Friday, March 11, 2011

Roti telur rangup

Selamat pagi semua...cepat betul masa berlalu hari Jumaat sudah... yippie!! seronoknya cuti2 malaysia..!! cuti sekolah penggal pertama bermula mesti lah seronok kan? anak2 balik dan rumah jadi tempat berkubang.... anak....anak...

Sarapan pagi ini roti telur goreng rangup, cadangnya nak buat inti sardin tapi kasihan mr.hubby tak makan sardin so kasi telur aje laa...?! Jom cuci mata...nak pelawa makan dah habis, hehehe....


Resepi mudah saje... sediakan roti, telur, bawang putih, bawang merah, cili padi, garam dan minyak masak. Pecahkan telur dan masukkan bwg putih, bwg merah & cili yg ditumbuk lumat. masukkan garam. Curah dalam kuali dan kacau sampai hancur macam scramble egg. Angkat dan ketepikan. Roti dipotong empat dan masukkan inti telur hancur tadi. Celup dalam tepung gorengan dan goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan dan garing. Siap sudah. Enak dimakan panas2...

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015