Wednesday, March 2, 2011

Kek Carrot

Hari ini cerita carrot belum habis lagi...selepas cekodok carot kek carot pulak yer... Puas juga cari ilham nak habiskan carot yang dah bercambah tu... tup2x dapat ilham dari blog citarasawan... lepas solat maghrib terus menggodek kek tapi malas nak buh dalam acuan cupcake so tuang dalam loyang kek aje...hehehe...kadang2 penyakit 'm' tu ada juga walaupun tiap hari dapor kena berasap kan??

Sebenarnya kebaikan carrot ialah untuk mata dan penglihatan.. jadi risiko untuk mendapat rabun adalah kurang...lebih elok kalau dibuat jus, kalau nak makan carrot mentah pun boleh juga, lagi baik... Tapi hari ini akak nak jamu korang kek carrot.

Resepi ini akak ubahsuai dari resepi pineapple carrot cupcake citarasawan... mohon halal yer...

Bahan-bahan
330gm tepung superfine
1 sudu teh baking powder
250gm mentega
300gm gula kaster
2 sudu teh esen vanila
Serbuk kayu manis

5 biji telur Grade B
350gm parutan carrot
200gm nenas dalam tin (di dadu kecil)
100gm kismis

Menghasilkan 30 cupcake medium size atau sebiji kek 8"

Cara-cara :
1. Ayak bersama tepung, baking powder dan serbuk kayu manis. Ketepikan.
2. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang dan berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul hingga sebati. Perlahankan pengadun, masukkan parutan carrot, tepung, nenas dan kismis. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan 3/4 penuh ke dalam cawan kertas atau loyang 8" yang di alas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C hingga masak. Tempoh membakar bergantung pada saiz cawan antara 20-25 minit.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015