Saturday, September 29, 2012

Lempeng


Assalamualaikum...
Sarapan apa yer di hujung minggu ini? Mesti masak yang sedap2 kannn... Hah! malas  memasak? ooowww... letih yer... maklumlah setiap hari kelentang kelentong di dapor, bila hujung minggu ni nak relax la pulak ... Ok lah tu.... kalau perut keroncong nanti jemputlah datang pondok buruk k.gee yer... boleh k.gee jamu lempeng kelapa cicah kuah kari belen semalam.... sudi2 kan lahhh....  


Senang saje nak buat lempeng kelapa ni... main campak2 jer kan...tapi malas punya pasal k.gee cnp dari Dapur MaDiHa... malas nk menaip... minta izin yer...  hehehe...


LEMPENG KELAPA

Bahan2


2 cawan kelapa parut yg agak muda
3 cawan tepong gandum
1 3/4 cawan air
1 s/k garam (larutkan dlm air)
sediki minyak masak

Cara2 membuat

Campurkan kesemua bahan2 & kacau rata2. Panaskan kuali dengan sedikit sapuan minyak. Atau boleh juga gunakan non stick pan. Sendukkan sesenduk adunan dlm kuali & ratakan menggunakan belakang permukaan senduk. Biarkan hingga masak & nampak garing, semasa menggoreng boleh titiskan sedikit minyak jika perlu. Terbalikkan lempeng & biar masak ke dua2 belah. Angkat & hidangkan panas2 dengan sambal tumis, sambal sardin ataupun kari lebihan semalam.

Friday, September 28, 2012

Alahai...keras tangan


Sebenarnya dah lama teringin nak makan kek coklat tapi mood membaking agak dingin... sedingin cuaca di Kuantan yang setiap petang disimbahi hujan... Bila tengok kawan2 blogger dok buat tayangan amal kek yang comel2 mulalah tahap teringin sampai ke paras maksima...  hehehe... sebelum ia meletup baik lah k.gee cepat2 panaskan oven yer... dan start membaking.... yuk!


Huh...! baking sudah siap... tapi bab nak mendeko pulak satu problem.... aduh mak aiii...! kerasnya tangan k.gee ni... bukan setakat lemah bab mendeko... nak menembak pon terketar2 tangan dan kaki... macam kena simptom parkinsonism pulak... adoyai.... 


Apapun kita layan sajelah yer kek keras tangan k.gee ni... Resipi kek coklat moist ini k.gee selongkar di dapor Aina Bakery dan minta izin k.gee cnp di sini pulak yer... Kek coklat yang sangat best dan pasti buat lagi...


KEK COKLAT MOIST
Resipi dari : Aina bakery

Bahan A:

250 g butter
2 cwn gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
1 tsp esen vanila
1 tsp soda bikarbonate

Bahan B:

1 cwn air panas
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung koko
1 cwn susu segar/susu coklat
(semua bahan ini digaul rata-sejukkan)

Cara Membuat:

1. Pukul gula dan butter sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata.
3. Masukkan tepung yg telah diayak bersama soda bikarbonate.
4. Akhir sekali masukkan bahan B dan gaul rata.
5. Bakar sampai masak.

Topping Coklat:

1. 200 gm whipping cream
2. 500 gm cooking chocolate (potong dadu)
3. 2 tbsp butter

Cara:

1. Masak whipping cream sampai mendidih. Padam api masukkan dan gaul rata cooking chocolate tadi sampai likat dan masukkan butter.

(jangan ler guna masa panas, nanti tak cantik. biar sejuk atau biar semalaman dlm peti sejuk. nk gunakan kuarkan- yang ini boleh ler buat macam2. Nak buat bunga rose, shell...terpulangler kepada kita...)



Pic kelabu asap pon tak apa lah janji
kek nya sedap kan... hehehe... pujuk dia sendiri

daaa.... Salam Jumaat semua



Wednesday, September 26, 2012

Layan selera anak-anak...


Alhamdulillah...
Syukur... kerana masih dapat menikmati kurniaan Allah
Syukur... kerana masih lagi sihat walafiat

Setinggi-tinggi syukur kerana masih dipanjangkan usia untuk melihat dan mendidik insan-insan tersayang


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di laman gee-hut ini... Coretan ringkas sahaja yer kerana k.gee masih lagi berkursus... inipun curi2 masa rehat sebentar...  Bercerita pasal menu hari ini menu yang ringkas dan mudah... Ikan masak kicap... itulah menu kegemaran anak2 k.gee dan pastinya kesukaan ramai kanak2 juga... menyebut pasal selera anak2 ni, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberi makanan yang terbaik buat anak2 kan.... makanan yang baik penting dalam membentuk minda anak serta menyuci dan melembutkan hati dan jiwa mereka. Lebih2 lagi anak2 yang menjalani program hafaz al-quran.  Sumber makanan dan kehalalannya sangat perlu dititikberatkan.  Banyak sebenarnya makanan yang baik dan berkhasiat untuk diamalkan seperti buah kurma, kismis, badam, madu serta minyak zaitun.  Ok... ada paham...!!! macam pakar nutrisi pulak... heeeeee....  jangan mareee ek....



Ikan Masak Kicap

Bahan-bahan :

1 ekor ikan cencaru bersaiz besar
1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 biji cili merah

*1/2 labu bawang besar
*4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia


Cara-cara :
  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda * dan tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masuk cili dan bawang besar yang dipootng bulat. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap, sos tiram dan air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
  6. Tambah garam, gula dan cuka secukupnya. Tutupkan api. Angkat dan hidangkan

Tuesday, September 25, 2012

Apam bakar ... selera klasik


Wangi tak bau apam bakar k.gee ni...?


Jom sarapan ala klasik...


RESEPI APAM BAKAR versi derhaka

sumber : hana's family

Bahan-bahan

3 cawan tepung beras
4 biji pisang - lenyek (k.gee tak letak)
4 bungkus tapai nasi @ tapai ubi - hana guna tapai ubi dlm 5 ketul
1 ketul nisan @ gula putih - kemanisan ikut citarasa masing2 - hana guna nisan
1sk yis - hana tambah
sedikit garam
air secukupnya
sedikit minyak



Cara-cara

Campurkan pisang lenyek, tapai nasi@ubi, garam dan gula ke dalam bekas. (yis hana aktifkan dahulu dgn air suam kemudian barulah masukkan ke dalam adunan)

Masukkan tepung dan air sedikit demi sedikit sehingga adunan agak pekat.

Perap adunan semalaman.

Panaskan kuali dan lengserkan dengan sedikit minyak (mcm buat lempeng) dgn api sederhana kecil.

Tuang adunan dan tutup kuali sehingga apam naik kembang dan berlubang2. Kemudian terbalikkan sebentar dan angkat. Hidangkan dengan kelapa parut yang dicampurkan dgn sedikit garam. (k.gee suka cicah sambal tumis bilis).


hehehe... tak sempat nak celoteh panjang2... sedang berkursus laaaa
Ok... daaaa.... jumpa esok yer...
InsyaAllah



Monday, September 24, 2012

Laksa siam... main campak-campak


Assalamualaikum.... salam siaran dan salam rindu dari k.gee... Baru 3,4 hari tak dapat bersiaran rasa macam sudah setahun lamanya... hampir bersawang dapor gee-hut ni kan... alahai... apakan daya kesihatan tidak mengizinkan dan kebusy an melanda diri... tapiiii.... eh! ada ke orang yang rindukan k.gee dan dapor gee-hut yang tak femes ni...? heeee....


Haisyyy... walaupun badan tidak sihat tapi tekak ni mengidam yang bukan2 jer... tetiba teringin nak makan laksa yang ala-ala mee kari... ituhari pernah terpandang kat dapur Ibundo...bila teringat balik terus terliur! Ermmmmm... sangat setuju dengan ibundo... memang tidak mengecewakan... sedapppppp.....!! 


LAKSA SIAM
Resepi asal : Dapur Ibundo

Bahan A.

2 bungkus mee kuning. Boleh juga diganti dengan mihun kasar
(k.gee guna spagheti belen masa raya tempohari)

1 kilo ikan sardin, direbus dengan 1 liter air dan diambil isinya. Isi ikan diblender dengan air rebusan. Tulang ikan diblender halus dengan air rebusan juga dan ditapis. Campurkan tapisan air tulang dan isi ikan yang telah diblender. Ketepikan.

3 batang serai dititik
5 helai daun limau purut (k.gee tak letak)
2 kuntum bunga kantan
3 tangkai akar daun ketumbar (k.gee tak letak)
2 sudu besar sos ikan
5 keping asam gelugur
1 biji kelapa diambil santannya.

Bahan B (dikisar halus)

20 tangkai cili kering (boleh ditambah kalau mahu pedas)
1 sudu teh belacan
3 tangkai daun ketumbar (k.gee tak letak)
4 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
6 biji buah keras (k.gee tak letak)

Cara:

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.

Masukkan ikan yang telah diblender. Masukkan lain-lain bahan A dan juga garam. Masak sehingga kuah agak pekat.

Hidangkan mee bersama bahan sampingan seperti taugeh, telur, timun, cili dan hirisan limau.



Tak payah pergi Siam kalau nak makan laksa ni kan Ibundo...
heeeee...

Wednesday, September 19, 2012

Jalan-jalan... episod 1


Assalamualaikum... Salam ceria dan salam siaran buat teman-teman dan peminat dapor corat coret k.gee... Rindunya pada semua... maklumlah bila tirai syawal berlabuh, tirai dapor gee-hut pon berlabuh sama... senyap sunyi... hehehe... tuan tanah ke luar daerah you... ! 


Bermula hari Sabtu, k.gee balik kampung memenuhi undangan perkahwinan sepupu di Bentong... kemudian hari Ahad bertolak ke Melaka, bermalam di rumah anak saudara hb di Kelubung Jaya.... Malamnya kami ronda-ronda sambil makan asam podeh daging tetel di Bandar Melaka tapi tak dapat singgah di lain-lain tempat sebab keadaan jalanraya yang sangat sesak... kemungkinan ramai pelancong datang sempena cuti hari Malaysia... hajat kami nak naik river cruise pon terpaksa ditangguhkan ke hari esok memandangkn orang beratur menunggu giliran pon sudah macam ular kena palu... berlingkau-lingkau dekat 50 meter panjangnya... sabor je laaaa....



Esoknya hari Ahad kami bertolak ke Nyalas pula... perjalanan lebih kurang 30 minit dr Bandar Melaka... hb dah buat appointment untuk berurut badan... hb dah 2,3 kali berurut dengan pakcik tu... rasa ringan satu badan katanya... yang menariknya pakcik tu pandai 'menilik'... semasa kami sampai dia tiada di rumah... 10 minit kemudian dia tiba dan terus meluru ke arah Along anak sulung k.gee dan terus berkata, "Awak ni belajar pandai tapi malas... dan cepat melenting kan.." Ops... kami semua rasa terpegun... Betul lah kata-kata pakcik tu... memang pon perangai Along cam tu... dia siap boleh bgtau lagi keputusan SPM Along... Subhanallah... yang si kecik eQa tu pulak, pakcik tu kata, "awak ni kuat merajuk kan..."... hahahahahaaaa... kami semua serentak ketawa... apa tidaknya... memang tepat sekali si kecik eQa tu kuat merajuk... Lepas tu, k.gee tengok muka Ain anak dara k.gee dah panik dah sebab takut pakcik tu 'tilik' perangai dia pulak... huh... mujuuuuurr... dia tak komen apa2 pasal Ain... selamat aku! kata Ain.... heehehe...  



Hehehe... kita sambung kisah jalan2 esok pulak yer... ada 2 episod lagi tau... Jom layan nasi goreng udang (nasi goreng malas... ) resepi campak-campak jer... hehehee.... 

Bahan-bahannya : nasi semalam, bawang putih dan merah, cili padi dan telor. Cuma tambahkan udang yang digoreng dan goreng nasi menggunakan minyak menggoreng udang. Kalau suka boleh tambahkn pula perencah nasi goreng udang Seri Aji. Siap!

Saturday, September 15, 2012

Bila tirai syawal berlabuh di Nogori sombilan...


Salam semuo... apa kono eh jang...?  eh... den nk kabo esok lusa den nak berangkek ke nogori 9... anak bujang den nama eh dak Asyraf nk belajar kek kolej di Mantin... tetibo den teringin lak nak makan rondang oghang nogori... den memang gomar yg podeh2... rayo maren tak sompek makan rondang omak...iyolah den rayo umah mertuo... tak apolah...  den nk buek juo... main bantai ajo asal sodap dek tokak den sudah... 



hahahaha... den raso2 lah ado yang tergelak berguling2 tu... ada orang nogori celop kek sini... hihihi... den budak baru belajar... jangan marah yer Bundo... jangan marah yer kak nym.. jangan marah yer oghang nogori... den bergurau ajo....




RENDANG NOGORI

Bahan-bahan


1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan

Bahan Kisar

20 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi..)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
6 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup

Bahan lain:

4 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit 
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak:-

Tumiskan bahan2 kisar hingga bangkit baunya.  Masukkan ayam dan kacau rata.  Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala. 

Kemudian masukkan santan dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala sambil masukkan garam dn gula.   

Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan asam gelugor dan kerisik.  Biarkan seketika di atas api sederhana.

Bila sudah naik minyaknya, taburkan daun kunyit dan bolehlah diangkat dan hidangkan. Enak dimakan bersama lemang, ketupat atau nasi panas...  



Jumpo di nogori sombilan eh...

Friday, September 14, 2012

Spagheti mudah



Hari-hari letak gambar makanan kan.... macam lah cantik sangat... macam lah terror sangat... hahaha..!!! jangan jeles tau, tak baik...! bukan lah pandai sangat memasak... setakat layan tekak sendiri, hb dan anak-anak tu boleh lah... janji air tangan kan... qoute kata2 Chef Ammar ~ Hidangan Harakah  "...masak dari hati... masak dengan imaaan..." Hati mau baek beb....



Pepagi layan spagheti dengan fruits cocktail aci tak...?
Tepuk dada tanya selera kan..kan...



SPAGHETI BOLOGNESE

Bahan-bahan :


1 paket spaghetti
500 g daging cincang
250 g tomato puri
250 g sos tomato
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
6 ulas bawang merah (dipotong dadu)
2 biji tomato (dihiris nipis)
3-4 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1 cawan air
2 sudu rempah piza
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

Rebus spagheti hingga lembut, tambah sedikit garam dan minyak. Angkat dan toskan.
Untuk sos bolognese, tumis bawang putih hingga layu, masukkan daging cincang.  Biarkan daging empuk sedikit.
Kemudian masukkan bawang besar yang dipotong dadu, tomato puri, sos, air dan buah tomato.  Kacau.
Masukkan rempah piza, cendawan butang dan tambahkan sedikit garam dan gula.
Masak hingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
Bolehlah dihidang bersama spagheti tadi.
 

Alhamdulillah....


Thursday, September 13, 2012

Nyamankan tekak...


Mari...mari...mari... !!! mari kita dinginkan tekak yang sudah serak2 basah ni... batuk yer..? Alahai... ramainya yang kurang sihat habis musim raya ni kan... al maklumlah... musim raya musim pesta makanan... sana sini ada juadah segala bagai... yang pedas, yang manis, yang masin, yang lemak... pendek kata macam2 ada... Tekak pun apa lagi... tersiksa lah dia... kesian dia!


Apa kata, kepada yang batuk2 tu cuba minum madu bercampur air limau nipis... manalah tahu kot2 mujarab... sembuh batuk nanti bolehlah makan puding k.gee ni pulak... hehehe



Puding oren+kiwi ini k.gee buat sebab nak habiskan stok buah oren sunkist yang berlambak dalam peti ais tu... konon2 beli nak hidang kat tetamu tapi alahai... masamlah sangat... Itu yang cari idea nak perabih... last2 buat puding 3 tingkat ganding dengan buah kiwi yang sedap... resipinya  k.gee selongkar dapor Juwita di Jepun yang sudah lama menyepikan diri dan puding kiwi pulak selongkar di SINI... k.gee derhaka sikit ikut bahan2 yang ada di rumah... halalkan yer dan terima kasih... 


ermmmm.... gabungan yang serasi.... memang sedap... tak rugi buat...
cubalah...


PUDING KIWI
Sumber : Nisashoppe

Bahan-bahan:


serbuk konnyaku jelly 10g
gula 200g
air 650ml
* air 300ml
* buah kiwi - boleh tukar buah-buah lain juga
kisar kasar bahan-bahan bertanda *

cara-cara

1. campurkan sebuk konnyaku jelly dan gula, gaul sebati
2. masukkan air 650ml
3. masak api perlahan sampai mendidih
4. masukkan buah yang dikisar
5. kacau sebati dan tutup api
6. masukkan ke dalam jelly mould
7. sejukkan

PUDING OREN JELLY
Resipi asal : Juwita fariz
Lapisan Jernih

4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan

Lapisan puding

4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

cara-cara untuk melapis.

sediakan bekas yang sesuai.

masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.

Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras.
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

Wednesday, September 12, 2012

Yang lama di lupa jangan...


Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi... hish!! tak baik macam tu kan... walaupun sudah ada yang baru dan yang lebih baik... yang lama dilupa jangan... barang lama ada kelebihannya tersendiri... tambah2 sekarang ni, barang2 lama lagi tinggi nilainya... barang antik you!!


Ops... apa hal pulak k.gee melalut sampai ke barang antik ni... hehehe... bukan emo yer pepagi ni... cuma saje nak menyentuh pasal kuih tradisi orang lama,  Kuih bakar pandan... kuih yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas... kuih yg kaya dengan rasa lemaknya, manisnya dan harum bau pandannya... kuih yang sentiasa evergreen.... fuh! memang.... sedapppp ! Haa... kan dah kata barang lama ada kelebihannya... tak gitu? Layannn.....


KUIH BAKAR PANDAN

Bahan-bahan


2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan air pandan (kisar 3 helai daun pandan)
1 cawan gula
3 biji telor
2 sudu besar mentega cair
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau epal

Cara-cara


1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian tapis atau kalau suka boleh diblend hingga sebati
3. Sediakan loyang atau acuan dan sapu sedikit minyak.  Panaskan sekejap di atas dapor.
4. Kemudian tuang adunan tadi ke dalam dalam acuan dan bakar selama 1 jam pada suhu 180'c.
5. Sejukkan sebelum dipotong.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015