Pages

Thursday, May 24, 2018

Roti puri kari terung


Salam 8 Ramadhan 1439H... juadah berbuka kami hari ini sangat ringkas dan mudah... roti puri sama kari terung... asyik menjamu selera dengan nasi dan lauk pauk sahaja... sesekali mahukan kelainan juga, kan... cuma roti puri k.gee kali ini kurang gelembungnya... hehe 


ROTI PURI

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
Air + garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara

Gaulkan tepung dan marjerin hingga sebati dan peroi.
Bancuh air dengan garam dan tuang sedikit2 ke dalam adunan tepung.
Uli hingga sebati dan lembut.  Perap/rehatkan 10-20 minit.
Setelah itu bulat-bulatkan adunan sebesar bola pingpong.  Buat sehingga habis.
Lenyekkan adunan bebola tadi sehingga leper dan goreng di dalam minyak yg panas.



KARI TERUNG

3-4 biji terung - potong kecil
1-2 sudu rempah kari
1 sudu cili kisar
Beberapa helai daun kari
2-3 ketul tulang ikan masin kurau
1 cawan santan pekat
1 cawan air
Minyak masak
1/2 air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar :
2 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari.  Masukkan daun kari dan cili kisar.
Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Bila sudah agak garing, masukkan terung dan tulang ikan masin.  Kacau.  Kemudian tambahkan santan dan air asam jawa.  Masukkan juga garam dan gula.  Biarkan kuah mendidih dan pekat.


No comments:

Post a Comment