Friday, May 29, 2015

Kuey Teow Sup


Kue teow sup simple menu makan malam hari ini... sambil layan Drama Ayuni Safira di TV9... Kebelakangan ini keadaan dan kesibukan tugas memang tidak mengizinkan untuk berblog... jengok pon sekali sekala aje.... 'menembak' jauh sekali.... apatah lagi nak mengupdate... kadang-kadang terfikir nak tutup jer dapur maya geehut ini... bimbang bila habuk dah menimbun nanti... tak jumpa pintu masuk pulak... amacam... setuju tutup?  


Syabas kepada blogger yang rajin mengadap blog memasing setiap hari.... yg tak pernah kering idea memasak atau idea mengarang.... syabas! korang memang hebat...! 



Kuey Teow Sup
(Rujuk dari blog seseorang tapi lupa nama nya...)

Bahan-bahan

1 bungkus Kuey Teow
500gm daging lembu - jangan dipotong 
1 biji bawang besar di belah 4
4 ulas bawang putih diketuk
1 4-inch halia, di belah dan diketuk 
Air secukupnya
Rempah penumis secukupnya
Sedikit kiub ikan bilis/kiub ayam
Daun Sup dan Daun bawang
Taugeh
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan air dan celur kuey teow. Tos dan ketepikan.
Daging dibersihkan dan rebus sekejap hingga mendidih kemudian buang air rebusan. Ini supaya kuah supnya menjadi jernih dan cantik.  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang diketuk sekejap sahaja. Masukkan air. Kemudian masukkan daging yang direbus sekejap tadi.  Terus rebus semula daging bersama-sama bahan bahan lain sehingga daging betul-betul empuk dan lembut. Perasakan dengan garam secukupnya.

Apabila hendak menghidang, barulah potong daging yang direbus bersama kuah sup tadi dan curahkan kuah panas ke atas kuey teow. Tabur daun bawang, daun sup dan taugeh.  Hidangkan bersama sambal kicap.

  

Jemput lah...


Saturday, May 23, 2015

Cucur Bilis


Petang hari layan cucur bilis memang ngam kan... walaupun ia menu simple dan biasa-biasa saje tapi kalau kena dengan seleranya dan dimakan beramai-ramai... memang berbaloi2 lah bancuh sekilo tepung... lawan kan dengan secawan kopi-o panas... aduh mak aii..!! mabeles....


CUCUR BILIS

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan taugeh
2-3 batang daun kucai
1/2 cawan ikan bilis
2 biji bawang merah
2 biji cili padi
Garam
Minyak masak
Air secukupnya

Cara membuatnya :

Masukkan kedua-dua tepung dan garam ke dlm mangkuk.  Panaskan sesenduk minyak masak dan curahkan ke dalam mangkuktepung tadi.  Ratakan.  Masukkan air, bawang, cili dan ikan bilis yng ditumbuk terlebih dahulu. Kacau rata.  Masukkan pula taugeh dan daun kucai yg dipotong kecil. Kacau rata.  

Panaskan minyak dalam kuali.  Gunakan sudu dan masukkan adunan ke dalam kuali satu persatu. Buat hingga habis.  Goreng hingga kekuningan dan garing.

Hidang bersama sos cili kegemaran.



Jemput lah...


Sunday, May 17, 2015

Asam gumpal


Pertama kali buat kuih ini dan pertama kali merasainya... wah! memang enak... rasa sagunya yang lembut bersama inti kacang hijau yg manis dan kuahnya yang lemak-lemak membuatkan semangkuk demi semangkuk di slrup... lebih-lebih lagi menikmatinya sebaik sahaja keluar dari peti ais... ermmm... yummy!!! 


Menurut ceritanya kuih ini popular di Kelantan dan Trengganu... di sana kuahnya ditambah halba, halia dan bawang... ada juga yg menambah hirisan nangka untuk lebih uuummph katanya... k.gee ubahsuai sikit ikut citarasa sendiri sebab k.gee lebih sukakan rasa yg lemak2 manis gitu... jom kita semak resepinya...   


ASAM GUMPAL 
(Versi Trengganu... ubahsuai ikut citarasa geehut)

4 cawan sagu mata ikan
8 cawan air panas
1 mangkuk santan
1 cm halia (k.gee tak letak)
2 ulas bawang merah (k.gee tak letak)
2 sudu kecil halba (k.gee tak letak)
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula
Sedikit garam
Air secukupnya
Daun pandan

Cara:

1. Rebus kacang hijau hingga empuk.
2. Bila sudah agak kering tambahkan gula dan kacau rata.
3. Matikan api dan sejukkan.  Bulat2kan seperti guli dan keteikan.
4. Rendamkan pula sagu, toskan dan curah air panas mendidih. Tunggu sehingga sejuk.
5. Kemudian kepalkan sagu tersebut dan masukkan inti kacang hijau  ditengahnya.
6. Masukkan dalam kukusan yg dialas dengan aluminium foil atau daun pisang.  Kukus 15-20 minit.
7. Sediakan kuahnya pula... masukkan santan dan sedikit garam ke dlm periuk dan masak hingga mendidih.  Masukkan juga daun pandan untuk menambah aroma.  Kalu suka versi Trengganu boleh msukkn halba, halia dan bawang  
8. Akhir sekali masukkan sagu yg digumpal tadi dan kacau seketika.
9. Tutup api dan sedia dinikmati.


Sesuai juga untuk juadah berbuka puasa...
cubalah...

Saturday, May 16, 2015

Mi kari udang galah


Selamat Menyambut Isra' Mikraj 27 Rejab 1436H


dan Selamat Hari Guru kepada para guru di mana sahaja berada... 


GURU OH GURU

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
~ Sajak Usman Awang 1979 ~


Udah lama tak mengkari... yuk layan mee kari udang galah bersama-sama...

MI KARI UDANG GALAH

2 paket mi kuning
2 sudu besar serbuk kari ayam/daging
Bahan penumis - kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
10-15 ekor udang kertas - potong kecil
2 ketul isi ayam - potong kecil
10 ekor udang galah
2 ketul kiub ayam
1 kg santan 
Sayur sawi, taugeh, daun sup, daun bawang
2 sudu bawang goreng
Telur rebus
Garam secukupnya
1/2 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis

Bahan tumbuk/kisar

3 ulas bawang putih
3-4 ulas bawang merah
Cili kering  (ikut kesesuaian kepedasan) - rebus dahulu sebelum kisar

Cara:

1. Panaskan minyak dalm periuk dan masukkan rempah penumis bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau. Kemudian masukkan bahan kisar/tumbuk tadi dan serbuk kari.   Kacau rata sehingga naik baunya.

2. Masukkan isi ayam, udang galah dan udang kertas  yg dipotong kecil.

3. Tuangkan santan dan kacau hingga mendidih. 

4. Tambahkan pula garam, air asam jawa dan kiub ayam sambil dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.

5. Mi dan sayur dicelur sebelum dihidangkan bersama bahan-bahan yang lain.


Nah! udang galah untuk anda....


Wednesday, May 13, 2015

Makan angin ke Seberang

Sekitar Trip melancong ke Jakarta-Bandung baru-baru ini... tak tahu nak cerita apa... tengok gambar ajelah yea.... hehehe

 

 
Ingatkan free... lepas bergambar kena bayar rupanya...
hati-hatilah... rakyat di sini mencari wang dengan meminta-minta... kasihan tapi harus berhati-hati...

Telekung... ole2 wajib beli ....

pengemis dan penjaja jalanan sangat ramai di sini...
bersyukurlah kita dikurniakan nikmat yang melimpah ruan...


 
Bermalam sehari di Jakarta sebelum bertolak balik ke tanah air...


Dapat kenalan baru... Atie & suami yang sangat baik orangnya...


Bertimbun beg...huhu


Pak supir dan pembantunya...

Pemandu Pelancong Pak Daniel orang Bandung
yg sungguh mesra dan periang orangnya..



HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015