Friday, March 18, 2011

Muffin Blueberry

Salam Jumaat. Hari ini akak nak balik kampung ada kenduri menyambut menantu. Semalam sempat operasi buat muffin blueberry, akak & adek yang buat...hehehe teringin nak jadi chef la anak dara akak 2 orang tu...

Resepi muffin ni akak selongkar kat rumah ummi.

Bahan-bahan :

125 gm mentega
150 gm gula halus
2 biji telur
250 gm tepung kek/tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar/uht
1/2 cawan inti blueberi
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya :

Pukul mentega dan gula hingga putih dan gebu.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.Masuk esen vanila.
Ayak tepung, serbuk penaik dan garam,masukkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu sambil digaul rata.
Sudukan dalam cawan kertas. Isikan 1/2 cawan saja.Letakkan inti blueberi atasnya.
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit hingga masak, (*akak buat acuan kecik dan bakar hanya 18 minit jek...)

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015