Sunday, October 19, 2014

Kaswi Pandan


Salam pagi minggu... syukur alhamdulillah pagi minggu yg nyaman ini dapat menikmati udara yg segar selepas hujan malam semalam sambil melayan tekak dengan keenakan kuih warisan kuih kaswi beraroma pandan bersama kopi-o panas... aaarghh..! nikmatnya....


Tiada yang lebih bermakna dari nikmat badan yang sihat kan..? haisy...! terasa hilang nikmat dunia seketika bila terlantar di hospital hanya dijamu pil-pil dan disuntik ubat-ubatan.... walaupun ada sajian yg enak-enak tetapi ujian tekak yg ditarik Allah seketika membuatkan semua sajian terasa hambar tawar dan kosong... Astaghfirullah... semoga kita insaf atas dosa-dosa yg kita lakukan dan sentiasa bersyukur atas rezeki kesihatan yg dipinjamkan...  



KUIH KASWI PANDAN

2 cawan tepung gandum
4 cawan air pandan
1 1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung beras
Pewarna hijau
2 sudu kecil air kapur makan

Cara:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan kacau rata. Tapis.
2. Sediakan loyang atau acuan, sapu sedikit minyak dan tuang adunan tadi.
3. Kukus selama 30-40 minit.
4. Setelah masak, sejukkan dan gaul dengan kelapa parut putih yg dicampur sedikit garam.



bila badan sihat baru boleh makan macam-macam kan...
jemptlah....




Wednesday, October 15, 2014

Mee bandung simple


Bila teringin makan mee bandung, terbayang-bayang mee bandung Muo... eh eh Muar... mee yang menjadi makanan kebanggaan orang Johor... kami yang bukan orang Johor pun memang gemar makan mee bandung terutama bila menghirup kuahnya yang ada rasa masam dan manis yg sangat 'ngam' dengan tekak... 


Yang ini mee bandung k.gee versi simple dan campak-campak... ada stok daging korban sikit, telur sebiji, tauhu sekeping dan 2,3 ekor udang hidup... jadilah... janji dapat penuhi hajat tekak... kan?

MEE BANDUNG SIMPLE
(cnp : Potret kasih,
Resepi asal : Nuridah, Dapur Madihaa)

Bahan-bahan untuk kuah:


Utk dimesin

5 ~ 6 ulas bawang merah

3 ulas bawang puteh

10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut

segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus

1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah

300 gram daging ~ potong nipis

4 biji telur

2 sudu sos tomato

4 sudu sos cili

Sedikit minyak masak ~ utk menumis

Garam secukup rasa

2 sudu besar gula

air secukupnya

1 ikat sawi ~ dicelur

2 helai daun kubis ~ tak letak

4 batang jagung muda ~ tak letak

2 bungkus mee kuning ~ dicelur

limau kasturi ~ optional

daun sup ~ optional

tauhu goreng ~ optional

bawang goreng ~ optional


Cara2


1.  Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.

2. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (Saya masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)

3. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.

4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam n gula secukup rasa.

5. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.

6. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.

7. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.

8. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (saya campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging).



Simple jer.... janji kenyang...
hehehe

Wednesday, October 8, 2014

Ikan goreng taucu... menu yang ringkas


Dua tiga hari ini menu asyik berlaukkan daging... memang puas hati dapat makan daging segar dan baru... terasa manisnya daging korban yang penuh barakah... anak-anak paling suka daging masak kicap dan daging goreng black pepper... siap meratah lagi... encik hubby sukakan singgang daging.... k.gee pula lebih sukakan daging masak lemak cili padi... buat pedas2 dan pekat kuahnya... hiriskan daun kunyit dan makan bersama nasi hangat... pergghhh!!!! 3 pinggan bertambah nasi you... tak sempat nak shooting sudah licin... hehehe 


Itu kisah daging... sajian hari ini bukan bab daging tetapi menu ikan yg ringkas dan ala kadar saje... ikan goreng taucu... k.gee gunakan ikan tongkol atau ikan aya hitam... isinya lembut dan padat hampir sama isi ikan tenggiri... sedap juga kalau dimasak kari, singgang atau gulai nasi berlauk... 

Sebenarnya di rumah k.gee jarang sekali masak taucu sebab bukan makanan peberet.... hanya k.gee sorang saje yg gemarkan taucu... lagipun memang sudah lama tak mentaucu...teringin pulak... Sesiapa yang sukakan taucu jom semak resipi mudah ini...
 

IKAN GORENG TAUCU



Bahan:

2 keping ikan tenggiri atau apa-apa ikan kegemaran - bersihkan dan lumur garam n kunyit

1 biji bawang besar ~ potong bulat

3-4 butir bawang putih ~ dihiris

1/2 inci halia (dihiris panjang)

3 biji cili hijau ~ di belah tengah

3-4 biji cili padi

3-4 sudu taucu

Air asam jawa

Gula secukup rasa


Cara:

- Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak.

- Keluarkan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga naik bau..

- Masukkan taucu, air asam jawa dan sedikit gula

- Tambahkan sedikit air jika perlu. Masak seketika

- Bila sudah mendidih, masukkan bawang besar, cili hijau. cili padi dan gula.

- Tak perlu masukkan garam kerana biasanya taucu sudah masin.

- Biar mereneh sekejap baru masukkan ikan goreng tadi.

- Gaul dan siap.... Boleh dihidangkan...

 

Cepat dimasak sedap dimakan... boleh buat juadah makan tengahari hari ini...
jom...!

Tuesday, October 7, 2014

Selamat Hari Raya Haji 2014


Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..

Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.

Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Allah maha besar Allah maha besar Allah maha besar

Tiada Tuhan selain Allah

Allah maha besar

Allah maha besar dan segala puji bagi Allah...
 

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Adha kepada semua teman-teman, sanak saudara, kenalan, rakan dan semua umat Islam di mana jua berada... maaf zahir dan batin... bersamalah kita menghayati peristiwa agung pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anakandanya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi tuntutan perintah Allah Taala... 

Alhamudulillah... hari raya tahun ini k.gee dapat melaksanakan ibadah korban di kawasan perumahan kami... majlis korban diadakah di kawasan masjid dan selepas selesai upacara sembelihan, masjid mengadakan kenduri... kami anak beranak hanya berkenduri di rumah sahaja...


Ok... hari ini k.gee sharekan resepi puding oreo yang k.gee selongkar di dapor Hazlinnazri... sesuai dibuat juadah pencuci mulut untuk tetamu... Terima kasih dik...

PUDING OREO
Sumber : Hazlinnazri
Ubah suai rasa : gee-hut

Bahan-bahan...

1 paket agar-agar

1400 ml air (ikut kesuaian banyaknya agar-agar)

daun pandan

(3 bahan di atas ~ didihkan sehingga agar-agar cair sepenuhnya)

10 keping biskut oreo (buang krimnya) (k.gee guna oreo serbuk...tak payah kisar)

2 sudu besar serbuk koko (k.gee tambah sedikit cooking choc yang dicairkan)

2 sudu besar susu pekat ~ kalau nak guna susu perisa coklat pun ok

1/2 cawan gula (secukup rasa)

1/2 cawan air suam

(5 bahan-bahan di atas ~ blend, jadi pes coklat dan tuang dalam periuk agar-agar yang dah dicairkan tadi)

selepas mendidih, masukkan dalam acuan.. sejukkan dan boleh dimakan..

boleh juga dimakan bersama cocktail buah-buahan...

memang yummy..

 

Selamat mencuba...


Monday, September 29, 2014

Roti jala


Assalamualaikum...
Menu roti jala untuk juadah sarapan pagi hari Sabtu lepas... kebetulan ada jemputan program solat hajat di sekolah anak dara k.gee si Ain yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 13 Oktober ini.  Ibu bapa dijemput untuk bersama-sama berdoa dan bersolat hajat demi kejayaan anak-anak.  Sewaktu sesi bertemu dan bermaaf-maafan dengan ibubapa maka bercucuran lah airmata memasing... sebagai ibu bapa kita harus berlapang dada mengampunkan anak-anak dan berdoa agar diberikan kejayaan yang cemerlang buat mereka di dunia dan akhirat... k.gee bekalkan sedikit roti jala dan kari ayam untuk Ain.. 


Sedikit info mengenai STAM...

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi membolehkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya. Secara amnya, peperiksaan ini diambil selepas mengambil peperiksaan SPM atau semasa di Tingkatan Enam.  Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang lulus sekurang-kurangnya peringkat Maqbul dalam semua mata pelajaran. Sijil akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. 

Calon yang gagal satu mata pelajaran atau lebih hanya akan diberi Penyataan Keputusan.

Pangkat bagi setiap mata pelajaran dan sijil dilaporkan adalah seperti berikut:

Mumtaz - Cemerlang
Jayyid Jiddan - Sangat Baik
Jayyid - Baik
Maqbul - Lulus
Rasib - Gagal



Jom layan roti jala pulak...

ROTI JALA


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 1/2 cawan air

1 biji telur

1 sudu kecil minyak masak

1/2 sudu kecil garam

Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan :
1.Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.


2.Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.

3.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.

4.Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.

5.Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.

6. Sedap dicicah bersama kari ayam.

 

Moga Allah jayakan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan STAM bermula 13 Oktober 2014 ini... Amin amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, September 24, 2014

Kuih Keria


Selamat Pagi...! Sarapan apa hari ini..? K.gee makan kuih keria bersama kopi-o panas... keledek dibawa balik oleh encik hb dari Cameron Highlands... bertimbun dibelinya... terpaksalah diagih-agihkan kepada adik beradik... ada yang dibuat cucur badak, rebus dan goreng... yang ada di rumah k.gee buatkan kuih keria... sedap betul keledek oren cameron highlands ni... manis sungguh...!  


Kuih keria mudah saja menyediakannya... cuma bab nak menyira tu k.gee selalu fail... kadang-kadang gula tehangus kadang-kadang tercair... nasib baik ada Bdaria yang sudi berkongsi ilmu menyira gula... Jom kita buat kuih gelang @ kuih keria...


KUIH KERIA

Bahan – bahan :

500 gm keledek Oren (kupas kulit, potong kecil dan rebus hingga empuk - toskan)

1 cawan tepung gandum

1/2 s/k garam

Cara – cara :

1 Ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas lecek bersama sedikit garam. Apabila
cukup halus, sejukkan sebentar.

2 Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. dohnya memang lembut dan melekat
di tangan

3 Taburkan tepung di dulang dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang mengikut
saiz masing-masing. Buat hingga habis.

4 Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.

Menyira gula kuih

Sumber : Bdaria

Bahan-bahannya:-

1/2 cawan gula pasir

1/2 cawan air

Cara-caranya:-

Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.

Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.

Biarkan ia selama 7 minit.

Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus. 

Terus matikan api dapur ye.

Kemudian baru masukkan kuih-kuih yang anda hendak sira kedalam kuali dan kacau sampai bunga-bunga gula keluar.

 

Sedap tau makan kuih keria...
jemputlah....!


Tuesday, September 23, 2014

Terung goreng bilis


Salam.
Ops...! cop...cop... jangan salah faham yer... bukan k.gee yang dapat menantu tapi orang lain... rakan-rakan k.gee di opis ni... k.gee tumpang gembira jer bila tengok memasing yang dapat menantu datang ke opis dengan muka yang berseri-seri... tersangat gumbira..! k.gee cuma berseri-seri dapat makan kuih seri muka.... menantu lambat lagi kot... hehehe...  


Sudah makan tengahari ke? lauk apa hari ini...? Hari ini k.gee nak kongsikan resipi senang saja... sayur terung goreng bilis... menu fav k.gee tau...


TERUNG GORENG BILIS
 Resipi : Dapur Ibundo
Olah rasa : gee-hut

Bahan:

4 biji terung panjang dibelah dua dan potong ditengah

2 genggam ikan bilis dibersihkan, rendam dan tumbuk kasar

8 biji bawang kecil ditumbuk

3 ulas bawang putih ditumbuk

20 biji cili api di tumbuk atau diblender

4 biji cili api di potong dua

1 sudu besar cuka (k.gee ganti asam keping)

1 sudu kecil serbuk stok ikan bilis

1 sudu sos tiram (k.gee tambah)

garam secukupnya


Caranya:

1. Bilis digoreng garing. Ketepikan.


2. Terung digoreng sehingga masak. Ketepikan.

3. Kurangkan minyak dikuali. Tumis bahan tumbuk hingga masak dan wangi.

4. Masukkan cili api. Goreng garing.

5. Tambah garam, stok ikan bilis dan cuka.

6. Sebelum padamkan api, masukkan terung dan ikan bilis goreng.

7. Padam api segera untuk pastikan ikan bilis kekal rangup.





Selamat menjamu selera...!