Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin & kalsium. Dipercayai sejak zaman purba lagi bhw peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan dpd 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dlm makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk. Memang banyak khasiat peria...
Masak lemak cili api peria memang kegemaran encik hubby...bertambah2 makan nasi sampai 3 pinggan gitu... kalau masak dengan udang atau sotong pon sodap.... ops no no no.... no seafood for hubby....
Malam ni akak masak lemak cili api peria dengan ikan kerisi fresh...walla!!
Bahan2nya.... :) 2 ekor ikan kerisi -di bersihkan, di cuci dgn garam dan asam jawa dan kerat ikut suka dan di lumur dgn sedikit garan dan serbuk kunyit.-ketepikan 6 ulas cili padi-ikut suka,jika tak suka pedas boleh kurangkan sedikit kunyit hidup-tumbuk bersama cili padi 2 keping asam gelugur atau asam keping 2 cawan santan segar-ketepikan 1 cawan 3 cawan air 1 biji peria-belah dan rendam dalam air bergaram garam secukup rasa cara jerang periuk atas dapur. masukan ikan, cili padi dan asam keping dan kacau rata. masukan santan dan air. kacau. kalau kurang kuning boleh tambah sedikit serbuk kunyit. masukan garam. kacau selalu dan hati2 jgn pecah ikan. masukan peria dan rasakan garam. kacau selalu supaya tidak pecah minyak dah mendidih masukan 1 cawan santan yang sudah diketepikan. kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga keluar sedikit minyak.
No comments:
Post a Comment