Tuesday, July 31, 2012

Fasa maghfirah


Alhamdulillah kita sudah melangkah ke fasa kedua Ramadhan fasa maghfirah iaitu keampunan dari Allah SWT... Inilah ketikanya untuk meminta ampun dan bertaubat atas dosa-dosa kita dengan memperbanyakkan zikir, solat terawih, solat-solat sunat, qiamullail serta memperbanyakkan bacaan Al-Quran... 

Firman ALLAH Subhanahu wa Ta’ala yang lebih kurang maksudnya:

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar 39:53)



Syukur, k.gee dan famili masih diberi kekuatan untuk meneruskan amalan Ramadhan di samping tanggungjawab menguruskan rumahtangga... setiap titik peluh yg mengalir pasti ada ganjarannya janji kita ikhlas melakukannya... Apa pula juadah untuk berbuka hari ini yer? Kalau weekdays ni k.gee memang tak sempat nak sedia juadah yang pelbagai, setakat yang ringkas dan mudah saje... itupun dah puas bersilat kelentang kelentong di dapor... mujur tak rebah aje... Bila tengok suami dan anak2 makan dengan seleranya, hilang rasa penat lelah... malah hati berbunga2 pulak... tambahan kena puji... lagilah kembangnya bunga tu... heeeee 


Juadah nasi bukhari resipi dari Kak Hanieliza ni k.gee sediakan pada hari minggu baru ni.. kebetulan anak yg duduk di asrama ada balik, so masak yang special sikit untuk dia tapaw dan berjamu bersama rakan2nya...


Kalau ada yang teringin nak buat Nasi Bukhari Kak Hanieliza, bolehlah rujuk resipinya di sini yer... Kak gee memang suka resipi ini.... best giler! Dan resipi ayam berempah pula k.gee hangkut dari dapor K.Ummi.  Minta halal yer saya cnp semuanya...

NASI BUKHARI

Bahan


1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.

3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.

4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.

5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.

6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.
 
 
AYAM GORENG BEREMPAH
Oleh : K.Ummi

Bahan:-

4 labu bawang merah
6 batang serai
2 tongkol lengkuas
3 sudu rempah kari ikan
3 sudu kunyit babas
5 sudu cili kering (blend)
5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
sedikit serbuk perasa
*saya tambah:1 sudu beso biji ketumbar+jintan manis+jintan putih

Cara Memasak:-

Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.

Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..

Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*akak biarkan jek..ok laa..xda la hangus sangat...sedang sedap makan..hehe)

Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.

Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.

Monday, July 30, 2012

Oh..! nyamannya...


Dua tiga hari ini cuaca di Kuantan begitu panas dan berbahang... duduk di bawah kipas pun badan boleh berpeluh... kesian tengok anak2 kecil yang berpuasa, asyik buka tutup pintu peti sejuk... lagaknya macam nak duduk terus dalam peti sejuk tu...  tapi berkat bulan Ramadhan, letih dan panas tetap bersabar menunggu azan maghrib berkumandang... subhanallah.... semoga Allah limpahkan rahmatnya kepada insan2 yang bersabar dan bertaqwa....


Sebut pasal panas, mesti terbayang minuman dingin yang menyegarkan, kann... alangkah nyamannya bila ia mengalir ke seluruh tekak yang kering kontang tu... ohhhhhh.... tidak!!! sesungguhnya aku berpuasa.... hehehe jangan marah yer teman-teman ku sekalian.... ini baru godaan kecil.... sabarrrr.....


Apa kata berbuka nanti kita sediakan air lemon madu... Lemon membantu mencuci hati di samping merangsang sistem pencernaan dan menjadikan anda lebih bertenaga. Ia juga berperanan membersihkan usus dan mempercepatkan proses penyingkiran toksin.... Madu pula mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.  Daripada Aisyah ra katanya, "Madu adalah makanan kesukaan Rasulullah SAW". 

Baiklah, mari kita sediakan air lemon madu untuk berbuka yer... cuma sediakan air, perah sebiji lemon dan dua sudu madu ke dalamnya.  Jika suka ais boleh tambahkannya dan sedia untuk dimimun... Ops tunggu azan dulu yer... Senang kan...

Sunday, July 29, 2012

Lepat pisang... resipi temurun


Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar... syukur kerana masih dapat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan yg mulia ini... semoga hubby, anak2, saudara mara dan kita semua diberi kekuatan dan kesabaran untuk menjalankan ibadat puasa dengan sempurna...amin


Apa agaknya juadah berbuka puasa hari ini? Sambil2 berehat di hujung minggu ini apa kata kita layan dulu lepat pisang resipi dari arwah nenda k.gee ni... manalah tahu kot2 ada yang nak melepat hari ini, kannnn....


Kata emak lepat pisang tepung beras lebih sedap.... bancuhannya biar lembik sikit dan tambahkan inti kelapa putih yang digaul sedikit garam.... ermmmm lemak manis gitu.... Tak percaya? Belum cuba belum tahu.... jom kita semak resipinya....


LEPAT PISANG INTI KELAPA

Bahan

*4 biji pisang berangan
*4 biji pisang emas      
*1 cawan tepung beras
*2 sudu gula
1 cawan kelapa parut putih + secubit garam
Daun pisang (layukan atas dapor seketika)

Cara

1. Panaskan kukusan.
2. Pisang dilecek hingga hancur. 
3. Kemudian gaulkan semua bahan bertanda * hingga sebati.
4. Letakkan sesudu di atas daun pisang dan letak inti kelapa di tengahnya.  
5. Lipatkan.
6. Kukus selama 20 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.



Jom mencuba...!

Friday, July 27, 2012

Simplicity....


Salam Jumaat Salam 7 Ramadhan... kita mulakan hari ini dengan sedikit ingatan buat diri sendiri dan teman2 sekalian... Mudah2an mendapat redha dan keberkatan dari Yang Maha Esa...

'Wahai wanita muslimat, janganlah merasa terhina untuk memberi kepada jiran tetangga sekalipun tulang kambing yang sedikit dagingnya'. Apa yang kita masak dan yang kita makan, kongsikanlah bersama jiran, bukan sekadar berkongsi baunya saja....  Di samping kita berpuasa, kita juga dapat meningkatkan semangat kejiranan dan pahala puasa akan bertambah-tambah.  InsyaAllah....


Ok, pagi ini k.gee kongsikan menu simple semalam, resepi yang ringkas dan jenis makanan cina iaitu Ayam Kung Pao.  Kak gee angkut dari dapor kak anymz tapi dengan bahan2 yang ada dalam stok k.gee lah... kacang gajus takde so tak letak... menu sempoi ni bila makan dengan nasi panas memang laku... kalau meratah begitu saja pon sodapppp... kan Kak Nim... Jom kita semak resepinya...

AYAM KUNG PAO
Resepi : Kak anymz dan CMG

Bahan2 :-)
2 keping dada ayam, hiris sederhana besar, cuci dan toskan*
1 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh lada sulah*
1 1/2 camca besar tepung jagung*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
4 kuntum cendawan butang segar, hiris kasar (boleh ganti yg dalam tin atau abaikan)
8 tangkai cili kering, hiris serong, cuci dan lap kering2
4 ulas bawang putih, cincang halus
1 genggam kacang gajus, digoreng keemasan, toskan
1 1/2 camac besar sos hoisin
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar kicap pekat
1/4 camca teh minyak bijan
3/4 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga masak, angkat dan toskan. Tinggal kan kurang lebih 2 camca besar minyak masak. Masukkan cili kering dan tumis hingga harum, tambah bawang putih, tumis lagi, masukkan cendawan, red n green capsicum. (k.gee guna sayur yg ada dalam stok).  Kacau rata.

Masukkan sos hoisin, kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, gula dan gajus tadi, kacau hingga mesra. Tambah ayam dan gaul hingga sos menyaluti daging ayam. Masak hingga sedikit kering. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit kicap cair lagi. Angkat dan hidangkan panas...


Selamat mencuba...!

Wednesday, July 25, 2012

Iftar 4


Salam 5 Ramadhan 1433 H...
Anas r.a. menceritakan; Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.; 'Ya Rasulullah! Apakah sedekah yang paling afdhal?'. Jawab Rasulullah s.a.w. "Sedekah pada bulan Ramadhan". (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Jangan lupa “Senyum itu pun Sedekah”, Ceriakan Diri di Bulan Ramadhan”...
he he he.... 



Menu iftar kami semalam paling simple... cucur sayur cicah sos cili dengan secawan neslo panas... tapi makan nasi semalam bertambah-tambah sehingga menjilat kelima2 jari tau.... selera sungguh kami makan resepi power dari love2cookmalaysia... cuma k.gee guna ikan bawal sebab di Kuantan ni pon susah nak dapat ikan senangin... apapon resepi love ini memang sangat enak dan terbaek!! terima kasih bebanyak love.... muahhhhhs! Izinkan k.gee share resepinya di sini pula yer...


FISH SAMBAL / SAMBAL IKAN

Sumber : love2cookmalaysia
Olahan : gee-hut

Ingredients :~

10 blocks of fresh mackerel (k.gee guna ikan bawal)
2 tsp turmeric powder
few dashes of coarse blackpepper
5 shallots *
7 cloves of garlic *
1/2 inch ginger *
1/2 inch shrimp paste / belacan *
2 onions ~ sliced
5 tbsp dried chilli paste / cili boh ~ add or less to your preference (k.gee guna cili merah+cili padi)
2 stalks lemongrass ~ slightly crushed
1 tsp tamarind paste
salt
2 cups water
oil

Method :~

Rub fish blocks with turmeric powder, blackpepper and some salt. Leave aside for 15 minutes.
Using a food processor, blend smooth ingredients marked *.
Heat oil in a wok and fry the fish blocks until golden. Place on paper towel.
Using the same oil, stir fry the blended ingredients together with lemongrass for 1 minute.
Add dried chilli paste and continue stirring for another 5-7 minutes over medium heat, until the raw smell leaves.
Stir in the sliced onion and fry for another 1 minute. Pour water, tamarind paste and salt.
Allow the gravy to boil and thickens a little.
Place the fried fish blocks in the gravy and mix gently. Allow to simmer and check for sallt. Add if needed.
Dish out and ready to be served :)



Selamat mencuba...!

Tuesday, July 24, 2012

Iftar 3... menu ringkas


Melangkah sehari lagi di bulan Ramadhan... sempat bersahur tak semalam...? K.gee terlewat makan sahur, mujur sempat kejutkan anak dara kecik k.gee tu... dengan mata yang terbuka separuh aje si eQa suap nasi goreng dan nuget dalam mulutnya... nasib baik sempat, dapatlah pahala bersahur kan...

Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:  "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya".


Ini juadah berbuka puasa semalam... meehoon goreng yang serba ringkas... K.gee tak sempat nak men dessert pon sebab balik kerja semalam agak lewat... hajatnya nk beli kuih di Bazaar Ramadhan tapi tengok deretan kenderaan yang sangat padat, terus lupakan saja....  sudahnya eQa ber dessert dengan aiskrim yang masih ada stok dalam esbok tu...


Inipun ambil gambar selepas berbuka.... main petik jer tak sempat nak fokus pon... eh eh eh.... sempat lagi tu kata hubby.... heeeee jangan marah yer tayang gambar kelabu asap....


MEE HOON GORENG RINGKAS

Bahan2 :

1/2 paket meehoon - celor denga air panas dan toskan
2 biji bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 biji telur - dadarkan
Sedikit serbuk ikan bilis
Sekeping dada ayam - dipotong kecil
Daun sup/daun bawang
Karot dan kobis - hiris halus
minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara2 :

Panaskan 1 camca besar minyak masak dalam kuali, tumis bahan2 yang dikisar tadi bersama cili giling, sos tiram, sos tomato dan serbuk ikan bilis. Masukkan ayam yg dipotong kecil tadi dan tuang sedikit air, kacau dan biar ayam masak. Masukkan mee hoon dan gaul rata. Selepas itu masukkan sayur2an dan kacau lagi, Jika suka boleh tambahkan kicap. Gaul rata sampai sebati.  Lepas tu masukkan daun bawang dan daun sup.  Dah siap... dan boleh dihidangkan dengan telur dadar dan lada jeruk. 

Monday, July 23, 2012

Iftar 2

 

Alhamdulillah... hari ini sudah masuk hari ke3 Ramadhan... Laungan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w bergema saban malam... Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.  Marilah kita berselawat tanda kita mengingati baginda Nabi Muhammad SAW.

  

Baiklah... mari kita ke dapor pulak... Anak-anak sudah balik ke asrama, tinggal kami 3 beranak saje berbuka semalam.  Juadah kami yang ringkas... popia inti sayur, sup ikan merah, terung goreng belacan dan macam biasa buah tamar pemanis mulut.


POPIA SAYUR

Bahan Inti:
Kobis
Lobak merah
Kacang panjang
Sengkuang
Telur
Bawang Putih

Bahan lain:
Kulit popia readymade
Minyak
garam

Cara-cara

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2.Pecahkan sebiji telur dan kacau. 
3.Masukkan sedikit garam.
4.Masukkan sayur2an yang sduah dipotong halus.  Kacau dan angkat.
5.Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung.
6.Goreng popia dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.
7. Sedap dicicah dengan sos cili kegemaran. 
Cubalah....

Sunday, July 22, 2012

Iftar 1


Syukur alhamdulillah... selesai sudah Ramadhan pertama... iftar kami sekadarnya sahaja dengan 3 butir buah tamar, semangkuk mi kari, teh-o panas dan ondeh-ondeh sebagai pemanis mulut....  Sesungguhnya nikmat berbuka itu ada hikmah dan fadilatnya.


Moga-moga kita dapat mendidik nafsu sepanjang tarbiah Ramadhan ini... Rasulullah s.ä.w. bersabda yang maksudnya: "Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang hawa nafsunya". 




ONDEH-ONDEH

Bahan-bahan


2 cawan tepung pulut
1 ketul gula melaka (dipotong kecil2)
1 cawan kelapa parut (digaul dengan sedikit garam halus)
1/2 sudu teh esen pandan
Pewarna
Air secukupnya (untuk menguli)
Air (untuk merebus)

Cara penyediaan

1. Bancuh tepung dengan air. Tuang air sedikit demi sedikit hingga boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari, bulatkan & leperkan.
3. Letak sedikit gula melaka di tengahnya & bulatkan semula. Jadikan bebola.
4. Setelah habis tepung dibulatkan dengan gula melaka di dalamnya, panaskan air dalam periuk.
5. Masukkan bebola tadi ke dalam air mendidih.
6. Apabila bebola timbul, keluarkan & tos sebentar.
7. Golekkan atas kelapa parut.
8. Sedia dihidangkan.

Friday, July 20, 2012

Layan selera sebelum puasa


Salam Jumaat semua... kita sudah berada di ambang Ramadhan 1433H nampaknya.... Insya Allah esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa... Semoga kita dapat menyempurnakan ibadat puasa serta amalan2 sunat dengan penuh tabah, sabar dan mendapat gajaran terbaik daripada Allah swt...


Hari ini k.gee sempat hidangkan roasted potato sarapan spesel untuk encik hb.... hb memang suka juadah berasaskan kentang ni.. kentang rebus ke, kentang lecek ke, kentang goreng ke, kentang bakar ke... semua suka... simple dan berkhasiat katanya... lagipun kata hb khasiat dan kandungan vitamin yang ada dalam kentang boleh meredakan sakit goutnya.... layan ajelah kan...



Mudah jer nak sediakan roasted potato ini... basuh kentang bersih2 tak perlu kupas kulitnya, potong berbaji, kemudian  lumurkan dengan serbuk daun parsley, serbuk lada hitam dan sedikit serbuk ikan bilis dan perap seketika.... kemudian bakar dalam oven lebih kurang 40 minit atau sehingga kentang empuk .... wow! semerbak bau rempahnya... kalau suka makanlah dengan sos cili dan mayonis... tapi hb k.gee makan begitu saje sebab sedang berdiet kononnya... iyelah tu....


jemput makan...

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh keberkatan... sama-samalah kita memenuhi bulan ini dengan amalan-amalan yang mulia dan semoga kita selalu diberkati di bulan yang penuh makrifah ini....  Amin..



Wednesday, July 18, 2012

Asam gumpal Marhaban Ya Ramadhan


Taraaaaa.....! apa khabar semua? Rindunya k.gee pada teman2... apapon syukur alhamdulillah.... setelah seminggu dapor tak berasap, hari ini dapat bersiaran semula.  Di kesempatan ini juga, sempena Marhaban Ya Ramadhan ini k.gee ingin memohon ampun dan maaf andai ada tutur kata atau perbuatan k.gee yang terkasar atau menyinggung perasaan mana2 pihak atau ada resepi2 yg k.gee terangkut dan lupa berterima kasih kpd tuannya k.gee mohon halalkan jua yer... Semoga kita semua diberkati di bulan yang penuh mahrifah itu nanti dan Selamat Berpuasa...


Hidangan k.gee kali ini asam gumpal berkuah gula merah... biasanya asam gumpal ada inti kacang hijau di dalamnya dan berkuah santan putih tapi sengaja k.gee ubahsuai sikit asam gumpal tanpa inti dan tambahkan gula merah ke dalam kuahnya bagi menambahkan perisa dan membangkitkan baunya... ermmmm sedapnya... rasanya sesuai untuk hidangan berbuka puasa atau moreh untuk keluarga di bulan Ramadhan nanti kan... cubalah...



ASAM GUMPAL @ Puding sagu 
Bahan (puding sagu) :

2 cawan sagu biji mata ikan
3 cawan air

Bahan (Kuah) :

3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula merah
Secubit garam
Daun pandan

Cara-cara:

Rendam sagu lebih kurang 20 minit. Panaskan air dan tambhkan pewarna jika suka.  Masak sagu dengan air sampai sagu kembang, kental dan warna bertukar lutsinar. Tuang ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais.

Masukkan santan pekat ke dalam periuk dan tambahkan gula merah, secubit garam dan sehelai daun pandan. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Sejukkan.

Bila nak makan, tuangkan santan ke atas puding sagu dan sedap dimakan sejuk.

Tuesday, July 10, 2012

Piza hotdog SUKMA


K.gee diserang demam Sukma.... semua menu ada Sukma... kek sukma, hotdog sukma.... hehehehe semangat kesukanan lah katakan...


Ini roti hotdog beritikan sos piza... k.gee buatkan khas untuk pengunjung Karvival Usahawan SUKMA terutama peminat dan penyokong acara sepaktakraw di Kompleks Sukan UIAM, Indera Mahkota, Kuantan. Jom ke sana....


Anak gajah ini namanya Tahan... dia yang tolong jualkan hotdog...
tengoklah tu... ceria selalu kan... macam k.gee.... hehehehe



Marilah ramai-ramai memeriahkan Karnival Usahawan Sukma 2012 ini....
sambil berbelanja sambil membantu usahawan Bumiputera kita berniaga...


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015