Wednesday, September 26, 2012

Layan selera anak-anak...


Alhamdulillah...
Syukur... kerana masih dapat menikmati kurniaan Allah
Syukur... kerana masih lagi sihat walafiat

Setinggi-tinggi syukur kerana masih dipanjangkan usia untuk melihat dan mendidik insan-insan tersayang


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di laman gee-hut ini... Coretan ringkas sahaja yer kerana k.gee masih lagi berkursus... inipun curi2 masa rehat sebentar...  Bercerita pasal menu hari ini menu yang ringkas dan mudah... Ikan masak kicap... itulah menu kegemaran anak2 k.gee dan pastinya kesukaan ramai kanak2 juga... menyebut pasal selera anak2 ni, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberi makanan yang terbaik buat anak2 kan.... makanan yang baik penting dalam membentuk minda anak serta menyuci dan melembutkan hati dan jiwa mereka. Lebih2 lagi anak2 yang menjalani program hafaz al-quran.  Sumber makanan dan kehalalannya sangat perlu dititikberatkan.  Banyak sebenarnya makanan yang baik dan berkhasiat untuk diamalkan seperti buah kurma, kismis, badam, madu serta minyak zaitun.  Ok... ada paham...!!! macam pakar nutrisi pulak... heeeeee....  jangan mareee ek....



Ikan Masak Kicap

Bahan-bahan :

1 ekor ikan cencaru bersaiz besar
1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 biji cili merah

*1/2 labu bawang besar
*4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia


Cara-cara :
  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda * dan tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masuk cili dan bawang besar yang dipootng bulat. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap, sos tiram dan air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
  6. Tambah garam, gula dan cuka secukupnya. Tutupkan api. Angkat dan hidangkan

4 comments:

Tina Othman said...

terliur tgk menu kak gee tu, sedap kan dpt makan dgn nasi panas

rahel said...

Amboi..ni bukan selera anak2 jer...ni selera org dewasa la..hehe...kite suka mkn ikan masak kicap....

izahdaut said...

pehh sedapnya saya nengok apam bakar tu kak. peekena ngan kopi o kaw kaw dang punya. hehehe.. ni bukan lauk budak2 jek ni, saya pu suke ikan masak gini kak :-)

zila norazila said...

kena dgn selera zila jgk nie..laju jew klu mkn dgn nasi panas..waalllaaa best:)