Wednesday, July 18, 2012

Asam gumpal Marhaban Ya Ramadhan


Taraaaaa.....! apa khabar semua? Rindunya k.gee pada teman2... apapon syukur alhamdulillah.... setelah seminggu dapor tak berasap, hari ini dapat bersiaran semula.  Di kesempatan ini juga, sempena Marhaban Ya Ramadhan ini k.gee ingin memohon ampun dan maaf andai ada tutur kata atau perbuatan k.gee yang terkasar atau menyinggung perasaan mana2 pihak atau ada resepi2 yg k.gee terangkut dan lupa berterima kasih kpd tuannya k.gee mohon halalkan jua yer... Semoga kita semua diberkati di bulan yang penuh mahrifah itu nanti dan Selamat Berpuasa...


Hidangan k.gee kali ini asam gumpal berkuah gula merah... biasanya asam gumpal ada inti kacang hijau di dalamnya dan berkuah santan putih tapi sengaja k.gee ubahsuai sikit asam gumpal tanpa inti dan tambahkan gula merah ke dalam kuahnya bagi menambahkan perisa dan membangkitkan baunya... ermmmm sedapnya... rasanya sesuai untuk hidangan berbuka puasa atau moreh untuk keluarga di bulan Ramadhan nanti kan... cubalah...



ASAM GUMPAL @ Puding sagu 
Bahan (puding sagu) :

2 cawan sagu biji mata ikan
3 cawan air

Bahan (Kuah) :

3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula merah
Secubit garam
Daun pandan

Cara-cara:

Rendam sagu lebih kurang 20 minit. Panaskan air dan tambhkan pewarna jika suka.  Masak sagu dengan air sampai sagu kembang, kental dan warna bertukar lutsinar. Tuang ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais.

Masukkan santan pekat ke dalam periuk dan tambahkan gula merah, secubit garam dan sehelai daun pandan. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Sejukkan.

Bila nak makan, tuangkan santan ke atas puding sagu dan sedap dimakan sejuk.

5 comments:

hazila said...

Salam kak,
Saya teringin nak makan asam gumpal yg ada inti kacang hijau tu...

liemaopurut a.k.a ana said...

erm sedapppppnya...terasa sejuk ajer tekak tengok asam gumpal ni... sesuwai gak nanti wat berbuka pose ;p

nOOrsha said...

nyumnyum..sodap wat berbuka ni :)

zila norazila said...

sedapp sesuai utk buka puasa:)

Sofea said...

Gee..Selamat menyambut Ramadhan dan semoga segala amalan kita diberkati Allah..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015