telur
Kicap
Ulam-ulaman/kerabu - kobis, ulam raja, daun selom, bunga kantan, kacang panjang
Garam
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar :
10 biji cili padi
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara menyediakannya :-

Panaskan kuali, masukkan minyak masak secukupnya.  Tumis bahan kisar hingga bangkit baunya. Masukkan kiub ikan bilis.  Kacau.  Bila sudah agak garing pecahkan sebiji telur dan kacau. Kemudian masukkan bihun yg sudah dicelur tadi. Tambahkan kicap, garam dan sedikit air jika perlu. Kacau. Akhir sekali masukkan ulam-ulaman dan gaul rata. 


Selamat berhujung minggu...



Sunday, November 22, 2015

Selera kampung bersama SAJI


Horay..!! Cuti sekolah sudah bermula... seronok balik kampung kan...! boleh jumpa atuk dan nenek, boleh mandi sungai, boleh kejar anak ayam, boleh panjat pokok jambu, boleh main guli, main nyorok-nyorok... aaaaarggh! nostalgia zaman kecik-kecik dulu... dan yang paling seronok boleh makan lauk masakan nenek... oder saje pasti nenek buatkan... yehoooo...!  


Suka masakan kampung? 

Jom dapatkan SAJI bulan Disember 2015... ada baaaanyak menu orang lama dimuatkan dalam Saji... ada juga sajian tradisional Jawa, tradisi Minang, resepi tradisi Chef Ismail, resepi blogger, resepi ikan darat, resepi inovasi dan macam-macam lagi... menarik tau Saji kali ini...! memang berbaloi-baloi...


Ada 12 menu masakan kampung dari geehut... menu warisan datuk nenek... kesemua resepi ini ihsan dari bonda k.gee... terima kasih Mak... 







Kreatip kan orang dulu-dulu.. 

nak resepi? Jom dapatkan SAJI DISEMBER 2015... 

cepat sebelum kehabisan...!


Wednesday, November 11, 2015

Laksam ala kadar


K.gee bukanlah rajin sangat buat laksam... lagipun hanya k.gee berdua yg gemar menu Kelantan ni, anak-anak langsung tak menjamah pun sebab mereka tidak sukakan ulam-ulaman... tapi bila hubby teringin laksam air tangan isteri buat kan jugalah... kebetulan sekarang musim ikan selayang... k.gee beli lebih untuk buat kuah laksam dan selebihnya goreng buat lauk makan tengahari... 


LAKSAM

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam

Kuah :
1 kg ikan selayang - rebus dan ambil isinya
1/2 kg santan
3-4 biji bawang merah
2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Asam keping
Air 

Cara buat laksam: 
Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.

2.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

3.Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama santan.  Masak sehingga agak pekat.

4.Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam skit dan perahkan limau.
 
5. Ulam-ulaman yg digemari



Seronok kan bila suami puji masakan isteri... bangga you..!


Tuesday, November 10, 2015

Kuih bom


Kuih bom ini untuk hidangan minum petang k.gee dan cik abang... 2,3 biji meletup dalam kuali... opocot ! mujur tak ditembaknya tang muka k.gee yg tembun ni... hehehe... Jarang sekali dapat buat kuih yang ada inti kelapa sebab susah nak dapat kelapa yg muda sedang inti... selalu ada yg tua aje untuk santannya... bila sesekali dapat yg muda terus k.gee buat lebih intinya untuk kuih2 yg lain nanti... esok boleh buat kuih koci ke, pau ke atau badak berendam ke... untung kan ada inti kelapa... macam2 kuih boleh buat... InsyaAllah kalau rajin... 


KUIH BOM

Bahan A

1 cawan tepung pulut
2 sudu tepung gandum
1 sudu teh garam
Air
Bijan secukupnya

INTI KELAPA

1 biji kelapa parut (seeloknya yang lembut)
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
Daun pandan
air
Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan.  kemudian tapis. 
Masukan kelapa parut ke dalam kuali dan curahkan air gula yang sudah dimasak tadi.  Kacau sehingga sebati dan pekat.  Biarkan sehingga kering sedikit.  Angkat dan sejukkan.

Bancuh bahan A (kecuali bijan) sehingga menjadi doh yang sebati dan uli sedikit sehingga lembut dan tidak melekat.  Buatkan bulat-bulat anggaran 30 gm setiap satu, leperkan masukan inti.  Bulat2kan lalu digolek ke atas bijan.  Goreng dalam minyak yang banyak dengan api perlahan hingga keemasan.



Kuih bom manis berinti
Enak dimakan bersama suami
Selamat Hari Deepavali dari kami
Kuih muruku ada tak lagi....

Thursday, November 5, 2015

Bento dan AROMA



BENTO...!!?? Apa tu...? K.gee pun mulalah menggugel... satu persatu idea Bento k.gee teliti... Ooowww... bento itu maknanya bekal... makanan yang diletakkan di dalam bekas lalu dihias dan direkabentuk pelbagai objek dan watak kartun yang comel-comel untuk dibawa bekal ke sekolah... tujuannya supaya anak-anak lebih berselera makan... 

Keeseokannya k.gee bershopping membeli barang-barang keperluan berbento... untung encik hb sudi temankan... Kedai D.I.Y dan Daiso jadi tumpuan k.gee... Kalau diikutkan hati, mahu diangkut sebakul acuan dan bekal Bento... aduh comel-comel belaka...

Itulah kisahnya bila k.gee mendapat tawaran berkongsi resepi dan idea BENTO dari Majalah Aroma... Terima kasih kepada Editor, Puan Siti Dimiati Awe' yg sudi menerbitkan Bento GeeHut yg tak berapa comel... hehehe


Ada 9 resepi dan idea Bento dari kerastangan GEEHUT... Sudi-sudikanlah berbento... Jom dapatkan Aroma November 2015...


Sandwich angry bird


Spaghetti bolognese


Kari Olaf


Karipap 'crab'


Pau 'hello kitty'


Roti cheese 'hungry mouse'


Sosej 'octopus'


Honey bee kentang putar


Teddy bear

Seronok rupanya buat Bento ni tau... hehehe


Monday, November 2, 2015

Kuih Cara Manis


Kuih cara manis adalah kuih faveret nombor satu k.gee... hari-hari makan kuih ini pun tak mengapa tak pernah jemu... k.gee sangat gemarkan kuih ini...begitu juga dengan encik suami dan anak-anak... tak sia-sialah ada pokok pandan yg merimbun di  belakang rumah... kuih cara pandan jadi pilihan... lagipun kuih ini mudah dan ringkas nak menyediakannya... janji rajin, kaaan.... 


Hari ini bermula peperiksaan SPM 2015... Buat anakanda ALif Arsyad dan semua calon2 peperiksaan SPM...

Ya Allah...
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan ini,,, permudahkanlah mereka menjawab soalan... berikanlah ketenangan, jauhilah mereka dari perasaan resah gelisah dan dorongkanlah hati mereka untuk menjawab soalan dengan baik, tepat dan menepati skema jawapan... 

Ya Allah,
Berilah keputusan yg cemerlang kepada anak-anak kami...mudah-mudahan ia menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hambaMu yang soleh... Jadikan lah mereka pelajar yg cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat...

Ya Allah
Jadikanlah anak-anak kami anak yg soleh Ya Allah...

Amin Amin Ya Rabbul Alamin...



Kuih Cara Manis

*1 cawan santan
*1 cawan air pandan
*1 cawan tepung gandum
*1 biji telur
*secubit garam
gula pasir secukupnya
*pewarna hijau (jika perlu)
Sedikit minyak masak untuk disapu pd acuan

Caranya:

1.Bancuh bahan bertanda *dan gaul sebati.  Tapis.
2.Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak.
3 tuang bancuhan batter tadi ke dalamnya. 
4. Masukkan 1/2 sudu teh gula sebagai inti. Tutup dan biarkan sehingga kuih masak. 
4.angkat dan hidangkan.


Semoga hidup kita semanis kuih cara....





Sunday, November 1, 2015

Ikan cencaru belah belakang


Dulu semasa tinggal di asrama, ikan cencaru adalah menu paling tidak digemari... kononya isi ikan keras dan tak sedap sehingga diberi gelaran ikan jaket... ramai yang sanggup berlapar bila makcik kantin menyediakan lauk ikan cencaru goreng atau masak kicap...

Namun bila masa berlalu dan berubah zaman.... tak disangka rupanya ikan jaket jadi lauk kegemaran... bakar atau goreng 'bodo' aje pon sedap...cicah sambal belacan atau kicap lada...  kalau rajin buatkan sambal gaul sama kelapa dan sumbatkan belakang ikan cencaru tu.... memaaaang sedaaap...!!! 



RESEPI IKAN CENCARU BELAH BELAKANG

Bahan-bahan:-

Ikan Cencaru yang di bersih kan dan di belah belakang,
1/2 biji kelapa parut.*
1 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *
6 biji cili api *
3 biji cili hidup *
Garam dan gula secukup rasa *
Air Asam Jawa

Cara-caranya :- 

Lumurkan ikan cencaru dengan garam dan kunyit.
Sementara tu sediakan bahan bahan untuk di sumbat.
Bahan-bahan bertanda * di tumbuk sehingga halus.  
Perah kan air asam jawa. Gaul rata.
Sumbat kan ke dalam ikan cencaru tadi.
Panaskan minyak dan goreng.  Kalau nak bakar pun boleh


Siapa kata ikan cencaru tak sedap... rugi wooo...


p/s:  ops...abaikan typo error tu yea... dah tua....hik2x


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015