Thursday, March 31, 2011

Crazy apple

Aum chak..!! La la la la la .... jom layan my crazy apple dessert ~ marvelous.....

Kari ikan masin dgn terung

Sekali sekal teringin juga makan ikan masin dengan terung...memang sedap. Tapi jangan makan selalu yer darah tinggi woooo......
Bahan-bahan:-
Beberapa keping tulang ikan masin

3 biji terung bulat

1 peket rempah kari

2 cawan santan

1 biji cili hijau

2 tangkai daun kari

Minyak utk menumis

Garam


Bahan tumbuk :-

3 ulas bwg merah

3 ulas bwg putih

1 in halia


Cara

Panaskan minyak tumis bahan tumbuk + daun kari hingga naik bau. Masukkan rempah yg telah dibancuh dgn sedikit air- kacau hingga pecah minyak. Masukkan ikan masin dan air, kacau. Renehkan seketika. Tuangkan santan pekat dan cili hijau yg dipotong.

Wednesday, March 30, 2011

Tahniah chef blogger

Assalamualaikum semua... waaa..akak tumpang berbangga dengan kejayaan chef2 blogger nor dan hana kerana resepi air tangan mereka ter'posing di persada majalah Jelita keluaran terbaru...tahniah..tahniah!! sure selepas ini makin bertambahlah peminat mereka kan... wadduh..!! sudah jadi cam artis la pulak.... apapon teruskan usaha kalian berblogging dan mencipta resepi2 yg enak2 dan menarik yek...akak tumpang semangkok jer...hehe


OK hari ni akak mood malas...cuma masak serba ringkas mihun goreng taucu... inipun dek terpesona tengok meehoon si wana Resepi tumpang tengok di dapor wana yer...

Bingka roti berjagung

Memang betul kata orang, berpuasa di bulan tak puasa ni memang banyak dugaan. Awal2 pagi lagi dah terlioq tengok makanan. Berangan jer nak masak itu ini untuk berbuka nanti. Siap la blog2 masakan kena selongkar... Hari ini rasa nak berbuka mihun taucu la...mesti best kan..? Tapi apa pun projek kuih bingka roti berjagung ni misi nak perabeh roti dan jagung manis yg sudah 3,4 hari bertapa takde orang tegur. Tak baik membazir kan...
Memandangkan acuan yg ada semuanya comel belaka, terpaksalah den buat kuih bingka macam2 bentuk...bentuk ilebiu pun ada...ahai romantisnya....


Resepinya skodeng blog penyulawa di sini. Minta izin tempek di sini yer....

Bahan : 3 bj telur, 7 keping roti gardenia, 1 cwn tepung gandum, 1/2 cwn gula, 1 camb mentega atau majerin, 1 cawan jagung manis (diblender),
1/4 camt garam, 500ml susu segar,
1 camt esen vanila

Cara :

Rendamkan roti yang dikoyak kecil ke dalam susu. Kisar gula dan telur (guna blender je). Kemudian masukkan majerin. Kisar lagi. Kemudian masukkan esen vanila, garam dan tepung. Kisar lagi. Akhir sekali masukkan campuran roti dan susu dan jagung, kisar lagi hingga sebati. Tuang ke dalam loyang bingka yg telah dilengser, dan bakar atas api perlahan selama 1 jam.


Tuesday, March 29, 2011

Brocolli berudang

Yeehaaaa...!! sedap sungguh berbuka puasa hari ni... apa tidaknya dapat makan udang galah lagi...udang brocolli...ops silap...brocolli berudang laaa...
Brocolli memang baik untuk wanita terutama untuk melawan & mencegah kanser serta masalah sembelit dan juga baik untuk wanita hamil kerana mengandungi kandungan folat yang tinggi... Aww!! macam pakar pemakanan pulak... sebenarnya ada banyak lagi khasiat sayur ni, boleh baca di sini


JOm makan sayur broccolli...

~Resepi Brocolli Berudang ~

Bahan-Bahan

•Brokoli

•udang

•Lobak merah

•Capsicum (potong)

•2 ulas bawang putih (ketuk)

•1 biji bawang besar (mayang)

•Minyak

•Sos tiram

•Garam


1.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bwg besar mayang hingga naik bau. 2.Masukkan lobak dan udang, kacau sekejap. 3.Masukkan brokoli dan capsicum kacau lagi. 4..Jangan lupa masukkan sos tiram dan garam. 5. Siap untuk dihidangkan.

Bubur pulut hitam manis

Masa pergi kenduri kawen baru2 ni di Kota Bharu, akak tak lepaskan peluang jenjalan di Pasar Siti Khadijah... huuuiiiiiik.....macam2 ada... tak cukup 2 tangan bimbit beg plastik tumpang pulak tangan hubby lagi...serba serbi nak beli...beras siam beli beras pulut beli beras pulut hitam pon beli jugak....haaaa inilah hasilnya ~ bubur pulut hitam manis..alahai anak omak... Bubur pulut hitam

Sumber : noreen-homecooking

Bahan-bahan: *1 cawan pulut hitam - direndam beberapa jam *4 cawan air 1 cawan gula 3 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa daun pandan - disimpulkan garam secukup rasa


cara: •rebuskan pulut hitam yang telah direndam dengan air sampai pulut pecah dan kurang air •masukkan 2 cawan santan, daun pandan, gula dan garam •kacau supaya tidak pecah minyak dan masakkan sehingga mendidih •tutupkan api •hidangkan bersama2 dengan santan pekat.


Monday, March 28, 2011

Masak lemak peria

Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin & kalsium. Dipercayai sejak zaman purba lagi bhw peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan dpd 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dlm makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk. Memang banyak khasiat peria...

Masak lemak cili api peria memang kegemaran encik hubby...bertambah2 makan nasi sampai 3 pinggan gitu... kalau masak dengan udang atau sotong pon sodap.... ops no no no.... no seafood for hubby....

Malam ni akak masak lemak cili api peria dengan ikan kerisi fresh...walla!!


Bahan2nya.... :) 2 ekor ikan kerisi -di bersihkan, di cuci dgn garam dan asam jawa dan kerat ikut suka dan di lumur dgn sedikit garan dan serbuk kunyit.-ketepikan 6 ulas cili padi-ikut suka,jika tak suka pedas boleh kurangkan sedikit kunyit hidup-tumbuk bersama cili padi 2 keping asam gelugur atau asam keping 2 cawan santan segar-ketepikan 1 cawan 3 cawan air 1 biji peria-belah dan rendam dalam air bergaram garam secukup rasa cara jerang periuk atas dapur. masukan ikan, cili padi dan asam keping dan kacau rata. masukan santan dan air. kacau. kalau kurang kuning boleh tambah sedikit serbuk kunyit. masukan garam. kacau selalu dan hati2 jgn pecah ikan. masukan peria dan rasakan garam. kacau selalu supaya tidak pecah minyak dah mendidih masukan 1 cawan santan yang sudah diketepikan. kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga keluar sedikit minyak.

Monday blues...

Isnin dah ke.......? aaaaaahhh.....malasnya nak pergi pejabat....tak puas cuti 2 hari...kalau dapat sambung cuti lagi ni best jugak...boleh lepak2 kat rumah main masak2 ke...main pondok ke...tanam pokok ke.... tapi apakan daya tanggungjawab dan amanah kena diutamakan...takkan gaji jer nak kebas kerja malas.... kalau nak relax resign jer boleh lepak sampai subuh.... ops tak berasap pulak dapor gue...ok..ok..baik bos tabik bos...saya janji kerja rajin2....!!



Hahahaha....itu gimik pagi Isnin yang malas.... Hari ini entri makan tengahari beberapa hari yang yang lepas. Ikan tongkol berlada, sambal telur mata dan kobis lemak putih... kira menu sempoi aje....janji kenyang kan..?

Ikan tongkol berlada

Bahan A : 2 potong ikan tongkol, 1 labu bawang besar - dipotong bulat, 1 sudu sos tiram, garam secukup rasa, serbuk kunyit, minyak menggoreng


Bahan B (dikisar) : 10 tangkai cili kering, 3 biji bawang merah


Cara membuatnya : Ikan dilumur garam kunyit. Gorengkan hingga garing. Angkat dan ketepikan. Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan garam dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau rata. Masukkan ikan goreng tadi dan gaul rata. Sedia dihidang.

Sunday, March 27, 2011

Puding nenas berprune

Sebenarnya bab2 buat puding akak tak berapa terer...ops masak lain pun idaklah terer sangat cuma setakat layan tekak sendiri boleh laa... Nak dijadikan cerita pagi tadi masa cari ilham nak masak untuk sarapan terserempak dengan blog gulahangus dan terlihatlah di situ puding nenas yg sangat cun...terlioq la pulak.... Jom layan puding akak ni...


Resepi Puding Nenas Berprune...Gee®

Bahan2 :) #10gm agar2 #1 cawan gula #1 tin susu cair # 10 butir buah prune (blender) #1 tin nenas dalam tin (blender) #4 biji telor #1 litre air #

Cara :)

Masak agar2 dengan air hingga hancur. masukkan gula, susu cair dan telor. kacau rata. asingkan jadi 2 adunan. satu masukkan buah prune yg telah diblender dan satu lagi masukkan nenas. tuang dalam acuan satu persatu. biarkan lapisan bawah keras seketika baru masukkan lapisan atas. sejukkan dan sedia dihidangkan.

Sunday eating...

Selamat hari ahad semua...apa plan hari ini? Mestilah pergi shopping barang2 dapur kan, maklumlah baru dapat gaji...kat supermarket sure bertimbun orang membeli belah... Hmmmm akak baru balik dari Carefour...kurrrsemangat berjuta manusia di situ...berbaris di kaunter cashier macam nak beli tiket bola... pakkal jer ada barang mustahak nak beli kalau tidak memang tak kuasa nak Q panjang2...


Ok, jom layan menu makan tengahari ahad kami sekeluarga ~laksa penang dan dessertnya puding nenas berprune... ermmmm alhamdulillah kenyang!!


Resepi Laksa Penang :) Sumber: My Resipi


Bahan-bahan ( 4-5 orang makan ) 1 paket laksa beras *Bahan kuah laksa* 1 kg ikan selayang 4 ulas asam keping 1/2 labu bawang besar 7-10 ulas bawang merah 10-12 sudu makan cili giling 7-10 biji cili padi 1/2 cawan air asam jawa 3 cm belacan segenggam daun kesum 3 batang bunga kantan garam secukup rasa *Bahan ulam laksa* 4-5 biji telur rebus - dibelah dua 1 biji cili merah - dihiris 1 biji cili hijau - dihiris 1/2 labu bawang besar - dihiris 5-6 biji cili padi - dihiris 1/2 biji nanas - dihiris 1 batang timun - dihiris memanjang 5-6 biji limau kasturi - dibelah dua


Cara-cara 1.*Laksa* Laksa direndam dalam air sekurang-kurangnya setengah jam...Kemudian direbus hingga lembut. toskan dan diketepikan... 2.*Kuah laksa* Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam...Kemudian, asingkan ikan rebus dan ketepikan air rebusan bersama asam keping tadi... 3.Ikan rebus diperisikan lalu dikisar...Kemudian, campurkan isi ikan dikisar ke dalam air rebusan ikan tadi...Tulang ikan turut dikisar...Tulang ikan kisar ditapis ke dalam ramuan tadi juga... 4.Kisarkan bawang merah, bawang besar, cili padi ...Bahan-bahan dikisar ini dicampurkan kepada ramuan ikan rebus tadi...Kemudian, panaskan periuk... 5.Masukkan cili giling dan belacan...Lalu masukkan air asam jawa... 6.Masukkan daun kesum dan bunga kantan... 7.Kacau perlahan-lahan...Masak hingga mendidih...Kecap rasa masin, masam, dan pedasnya...Bubuhkan garam secukup rasa...Sedia untuk diangkat dan dihidangkan bersama laksa dan ulam-ulamannya :P

Cucur Jagung

Hujan pulak pagi ni...layan cucur sedap nih, kata hubby... kebetulan pulak bahan2 ada stok... mencucur lah kita wehhh....(bahasa orang Pahang, kik kik...)

Hubby makan cucoq panas2 colek dengan sambal terung pipit semalam...pergh....!!sodapppp.... ini menu sarapan semalam...

Jom tengok resepi :)

1 cawan isi jagung
1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1 bj telur
1biji kentang ~ dipotong dadu
1 sudu teh garam
daun saderi dan daun bawang ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dicincang
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
3/4 cawan air
minyak untuk menggoreng
Cara-cara :)
Masukkan kesemua bahan2 kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran... Selamat mencuba..

Saturday, March 26, 2011

Wantan inti ikan

Apa..? pelik ke wantan inti ikan...? Alaa...bab2 makan ni kekadang kena kreatif kan..? Sebenarnya inti wantan ni sambal ikan macam inti kuih temosa tu..tau tak temosa? Kalau di tempat akak kuih temosa memang femes, kuihnya aka karipap berintikan sambal ikan... Hajat di hati nak buat temosa tapi tetiba angin malas datang, tu yg jadi wantan inti ikan ni...

inilah inti ikan yg akak maksudkan...nak buatnya lebih kurang begini...ikan selayang direbus dan ambil isinya, tumbuk. Masukkan dalam kuali bersama santan dan bawang besar yg didadu, tambah sedikit lada hitam. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga kering sedikit. jika suka, boleh masukkan cili merah yg di potong2 dan daun sup..

Masukkan inti di tengah2 pastry dan bentukkan ikut suka. Lepas tu goreng... Sesuai untuk minum petang, sedap dimakan dengan sos...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015