Salam Jumaat salam ceria salam bahagia... bertemu lagi di pondok buruk k.gee ni... time sibuk2 ni tak boleh potpet2 lama2 yer.... nanti banyak pulak kerja yang terbengkalai kan.... jamu mata ajelah yer....
Menu kali ini ikan tambak masak percik stail ibu mertua.... Masa arwah ayah mertua ada dulu dia memang gemarkan ikan masak percik... biasanya ibu mertua k.gee guna ikan bawal.... isi ikan bawal yang putih dan lemak tu memang sesuai dibuat percik... makan bersama nasi panas atau meratah begitu saje pon sedap... tapi kali ini k.gee guna ikan tambak.... pernah tengok ikan tambak? k.gee pon baru pertama kali tengok... kebetulan masa k.gee tiba, ikan fresh baru sampai... terus sambar seekor...
PERCIK IKAN TAMBAK
Bahan-bahan:
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
serai satu batang
2 sudu cili kisar
1 keping asam keping
2 cawan santan
Daun kunyit
Garam dan gula
Garam dan gula
minyak
Cara membuatnya:
Ikan dibersihkan dan dikerat 3 bahagian. Panaskan minyak dan goreng separuh masak. Ketepikan. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit. Tumis bahan hingga naik baunya. Tambahkan cili kisar. Biarkan bahan tumisan garing. Masukkan serai, santan, garam, gula dan asam keping. Kacau sehingga agak pekat dan naik minyaknya. Jangan terlalu kering biarkan berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan ikan yang sudah digoreng tadi dan gaul rata. Taburkan daun kunyit yang dimayang halus dan angkat. Sedia dihidangkan.
jom makan percik...
4 comments:
first time tgk resepi menu nih;)
bukan senang nak dapat ikan tu kan....ngeee^^
Wededeeeee..sedapnya..
salam kak gee
sedapnya, ni kalau buat menu berbuka mesti syok kan
mengancamnya ikan percik tu...rasa cam nk hulur pinggan mintak sikit! sehari dua ni asik layan ayam..jemu plak,,ikan juga yg membuka selera!
Post a Comment