Bila tinggal berdua... makan yang simple pun berselera... yang penting pedas dan sedap, kata hubby.. terung memang sayur feberet k.gee dan suami... lebih-lebih lagi terung goreng berlada, goreng kicap atau terung sambal bilis... terung masak lemak cili padi atau kari terung pon sodap... satu lauk pon sudah memadai... kebetulan pokok cili padi di belakang rumah k.gee tu lebat sungguh buahnya... petik cili dan goreng sama terung... fresh dan sedap tau..! bukan cili sahaja malah pokok mangga telur pon sama berbuah lebat... berkat bulan Ramadan lah gamaknya... syukur!
TERUNG GORENG KICAP
Bahan:
3 biji terung panjang - potong kecil
5-6 biji cili padi - tumbuk kasar
Bawang merah - tumbuk kasar
Bawang putih - tumbuk kasar
Kicap manis
Minyak untuk menggoreng
Sedikit kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
Caranya :
Terung digoreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. Asingkan sedikit minyak.
Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik baunya. Tambah kicap dan kiub ikan bilis. Jika perlu bubuh sedikit garam. Masukkan terung yang sudah digoreng tadi dan kacau sekata.