Friday, March 25, 2011

Paprik ayam berkobis

Syukur alhamdulillah rezeki makan paprik malam ni....puas fikir nak masak apa maklumlah tinggal 2 kerat jer kat rumah nak masak pon malas...selongkar2 dalam peti es...zassss jadilah paprik ayam berkobis.... jom layannnnnn

Resepi paprik ayam berkobis...

Bahan-bahan:
3 ketul ayam - dipotong kecil
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 biji bawang besar - dimayang
2 batang serai - dititik
2 biji buah tomato - dibelah 4
5 biji cili padi - ditumbuk
2 helai daun limau purut
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
karot dan kobis (gunakn sumber yg ada jer..)
air secukupnya
garam n gula

cara:

1.Perapkan ayam dengan bwg putih & halia yg ditumbuk. Biarkan seketika. panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam setengah masak, jangan terlalu garing
2.masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk berserta dengan cili padi. kacau sekejap
3.kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap manis. kacaukan sebati dan biarkan mendidih sekejap. masukkan pula sedikit air (nie bergantung pada kepekatan dan kecairan kuah mengikut suka masing2)
4.selepas itu masukkan serai, daun limau purut dan semua jenis sayuran. kacaukan dan bila mendidih barulah dimasukkan buah tomato dan bawang besar serta tepung jagung yg dibancuh dengan air.
5.Siap dan sedia dihidangkan.
Resepi ubahsuai dari sini...

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015