Friday, February 28, 2014

Tart epal


Salam Jumaat hari mulia penuh barakah...Alhamdulillah syukur dengan segala kurniaan dan rahmat dari Allah s.w.t. Semoga kita akan terus ditetapkan iman untuk menjadi hambaNya yang bersyukur, beriman dan bertakwa...

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3:31)



Mari kita layan tart epal comel ala-ala omputis ini yer... hari ini tuan tanah kurang sihat... ada sedikit gangguan emosi jadi tak ada idea nak berceloteh... maaf lah yer...


TART EPAL


Bahan untuk kulit / shell tart:
Sumber : Azlita Masam Manis

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara :

Pukul marjerin dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi . Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan doh dalam plastik beg dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak. Sejukkan.

Bahan untuk inti epal :

2 biji epal hijau – potong dadu dan gaul dgn sedikit garam
½ cawan gula perang
1 sudu butter
2 sudu cranberry kering
½ sudu serbuk kayu manis

Cara : Masak semua bahan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan epal lembik sedikit. Sejukkan.

Cara menyediakan tart epal :

Susun kulit tart di atas dulang pembakar dan sudukan inti epal ke dalamnya. Bakar dalam oven 170’c selama 15-20 minit.


Jangan sedih sedih tau...
jom makan tart epal banyak-banyak sampai kenyang...  

Thursday, February 27, 2014

Bingka berlauk


Hari ini tayangan amal dari dapur gee-hut adalah bingka berlauk... resipi asalnya bingka roti berlauk dari Chef Hanieliza... bingka k.ge ini tiada roti tapi rasanya tetap sedap... semerbak baunya bila dibakar... intinya pun k.gee ubahsuai ikut citarasa k.gee sendiri... k.gee sukakan inti daging macam murtabak atau inti karipap... jadi bila buat inti k.gee selalu buat lebih dan simpan dalam freezer... bila ada idea nak buat kuih k.gee akan sesuaikan resipi atau menu yang boleh menggunakan inti tadi... karipap boleh, pau boleh, roti boleh, sandwich boleh, bingka boleh, cara boleh.... macam-macam boleh... Malaysia BOLEH!!!


Kuih bingka memang kuih pujaan k.gee baik yang manis atau yang masin... buatnya pun senang janji rajin sikit menggodek dan ahli keluarga gemar makan... biasanya k.gee buat kuih selalu berganda... sebahagian makan di rumah dan sebahagian lagi tapaw ke pejabat.. Ok, jom kita semak resipi kuihbingka berlauk yang sedap ni...


BINGKA BERLAUK


Bahan Bingka :

1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 cawan air
2 biji telur (pukul ringan)
garam
pewarna kuning

Cara

1. Campurkan semua bahan hingga sebati.  Tapis.

2. Masukkan dlam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.

3. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.

5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.

6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.

7. Potong dan hidangkan.


Bahan Lauk/Inti :

400 g daging kisar
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan [hiriskan]

daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.

2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.

3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.

4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.

5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.

6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].  


Kuih bingka evergreen... memang best... !!!


Wednesday, February 26, 2014

Puff Sardin


Assalamualaikum... sudah sarapan ke belum...? sesekali layan makan sardin tak mengapa kan...? sebenarnya dari segi kesihatan, makanan dalam tin dan makanan berawet memang kurang bagus diamalkan... ia dikategorikan sebagai makanan tidak berkhasiat... alahai... tapi kalau mengidam sangat nak makan sardin tu, jamahlah sedikit saje yer... cubit sikit jer tau!! takut nanti kempunan pulak....


Puff sardin ini menu sesuai untuk minum petang... kalau nak bawa bekal pergi berkelah pun boleh... puff ini k.gee guna puff pastri segera dan sardin tin kecil... k.gee tambah bawang hiris banyak2 dan bertimbun hirisan cili padi... siapa yang geng kuat pedas saje yg boleh makan sama k.gee... yang lain sila buat sendiri punya yer... nanti berasap telinga pulak... hehehehe  


PUFF SARDIN


1 paket puff pastry
1 tin kecil ikan sardin
2 labu bawang besar potong dadu
10-20 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
1 biji limau nipis
1 biji telur - untuk sapuan
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili padi.

2. Masukkan sardin dan setengah sosnya.

3. Tambahkn garam dan air limau nipis.

4. hancur-hancurkan sardine dan biar sehingga pekat sedikit.

5. Angkat dan sejukkan.

6. ambil 1 keping puff pastry, letak inti sardin di atasnya.

7. cantum atau gulung dan sapu telur pada bahagian atasnya.

8. Bakar pada 180'C sehingga masak dan kekuningan.



Jemputlah....


Tuesday, February 25, 2014

Kek cawan keju oreo


Hari ini k.gee nak kongsikan resipi oreo cheese cupcake yang sudah lama habis dimakan oleh anak-anak... cuma tinggal gambar saje sebagai kenangan manis... hehehe... Bila k.gee dapat whatsapp dari Ezanawati wartawan majalah Saji menawarkan 10 resipi harian untuk tema bulan Mac, terus k.gee excited terima tawaran padahal dalam kepala otak bercampur aduk persoalan... sempat ke...? mampu ke...? layak ke...? nak masak apa...? apa tidaknya... Zana bagi confirmation dateline seminggu saje... kalau tak terima rasa rugi pulak... maklumlah bukan selalu dapat offer begini lagipun bukan senang nk 'keluar' dalam majalah kan... glamor you...!! 


Fikir punya fikir... akhirnya k.gee terima tawaran dengan memilih tema minum petang... kebetulan bulan Januari ada banyak cuti termasuk cuti CNY jadi k.gee ambil peluang itu untuk memasak dan 'menembak'... walaupun 10 menu yg dikehendakki tapi k.gee terpaksa membelek, menyelongkar, memasak dan menembak lebih dari itu memandangkan ada banyak resipi yg kurang sesuai dan gambar yang diambil kurang memuaskan... maklumlah dalam bulan Januari Kuantan masih dalam musim tengkujuh jadi keadaan cuaca yang kurang cahaya matahari menyebabkan sesi penggambaran banyak tergendala dan banyak gambar-gambar yg reject.... bukan setakat itu sahaja, malah untuk dapatkan menu yg sesuai k.gee terpaksa menggugel sana sini... kononnya nak cari menu yang killer dan power.... hahaha... verangan... !! itu belum ambil kira nk sediakan prop dan aksesorinya.... huh!! bukan senang nak jadi glamor kan....


Bagaimanapun, syukur alhamdulillah... atas semangat dan kegigihan yang mengalir dalam darah cucu cicit keturuan Mat Kilau ni (ewahhhh...!) akhirnya 10 menu minum petang berjaya k.gee sempurnakan dan tersiar dalam Majalah Saji Mac 2014.... walaupun bukanlah killer bebenor.... tangkap muat menu biasa dan ala kadar saje.... huh! mengah kakak dibuatnya...



KEK CAWAN KEJU OREO

(Sumber : Google tapi lupa dari blog mana...)

Bahan dasar:

16-20 keping biskut oreo

Bahan kek:

• 400 gm krim keju
• 200 gm gula halus
• 2 biji telur
• 100 gm krim putar ( putar hingga gebu )
• 1 biji lemon (ambil jusnya) / 1 sudu sunquick
• 1 sudu tepung jagung

Cara-cara :

1. Susunkan acuan cupcake dan masukkan biskut oreo ke bahagian dasar setiap acuan.

2. krim keju dan gula dipukul hingga sebati

3. masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul setiap kali telur dimasukkan.

4. masukkan jus lemon/ sunquick, kacau rata.

5. kemudian masukkan krim putar yang telah dipukul hingga gebu terlebih dahulu dan masukkan juga tepung jagung.

6. tuangkan adunan cheese dalam acuan yg telah diletakkan dasar oreo tadi.

7. bakar selama 20 minit - suhu 170 c.

8. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan. boleh dihiaskan dengan buah2an atau krim kegermaran di atasnya...



bila tugasan selesai... barulah tuan rumah senyum sampai telinga sambil ngap oreo cheese cupcake sampai habis semangkuk.... heeeeee



Monday, February 24, 2014

Asam pedas ayam


Assalamualaikum...
Isnin datang lagi... Isnin terakhir bulan Februari... sedar tak sedar dua bulan bakal meninggalkan kita... alamakk...!!! azam belum mula lagi ni... sempat ke...? semoga diberi kekuatan dan semangat untuk mencapai apa yang dicita-citakan... insyaAllah...


Asam pedas.... memang antara menu yang wajib ada dalam hidangan kami... selang 2,3 hari asam pedas jadi hidangan... kadang-kadang asam pedas ikan dan sekali sekala asam pedas ayam... asam pedas daging yang popular di Melaka tu belum pernah k.gee buat lagi...teringin juga nak mencubanya nanti...  


Biasanya asam pedas ni k.gee akan gandingkan dengan telur dadar dan taugeh goreng tauhu... abang hb suka makan asam pedas dengan kicap campur cili... ngam kata dia... asam pedas bukan saje sesuai dimakan dengan nasi malah kalau ada berbaki esoknya boleh dicicah dengan roti, roti canai atau lempeng... best tau...!  



ASAM PEDAS AYAM

Bahan-bahan :

Bahan untuk dikisar

Bawang merah
Bawang putih
halia
kunyit hidup
cili kering

Bahan B :

Ayam - dibersihkan dan potong kecil
Daun kesum
belacan
air asam jawa
garam dan gula
sayuran : bendi, terung atau nenas

Caranya :

Mula panaskan periuk dengan sedikit minyak.  Tumis bahan kisar sehingga garing dan naik baunya..

kemudian masukan belacan dan daun kesum.

masukan ayam dan biarkan bahan tumisan meresap kepada ayam tersebut..

tambahkan air, air asam jawa, garam dan gula... biarkan sehingga mendidih dan pekat...

akhir sekali masukkan sayuran...k.gee guna nenas kiub dalam tin... biarkan mendidih lagi 5 minit dan bolehlah ditutup api...   Sesuai dihdiangkan bersama nasi hangat atau dicicah roti atau lempeng... bestt...!!  



Sedapnya asam pedas... bertambah2 makan...


Friday, February 21, 2014

Popia pisang


Salam pagi Jumaat yang mulia... mari bersama kita panjatkan doa untuk diri, untuk Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, untuk orang tua kita, keluarga kita dan sekalian umat Muhammad di atas muka bumi Allah ini... Sesungguhnya Jumaat adalah hari yang bermakna...


Jika ada rezeki yang lebih, mari kita sedekahkan pisang ke masjid-masjid... Buah pisang ada disebut sekali dalam al Quran... "Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya” (Al-Waaqi'ah 56:29)... Rupa-rupanya buah pisang ini adalah untuk mengingatkan kita akan hari kiamat dan apa yang ada di dalam syurga...



Hidangan paling ringkas dari dapur gee-hut hari ini... Popia pisang...dan salah satu menu yang tersiar dalam majalah Saji keluaran Mac 2014... sangat sesuai untuk hidangan minum petang bersama keluarga...

POPIA PISANG


Bahan-bahan

• 4 keping kulit popia
• 4 biji pisang emas
• minyak - untuk menggoreng

Cara membuatnya

• Ambil sehelai kulit popia, balutkan pisang dan gulung. Goreng hingga kekuningan. Sedap dimakan bersama sos coklat, karamel atau aiskrim.


Jemputlah...

Thursday, February 20, 2014

Oreo brownies


Sesekali layan menu orang putih ok juga kan... k.gee memang kurang rajin membaking sebab maklumlah tekak melayu.... suka layan kuih muih tradisional dan lauk pauk kampung jer... kek mengekek tu timbul bila anak-anak balik bercuti dan berkumpul di rumah.... kelmarin anak bujang k.gee demam dan tak berselera nak makan nasi... dia request nak makan yang manis manis so k.gee godekkan oreo brownies ni untuk dia...  


Pertama kali buat brownies... hampir-hampir fail... resipi k.gee gugel jer tapi lupa nk save tuan punya blog... sebenarnya k.gee tersilap buat kira-kira... bila tengok sikit sangat bahan-bahannya k.gee terus doublekan adunan ... konon2 biar dapat banyak... rupanya bila dah masak, brownies jadi tinggi dan tebal... alahai.... gemuk la pulak brownies k.gee... rupa-rupanya brownies memang nipis dan leper jer kan... hehehe... next time cuba lagi...!!!


OREO BROWNIES

1/2 cup (125ml) vegetable oil
1 cup (22g) sugar
1 tsp vanilla
2 large eggs
1/4 teaspoon baking powder
1/2 cup (40g) cocoa powder
1/4 tsp salt
1/2 cup (64 g) flour
15-20 oreos

the how to :

1) preheat the oven to 170''c

2) mix oil and sugar til well blended

3) in goes the eggs and vanilla, stir until just blended

4) in another bowl, mix all of the dry ingredients.

5) stir in the dry ingredients into the wet ingredients.

6) crush the oreos and stir in 3/4of them into the mixture.

7) pour batter into greased 9x9 square pan or line with parchment paper.

8) sprinkle the remaining broken oreo bits over the top of the brownies batter.

9) bake for 20 minutes or till the sides to pull away from the pan.

10) cool completely before cutting them.



Kalau nak best lagi, curahkan chocolate ganache ke atasnya...
oh yummy...!!!


Wednesday, February 19, 2014

Ikan Salai Lemak Belimbing


Apa menu hidangan lunch hari ini yer...? sedap nya kalau dapat layan menu masakan kampung kan... masa balik kampung baru-baru ini k.gee sempat petik buah belimbing buluh yg berganyut-gayutan di pokok belakang rumah emak... dapatlah k.gee kumpul satu plastik untuk dibawa balik ke Kuantan.... kebetulan ada ikan keli salai yang k.gee beli di Pekansari Temerloh, terus godek2 masak lemak cili padi ikan salai dengan belimbing buluh... best tu...!!  


Rupanya ikan keli salai ni lembut bebenor isinya... bila nak senduk dalam mangkuk terus terpotong dua badannya... nasib baik tak hancur terus... k.gee masak seekor jer sebab anak-anak tak gemar makan ikan salai... jadi seekor k.gee kongsi berdua dengan abang hb..  



IKAN SALAI LEMAK BELIMBING

BAHAN UTAMA

1 ekor ikan keli salai
10 biji belimbing buluh
4 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
1 camca teh garam
Asam keping/gelugor
Sedikit gula

BAHAN TUMBUK HALUS

10-15 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 biji bawang merah

Bahan lain:

CARA :

1. Masukkan bahan yg telah ditumbuk ke dalam kuali atau periuk. Kemudian masukkan santan cair, serai dan asam keping.

2. Bila sudah memdidih, masukkan belimbing buluh dan biarkan sedikit layu.  Masukkan pula santan pekat dan ikan keli salai dan masaklah sehingga pekat kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Akhir sekali taburkan daun kunyit yg dihiris nipis.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Jemput semua....
jemput tengok aje lah... hehehe


Terima kasih Saji


Syukur alhamdulillah... resipi dan menu k.gee tersiar lagi dalam Majalah Saji keluaran bulan Mac 2014... ada 10 resipi kesemuanya yang bertemakan minum petang.... terima kasih kepada Majalah Saji dan wartawan Ezanawaty yang memberi peluang kepada k.gee.... terima kasih banyak-banyak...

Monday, February 17, 2014

Kuih bakar evergreen


Assalamualaikum dan salam pagi Isnin... mari kita sama sama memulakan tugas dengan penuh semangat dan happy... semoga hari ini memberi keceriaan pada kita semua... biasalah kalau mood Monday blues tu perkara normal... bak kata pepatah Inggeris "There is nothing like staying at home for real comfort..."


Seronok kan menghabiskan hujung minggu bersama keluarga di rumah... boleh golek golek santai santai dan paling seronok sekali boleh memasak macam macam menu dan boleh snap gambar untuk stok kat blog... hehehe...   


Kuih bakar ini k.gee buat pagi semalam untuk menu sarapan... kuih yang memang menjadi favourite k.gee dari dulu lagi... kuih yg evergreen... cuma dulu emak selalu buat dalam acuan yang berlubang ditengahnya dan bakar atas dapur arang... memang semerbak aroma pandan bila dibakar... k.gee paling suka kuih bakar yang hangus dan keraknya tebal... sedap...

KUIH BAKAR


2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi (cairkan)
2 biji telur (pukul ringan)
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan

Cara-Cara

Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Griskan acuan dengan mentega atau minyak. Panaskan atas dapur gas hingga minyak berdesir. 
Bila minyak telah panas, tuangkan adunan tadi. Taburkan bijan. 
Biarkan seketika hingga bahagian tepinya masak.
Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sampai garing. 



Selamat menjamu selera...

Friday, February 14, 2014

Nasi sup


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari Jumaat yang mulia...Sabda Rasulullah s.a.w. " Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat".  Hari Jumaat telah dikhaskan kepada umat Islam dengan penuh kebaikan, malah lebih baik dari bulan Ramadhan dan 10 malam terakhirnya. Subhanallah Alhamdulillah  La ilaha illallah Allahuakbar...


Hidangan serba ringkas hari ini nasi bersama sup ayam... maklumlah tuan tanah kurang sihat jadi layan sup memujuk tekak yang perit dan meragam...


NASI SUP
(Ikut style Wana Potret kasih)

untuk nasi   1 pot beras - dimasak seperti masak nasi biasa  

Untuk sup

K.gee gunakan bahagian rangka ayam, bahagian kaki, kepak, leher, tulang rusuk (dipotong kecil2 )

Untuk Tumisan

3 ulas bawang putih ( di tumbuk )
3 ulas bawang merah ( di hiris )
1 biji bawang besar saiz kecil ( ditumbuk )
1 inci halia ( di ketuk kasar/ ditumbuk halus
1/2 sudu makan lada putih ( ditumbuk )
rempah 3 sekawan secukupnya ( kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga )
1 sudu makan rempah sup serbuk/ rempah bunjut
garam secukupnya
sedikit perasa/ kiub ayam – jika suka
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
daun bawang/ daun sup ( bahan tabur )

Cara membuatnya

1. Tumis rempah 3 sekawan serta bahan2 hiris/tumbuk hingga wangi kemudian masukkan ayam, rempah bunjut dan air.

2. Masak hingga ayam empuk, masukkan garam dan kiub ayam.  Jika suka boleh tambahkan ubi kentang, karot dan sayur2an lain yg digemari.

3. Sesuaikan rasa, bolehlah di tutup api….

* Untuk menghidang... masukkan 1 scoop nasi ke dalam mangkuk dan tuangkan sup ayam tadi.  Sedia dinikmati.



Jemputlah....

Wednesday, February 12, 2014

Pasta ala kampung


Sesekali kalau layan pasta goreng best juga kan... pasta goreng ala-ala kampung... maklumlah k.gee ni kalau memasak paling wajib sekali adalah cili padi dan harus pedas.... baru ngam dengan selera tekak Melayu.... hehehe


Sebenarnya ini menu sarapan pagi tadi.... k.gee tapaw dan jamu selera bersama member2 di opis... tapi ada juga rakan-rakan k.gee yang tidak gemarkan pasta dan ada yang pelik tengok riben goreng ni... hahaha... k.gee pun bukanlah selalu makan pasta cuma bila teringin nk makan tu biasanya k.gee akan olah resipinya supaya sesuai dengan citarasa yang digemari... bahan2 pun bukan ada sukatan sangat... main campak2 jer... janji sedap dan kenyang perut.... tak gitu!?


PASTA ALA KAMPUNG

Bahan-bahan :-


250gm pasta riben
Sotong, udang dan isi ayam -- k.gee tak sukat campak2 jer
1 biji  bawang besar – dicincang
4 ulas bawang putih – dicincang
4 sudu besar cili kisar
5 biji cili padi - potong kecil
3 sudu besar sos piza (tomato puri + rempah piza)
1 kiub ikan bilis
Lobak, kobis, capsicum  - hiris nipis
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak

Cara-cara

1.Rebus pasta riben sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak.

2.Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

3.Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos piza, kiub ikan bilis dan sedikit air.

4.Masukkan ayam/seafood dan kacau sehingga hampir masak.

5.Masukkan sayuran dan past yg direbus tadi. Kacau hingga sekata.

6.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.


Jom layan pasta kampung ni....


Sotong Magik


Sotong magik..??? apa yang magik tu...? haaaa....memang magik tau.... tiba-tiba sotong bertukar jadi raksaksa... melompat-lompat dalam kuali... terkejut k.gee dibuatnya... terus k.gee menjerit.... tolong! tolong! ada raksaksa nak makan saya... toloooong!! haisy...!!! awak ni macam budak kecik... tidur tak basuh kaki lah tu... mengigau pulak!!!


hahahaha....jangan marah yer pepagi dah buat lawak.... sebenarnya memang betul pun sotong magik... k.gee goreng sotong celup tepung magik... tepung ini k.gee beli beberapa bulan lepas semasa bertugas di karnival Halfest... memang sedap tepung ini untuk gorengan... tak perlu tambah apa-apa cuma celupkan sahaja apa-apa yang dikehendakki dan terus goreng... cukup rasa dan cukup rangup... serius sedap tau!!!  



SOTONG CELUP TEPUNG

Sotong dipotong bulat
Telur dikocok
Tepung Magik secukupnya
Minyak menggoreng

Cara2nya :-

Bersihkan sotong dan potong bulat...  Lapkan sotong bagi kering sikit... celupkan dalam telur dan lumurkan dalam tepung magik... celup sekali lagi dalam telur dan lumurkan dengan tepung magik buat kali kedua.  Panaskan kuali dengan minyak yang penuh.  Goreng sotong dalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan toskan.  Sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah sos kegemaran.   


sotong magik cicah sos cili...
memang yummy..!! 



HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015