Wednesday, September 12, 2012

Yang lama di lupa jangan...


Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi... hish!! tak baik macam tu kan... walaupun sudah ada yang baru dan yang lebih baik... yang lama dilupa jangan... barang lama ada kelebihannya tersendiri... tambah2 sekarang ni, barang2 lama lagi tinggi nilainya... barang antik you!!


Ops... apa hal pulak k.gee melalut sampai ke barang antik ni... hehehe... bukan emo yer pepagi ni... cuma saje nak menyentuh pasal kuih tradisi orang lama,  Kuih bakar pandan... kuih yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas... kuih yg kaya dengan rasa lemaknya, manisnya dan harum bau pandannya... kuih yang sentiasa evergreen.... fuh! memang.... sedapppp ! Haa... kan dah kata barang lama ada kelebihannya... tak gitu? Layannn.....


KUIH BAKAR PANDAN

Bahan-bahan


2 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan air pandan (kisar 3 helai daun pandan)
1 cawan gula
3 biji telor
2 sudu besar mentega cair
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau epal

Cara-cara


1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian tapis atau kalau suka boleh diblend hingga sebati
3. Sediakan loyang atau acuan dan sapu sedikit minyak.  Panaskan sekejap di atas dapor.
4. Kemudian tuang adunan tadi ke dalam dalam acuan dan bakar selama 1 jam pada suhu 180'c.
5. Sejukkan sebelum dipotong.

6 comments:

Chah said...

kak Geeee!!! saya baru plan nak buat kuih ni! tapi mengenangkan pokok pandan dan togel, kenalah gi pasar tani dulu cari daun pandan..mmg feberet ni!

rahel said...

Kak Gee...yang kuih bakar pandan ni memang tak boleh lupa...mesti mo ingat la...banyak sedap oo..lemak pun ada..

hazila said...

Salam kak Gee,

Saya suka letak bijan kat atas tu lepas tu biar ada yang kerak sikit. Perhhh sedap tu.

Qhaifa Nur said...

lama tak makan kuih ni....
dapat bahagian keraknya ..aduh sedap..sedapppp

ibh_sue said...

Kak!..Makan kuih ni time hujan2 dengan air kopi pun sedap. Baru plan juga nak buat kuih ni. Mcm terbau2 wangi pandan nya tuu

zila norazila said...

barang lama tu yg menarik kak..kuih nie klu zila suka mkn panas2..sekali adap jew licin..he heh