Monday, September 10, 2012

Raya lagi ...


Tik Tok Tik Tok putaran jam, hari ini sudah masuk minggu terakhir Syawal... dah nak habis demam raya... kuih raya pon dah tinggal serdak saje... Ada yang rajin tu, siap mengukis dan membaking lagi... maklumlah ramai lagi kenalan dan tetamu yang nak datang bertandang, kan... 


K.gee tak lah mengukis tapi sediakan menu spesel sikit sempena suami tercinta beraya 6 dan sebahagian lagi tapaw untuk anak dara yang duduk di asrama...sudah 2 minggu tak balik ke rumah... bersorak dia bila hantar nasi tomato semalam... Nasi tomato dengan ayam masak merah memang fav hb dan anak-anak k.gee... Kalau nak mencuba resepi simple nasi tomato k.gee silakanlah...


NASI TOMATO

3 cawan beras basmathi -  (dibasuh bersih dan toskan)
3 biji bawang merah -  dihirs nipis
2 ulas bawang putih - dicincang
2 inci  -  dihiris nipis
2 sudu Rempah penumis - kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar majerintomato puree
1 sudu rempah kurma
2 helai daun pandan
Sedikit sunquick oren
Garam dan air secukupnya
Pewarna (jika suka)

Untuk hiasan :
bawang goreng
kacang peas

Cara:

1. Panaskan minyak sapi dan majerin di dalam periuk.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia & rempah penumis sampai agak garing.
3. Masukkan tomato puree dan rempah kurma yg dibancuh dengan sedikit air.
4. Masukkan beras basmathi, kacau rata.
5. Masukkan air, sunquick, daun pandan dan garam.  Kacau rata.
6. Biar sehingga nasi mendidih. Kacau perlahan.  Jika suka titiskan sedikit pewarna hijau dan kuning.
7. Apabila nasi sudah kering dan masak, kacau rata perlahan-lahan.
8. Hias dengan bawang goreng dan kacang peas.
9.  Hidang bersama ayam masak merah, acar timun dan papadam.


AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan

Bahan kisar

10 tangkai cili kering
3-4 cili padi (kalau suka pedas laaa...)
1 inci halia
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Bahan lain :
2 sudu tomato puree
2 sudu sos tomato
1/2 cawan air asam jawa
Bawang bsear yang dihiris bulat2
Garam
Gula
Minyak menggoreng

Cara membuat:

Ayam dilumur garam dan kunyit serbuk dan digoreng.  Ketepikan.   Kemudian panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar.  Tumis sehingga garing dan pecah minyak.  Masukkan tomato puree, sos tomato dan air asam jawa... kacau rata... tambahkan garam dan gula secukup rasa... Selepas itu bolehlah masukkan ayam yang telah di goreng sebentar tadi dan masukkan pula bawang besar potong bulat tadi. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan. 


Selamat Hari Raya Enam buat yang sudah menyempurnakan
puasa syawal... Tahniah!!

7 comments:

FnF Simple Life said...

Alhamdulillah... raya lagi sempena tamat puasa sunat syawal ye... sedap tu nasi tomato n the geng ;)

Mas Sani said...

hui..menyelarakan sungguh menu kak gee ni..alahai sedapnya aym masak merah tu...

mama sara nur said...

assalam
minggu terakhir syawal ni lagilah penuh OH Kan..
sedap nasi tomato tu, raya pertama hari tu kat kg SIL masakkan nasi ni sb adik beradik semua cari nasi walaupun raya hidangan lain ada he he

Qhaifa Nur said...

special menu raya 6 ni....
kat umah biskut raya masih berbaki lagi, tak nak anak2 makan....

sedapnya ayam mask merah ni...

zila norazila said...

salam syg kak gee
ayam masak merah ..wahh sedapnya..gandingan yg best tue kak:)

Mieza said...

kak gee..sedapnya nasi tomato tu...tergoda ai tau....musim umah terbuka ni ramai juga yg hidangkan nasi tomato..sedap!!!

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Sedapnya nasi tomato..mmg menjadi kesukaan anak2...ada lak ayam msk merah lg best!

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015