Pages

Thursday, May 31, 2018

Terung goreng kicap


Bila tinggal berdua... makan yang simple pun berselera... yang penting pedas dan sedap, kata hubby.. terung memang sayur feberet k.gee dan suami... lebih-lebih lagi terung goreng berlada, goreng kicap  atau terung sambal bilis... terung masak lemak cili padi atau kari terung pon sodap... satu lauk pon sudah memadai... kebetulan pokok cili padi di belakang rumah k.gee tu lebat sungguh buahnya... petik cili dan goreng sama terung... fresh dan sedap tau..! bukan cili sahaja malah pokok mangga telur pon sama berbuah lebat... berkat bulan Ramadan lah gamaknya... syukur!



TERUNG GORENG KICAP

Bahan:

3 biji terung panjang - potong kecil
5-6 biji cili padi - tumbuk kasar
Bawang merah - tumbuk kasar
Bawang putih - tumbuk kasar
Kicap manis
Minyak untuk menggoreng
Sedikit kiub ikan bilis
Garam secukup rasa

Caranya :

Terung digoreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan. Asingkan sedikit minyak.
Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.  Tambah kicap dan kiub ikan bilis.  Jika perlu bubuh sedikit garam.  Masukkan terung yang sudah digoreng tadi dan kacau sekata.


Tuesday, May 29, 2018

Homemade murtabak mini


Murtabak memang menjadi menu wajib bila berbuka puasa... hampir setiap hari hubby beli murtabak di bazar Ramadan... bila makan murtabak encik hubby mahu cicah dengan kuah kari... tak kira lah kari ikan, ayam atau daging... Kebetulan ada berbaki kuah kari kepala ikan tenggiri semalam, jadi k.gee bancuh mini murtabak versi citarasa sendiri... k.gee gunakan adunan kulit karipap sebagai kulit murtabak... kalau nak senang, beli aje kulit popia... tapi tak mahu membazir sebab hanya nak makan untuk kami berdua sahaja...bancuh secawan tepung pun sudah memadai... Inti mutabak, k.gee gunakan isi ayam dan ubi kentang... ala-ala inti karipap gitew...     


MURTABAK MINI versi GeeHut

Bahan inti :
2 biji ubi kentang
2 ketul isi ayam
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 sudu besar rempah kari
1biji telur -pukul ringan
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak

Caranya:
1. Ubi kentang, bawang dan ayam dipotong dadu. Ketepikan
2. Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga lumat.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yg ditumbuk tadi.  
4. Masukkan rempah kari.  Jika suka pedas boleh tambah sedikit cili kisar. Kacau hingga naik baunya.
5. Masukkan ayam dan kacau rata.
6. Masukkan pula kentang dan bawang yg dipotong dadu.  Kacau.
7. Tambah sedikit air, garam dan gula dan biarkan sehingga kentang empuk dan masak.
8. Masak sehingga kering. Angkat dan sejukkan.

KULIT MURTABAK

1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1/2 sudu minyak sapi
Secubit garam
Air secukupnya

Campurkan tepung dan garam ke dalam mangkuk. Gaul.  Panaskan marjerin dan minyak sapi hingga cair dan curah ke dlm adunan tepung tadi.  Gaul menggunakan sudu hingga sebati.  Curahkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sebentar 10-15minit. Ambil seketul adunan dan canai hingga nipis. Letakkan inti ditengahnya dan curah telur. Lipat kulit murtabak supaya telur tidak meleleh.  Panaskan kuali dan goreng murtabak sehingga garing. 


Tomyam seafood


Alhamdulillah... hari ini sudah masuk fasa kedua Ramadhan... nampaknya ibu-ibu dan suri rumah sudah semakin rancak mengukis... sudah bersusun nampaknya kukis dalam balang untuk hidangan hari raya yang akan menjelang tiba... Juadah berbuka puasa semakin ringkas nampaknya... maklumlah tak terkejar dek tangan mana nak buat kukis lagi... nak siapkan baju raya sedondon lagi... langsir dan alas meja yang belum dibeli... aduhai... rasa nak putar balik kalendar ke belakang... kaan...  

Hari ini layan menu tomyam seafood mudah sahaja... tekak rasa nak makan yang masam-masam dan pedas pulak... jom...


TOMYAM SEAFOOD Mudah

Bahan-bahan:

2-3 ekor sotong - bersihkan dan potong kecil
200gm udang - bersihkan
1 btg serai- diketuk
2 biji tomato - potong kecil
1 biji bawang holand - hiris
1 helai daun Limau purut
3-4 biji cili padi - diketuk
1/2 inci lengkuas - hiris
Sayuran- bunga kobis, karot, seleri 
2 sudu perencah tomyam putih
Air secukupnya
Garam

Cara :

1. Masukkan bawang, serai, tomato, daun limau purut, cili padi, perencah tomyam dan air ke dalam periuk.  Didihkan.
2. Kemudian masukkan uang dan sotong dan diikuti dengan sayuran.
3. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Biarkan mendidih dan sayuran masak.  Tutup api dan angkat.
5. Boleh dihidangkan bersama nasi putih atau bihun.


Saturday, May 26, 2018

Badak berendam


Wah..! mentang-mentang lah cuti hujung minggu... kemain rajin lagi ke dapur ye... Satu persatu hidangan disediakan sebagaimana diidamkan... Si ayah awal lagi sudah bisik mahu makan kari kepala ikan tenggiri... anak dara bongsu pula request cucur ayam ala-ala bebola katanya... haa... emak pula seperti biasa gemarkan manisan... so si badak hijau ini sudah pasti emak yang terliur... hehe


Kuih badak berendam memang selalu menjadi pilihan k.gee berbuka puasa... cuma kebelakangan ini jarang dapat menyediakan kuih muih berinti kerana agak susah nak dapat kelapa yang muda dan basah yg sesuai untuk dibuat inti... selalu kelapanya sudah tua dan keras menyebabkan inti agak kesat bila dimakan... kebetulan hari ini dapat kelapa ngam untuk inti, terus saje k.gee membadak... Badak berendam k.gee versi rebus ala kuih onde-onde... dulu emak k.gee buat badak guna kaedah kukus... tapi rasanya tidak berubah... masih lemak manis dan berkrim... yumms..! 



BADAK BERENDAM

Bahan-bahan

Inti :

1 biji kelapa muda - parut
2-3 keping gula kerek/gula melaka - masak dengan sedikit air dan tapis
1 cawan gula
Sedikit air
Sedikit tepung gandum
Daun pandan

Cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali/periuk dan masak sehingga pekat.  Bila sudah hampir mask taburkan tepung gandum bertujuan sedikit demi sedikit sehingga inti pekat dan kering.  Ketepikan dan sejukkan.

Doh :

2 cawan tepung pulut
Segenggam tepung gandum
Air secukupnya (ikut lembut)
Air pandan / pewarna hijau (jika suka)

Uli kesemua bahan hingga menjadi doh yg lembut.  Ambil doh sebesar bola ping pong dan masukkan inti.  Gentel bulat2.  Masak di dalam air rebusan yang telah dipanaskan.  Bila timbul, angkat dan masukkan  ke dalam bekas yg berisi air masak supaya kuih tidak melekat.
  

Kuah santan

1 mangkuk santan 
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam

Masak di atas api sederhana sehingga santan pekat. 

Toskan kuih yg berendam air tadi dan masukkan ke dalam bekas lain.  Tuang santan ke atas kuih. 


Friday, May 25, 2018

Tempoyak udang feveret anak bongsu


Bila si eQa dapat bercuti hujung minggu di rumah... hati emak berbunga riang... terubat rindu dendam emak dan ayah pada si bongsu... meriah sikit kami berbuka puasa hari ini ditemani anak dara kesayangan... apa sahaja yang dihajati pasti cepat-cepat emak tunaikan... maklumlah sudah lebih seminggu berbuka di asrama... rindu air tangan emak katanya...   


Awal2 lagi eQa request udang masak tempoyak untuk menu iftar 9 Ramadhan... feveret sangat! "kasi pedas sikit tau...", laung si ayah pula dari pintu depan rumah... hehehe... memang k.gee sudah faham benar selera tekak en hubby yang 'hantu' pedas... ermmm... berselera sungguh dua beranak menjamu selera nasi sama udang masak tempoyak... sampai menjilat jari nampaknya... syukurlah   


TEMPOYAK UDANG

Bahan-bahan :

500 gm udang segar - buang kulitnya
5 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit
1/2 cawan tempoyak
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Sediakan periuk dan masukkan semua bahan kecuali udang. Biarkan sehingga mendidih.  Kemudian baru masukkan udang dan biar sehingga udang masak dan pekat kuahnya. 


Thursday, May 24, 2018

Roti puri kari terung


Salam 8 Ramadhan 1439H... juadah berbuka kami hari ini sangat ringkas dan mudah... roti puri sama kari terung... asyik menjamu selera dengan nasi dan lauk pauk sahaja... sesekali mahukan kelainan juga, kan... cuma roti puri k.gee kali ini kurang gelembungnya... hehe 


ROTI PURI

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
Air + garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara

Gaulkan tepung dan marjerin hingga sebati dan peroi.
Bancuh air dengan garam dan tuang sedikit2 ke dalam adunan tepung.
Uli hingga sebati dan lembut.  Perap/rehatkan 10-20 minit.
Setelah itu bulat-bulatkan adunan sebesar bola pingpong.  Buat sehingga habis.
Lenyekkan adunan bebola tadi sehingga leper dan goreng di dalam minyak yg panas.



KARI TERUNG

3-4 biji terung - potong kecil
1-2 sudu rempah kari
1 sudu cili kisar
Beberapa helai daun kari
2-3 ketul tulang ikan masin kurau
1 cawan santan pekat
1 cawan air
Minyak masak
1/2 air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar :
2 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari.  Masukkan daun kari dan cili kisar.
Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Bila sudah agak garing, masukkan terung dan tulang ikan masin.  Kacau.  Kemudian tambahkan santan dan air asam jawa.  Masukkan juga garam dan gula.  Biarkan kuah mendidih dan pekat.


Sunday, May 20, 2018

Popia ~ iftar 4



Assalamualaikum... Salam 4 Ramadhan... Semoga tahun ini kita dapat menunaikan ibadah puasa dan ibadah sunat di bulan Ramadhan dengan lebih baik dan diterima Allah swt...

Apa juadah berbuka hari ini? Kak gee sediakan menu simple aje... popia goreng... Sebenarnya entri kali ini entri warming up... saje nak test kamera yang dah berhabuk... lens pon dah bercendawan... nampak gayanya kena masuk wad lah dulu kamera ni... kasi vitamin dulu baru boleh shoot yang molek sikit... kan...   


POPIA

Bahan-bahan :

1 paket kulit popia
5-6 ekor udang hidup - buang kulit dan potong kecil
Sayur-sayuran spt karot, sengkuang, kobis - dihiris halus
Bawang putih - cincang halus

Caranya :

1. Tumis bawang putih hingga wangi.  
2. Masukkan udang dan gaul.  
3. Masukkan sayur-sayuran.
4. Masukkan sedikit garam.
5. Kacau rata, angkat dan sejukkan.
6. Ambil klit popia, masukkan inti di tengahnya dan gulung.  Buat sehingga habis.
7. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan.
8. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran.



Tuesday, May 1, 2018

Kari ayam Olaf


Apa khabar semua...? Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2018... selamat beristirehat dan selamat bercuti walaupun mak-mak di dapur jarang bercuti... kan kan kan... tak mengapa janji anak-anak dan famili happy... Masa cuti beginilah kita nak masak menu special untuk anak-anak.. Jom nikmati juadah makan tengahari bersama kak gee... Kari Ayam Olaf... ops! Sebenarnya watak olaf ini antara menu kreatif untuk pikat selera anak-anak kecil...k.gee kepalkan aje nasi untuk bentukkan watak Olaf... hehe... suka2 jer  


KARI AYAM 

1kg ayam (potong kecil dan bersihkan)
2-3 sudu rempah kari (bancuh bersama sedikit air menjadi pes)
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan santan pekat
1-2 cawan air
Ubi kentang,karot dan sayuran lain yg digemari (potong kecil)
2-3 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
2-3 biji bwg merah
3-4 ulas bwg putih
1 inci halia
1 sudu cili kisar (jika tak makan pedas tidak perlu masukkan cili)

CARA
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.  Masukkan juga pes rempah kari. Kacau rata dan masak hingga bangkit baunya.Tambah sedikit air jika perlu agar bahan tumisan tidak hangus.  Masukkan pula ayam yg sudah dipotong kecil tadi dan kacau rata.  Biarkan sehingga ayam kecut.  Kemudian bolehlah dimasukkan santan pekat, air asam jawa, garam, gula dan ubi kentang.  Kacau selalu agar santan tidak berbintil.  Biarkan mendidih. Akhir sekali masukkan sayuran lain seperti karot, bendir dll.