Friday, September 30, 2011

Piza bun


Ne no ne no ne no...roti roti!!! siapa nak makan roti special mari sini... tak mahal sehenggit jer seketoi... Roti special tau... ala-ala piza gitu... baek punya!! 


Dapat idea nak buat piza bun ini bila tengok resipi heart shape pide di dapor K.Nor secubit garam... lagi pulak bahan2 pon ada... tepung high protein yg beli sebelum puasa pon ada lagi... itu yg merajinkan diri meroti tu... lagipon cik BM ada membantu... tekan ON aje kan... cuma intinya k.gee derhaka sikit, masukkan sos tomato dan rempah piza... lepas tu bila sudah masak jalurkan pulak dengan sos cili dan mayonis.... haaaaa...... itu yg dapat nama piza bun tuuu... boleh gitu?


Ok kak nor minta izin yer kongsi resipi di sini....

PIZA BUN
Resepi asal :  Heart Shape Pide dari Dapor K.Nor Secubit garam
Olahan : gee-hut

380gm tepung high protein (tpg roti)

3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening (akak tak letak)

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

WATER ROUX : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

INTI PIZA

Bahan Inti :

250 g daging cincang
1 tin tomato puree (akak guna jenama Leegos)
1 paket (40 gm) rempah piza
1 biji bawang besar dpong dadu
3 ulas bawang putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak zaitun
2 biji  capsicum merah dan hijau
Gula

Cara:

Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, daging cincang,tomato puree dan rempah piza.  kacau rata.  Tambahkan air dan gula dan biarkan sehingga daging empuk. Kalau gunakan tomato puree Leegos tak perlu masukkan garam kerana ia sudah cukup masin.  Biarkan sehingga agak kering dan masak betul.  Masukkan lada casicum yg dipotong dadu, kacau sebati dan tuutp api.  Angkat dan ketepikan


Apabila doh roti sudah naik, canai dan bentukkan ikut citarasa masing-masing.  Sapukan kuning telur di atsnya dan letakkan inti... bakar pada suhu 180 selama 15 minit dan roti kekuningan.


Sedia untuk di ngap...!!

Thursday, September 29, 2011

Kuih lapis cendol

Assalamualaikum.... apa khabar semua? kenapa nampak moyok jer muka tuh.... haaa lapar yer... jom ikut kak gee ke dapor kita jamu kuih tradisional kuih lapis cendol... nyam...nyam!!

Sebenarnya kak gee jeles sangat tengok si Diana skyblue tu... lepas satu satu kek lapis dia tayang... tapi nak mengekek hari-hari k.gee tak berapa rajin... jadi kak gee melapis versi tradisonal sudah lah yer....


Resepi ini kak gee intai-intai di dapor CT Delima tu... apa khabar yer cik kak tu... lama tak bersiaran... rasa rindu pulak... Minta izin kongsikan resepi sedap ni di sini pulak yer CT... cayang CT!!


KUIH LAPIS CENDOL
Rujuk Dapor : CTDelima
Resepi asal : CMG

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum*
2 camca besar tepung beras*
2 camca besar tepung jagung*
1/2 cawan gula
3 cawan santan
3/4 camca teh garam
(Bahan bertanda * - disatukan dan diayak)

Bahan Lain:1/2 cawan air gula merah (1/2 cawan air panas + 3 camca besar gula merah)
1 cawan cendol
1/2 cawan air

Cara-cara:1. Gaul dan kacau semua bahan2 disatukan hingga rata dan sebati. Tapis adunan dan bahagi dua sama banyak (CT blend semua bahan2 tu sebelum tapis)

2. Satu bahagian dicampur dengan cendol dan 1/2 cawan air. Kacau hingga rata dan bagi 2 sama banyak. Ketepikan.

3. Satu bahagian lagi dicampur dengan air gula merah, kacau sebati dan bagi sama banyak. ketepikan.

4. Panaskan kukusan dan lenserkan loyang 8x8x3 inci dengan sedikit minyak. Kemudian tuang 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit. Kemudian tuang 1 bahagian gula merah pelahan2 (gunakan senduk sebagai perantaraan).

5. Lakukan lapisan seterusnya dengan 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit dan diakhiri dengan bahagian gula merah. Kukus selama 10 minit. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong.

Wednesday, September 28, 2011

Apam polka dot lagi dan cop mohor baru

Peewwiiiittt...!!!! jangan marah arr... sudah ada yg berminat dengan apam polka dot k.gee yg montoks tu... siap dapat order dari member opis lagi...hehehe... padahal nya saja main-main tayang pic kat blog tak sangka pulak ada orang berkenan.... heeee... siap dpt tempahan dari Janda Baik lagi... ops sori yer... k.gee bukan bisnes layan tekak sendiri saja...

Klau kawan2 yg dekat tu k.gee tolong buat aje, terima kasihlah... k.gee harap semua berpuas hati dan kalau boleh janganlah tempah lagi yer... hehehe... tak larat dah nk menconteng dot-dot tu... lenguh tangan buat sorang2 sampai 200 biji... naseb baik ko mengandung Ana, kalau tidak tak kuasa k.gee nk layan nyer... btw thanks Ana 

Yg pink hijau ini tempahan dari Zila... katanya nak bawa bekal ke Sulawesi... wadduh!! dapat naik kapal terbang la apam gebus k.gee tu yer... jangan nakal2 tau di tempat orang....

Oooo yaa... sambil2 tu k.gee nak tayang cop mohor k.gee yg baru... ok tak? heee.... mekacih eya eybizz... cantek banget...!!

Sebenarnya apam ni dah lama muncul di layar perak, cuma k.gee jer yg ketinggalan... jadi kalau nak tengok  resepinya boleh selongkar di internet jer... Apapon k.gee sharekan resipinya di sini... terima kasih kepada penyumbang resipi ini...

APAM POLKA DOT

 Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )


3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. Pukul gula, ovalette dan telor hingga kembang. 
2. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan susu segar berselang seli. Kacau rata.
3. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
4. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
5. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya, kemudian picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Tuesday, September 27, 2011

Bubur som-som

Selamat pagi sayang... aik?? pagi-pagi sudah hidang dessert apa hal pulak ni? alahai.... menu pagi ini biasa2 aje so malu pulak nak tayang satu malaya... so apa kata kita jamu mata dengan dessert orang kampong yg kak gee buat hari ahad lepas... mak akak memang suka kuih ini lebih-lebih lagi kalau buat tu lembek sikit... ermmm.... yummy!!

Biasanya kalau mak buat, bubuh dalam loyang besar saja tapi akak bagi inovasi sikit masukkan dalam acuan silikon bentuk sunflower... konon2 biar nampak cantik dan menyelerakan... betul gitu?


Yang ini akak sengaja tambahkan aksesorinya dengan sedikit cendol.... kalau suka boleh juga gandingkan dengan candil atau kacang merah... ala-ala ABC.... sedap tau!!


Resepi Bubur som-som

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan
1 sudu tepung jagung
Secubit garam
1 helai daun pandan - simpulkan

Cara :
Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau di atas api sehingga mendidih.  Masak hingga pekat dan berkilat hingga adunan meletup-letup. Pastikan dikacau sentiasa supaya adunan tidak berketul.  Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.  Sajikan bersama sirap gula melaka

Sirap gula melaka :-


500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Cara :  Masak gula melaka dan air hingga gula larut dan tapis. Sejukkan.


Monday, September 26, 2011

Nasi impit... raya lagi ke?

Selamat pagi Isnin.  Masih dalam bulan Syawal lagi ni walaupun sudah sampai ke penghujungnya... masih ada lagi yg buat rumah terbuka... seronoknya sebulan beraya... conpem macam2 juadah sudah masuk dalam perut tu kan... lepas ni kita start diet yer.... makan makan juga kesihatan kena jaga juga... tak gitu?

Oklah, memandangkan masih dalam  syawal lagi ni, mari kita jamu selera dengan nasi impit... sebenarnya di Kuantan ni nasi impit sudah jadi makanan harian tak perlu tunggu hari raya... lebih lebih lagi cicah dengan sambal ikan.  hari2 pon boleh dapat, ada dijual di mana-mana gerai.  Kalau nak buat sendiri pon boleh, nasi impit tu akak beli ketupat segera saja cuma rebus dan sejukkan. Sambal ikan tu pulak akak belajar dari makcik cleaner di ofis yang memang pakar bab masak memasak ni... makcik.  Mari kita tengok resipinya.

Nasi impit sambal ikan

5 ketul ketupat segera ( rebus 1 jam dan sejukkan)

Sambal ikan:
1 biji kelapa parut (digoreng sampai garing)

Bahan B
5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang kecik
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
Gula melaka 2 keping dihancurkan
garam secukup rasa

Cara

Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan di atas api sampai sebati.  Masukkan garam dan gula melaka.  Kacau rata sehingga sambal kering macam serunding.  Kalau kurang manis boleh tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit yang rasanya sedikit manis baru ada umph!

Selamat mencuba !

Sunday, September 25, 2011

Sarapan santai

Hai.... cuaca yg redup, tenang dan sunyi sepi begini memang sesuai sangat la kalau dapat bersantai atas katil kan... tambah2 pulak kerja rumah semua dah beres, perut pon sudah kenyang.... apalagi!! landing time....!!  

Ops...!! tak baik tau tidor pagi-pagi begini, rezeki tak masyuk kata ustaz... buatlah apa-apa aktiviti yg patut... berkebun ke... siram pokok bunga ke... menyapu halaman rumah ke... haaa... keluar juga peluh... taklah asik mengulit budak lappy ni saje, mana badan tak naik takde axercise langsung... setakat jari jemari jer berjogging... betul tak??? heeee.... jangan mara arrr.... gurau aje.. teguran membina, bukan untuk orang lain tapi ditujukan khas kepada tuan tanah ini lah.... kik kik kik!!!!

Oklah, jom tengok sarapan santai kak gee hari ni.... Kuih Cara Manis.  Kuih cara ni memang fav kami sekeluarga maklumlah rasanya yg lemak dan manis dari air gula tu cukup mengasyikkan... nk sediakan pon senang... akak buat sepiring jer cukup-cukup untuk sarapan 3 orang...


Resepi Kuih Cara
Cedok dari rumah Nanie

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
1 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam
Gula secukupnya

CARA MEMASAK :

~ Panaskan acuan kuih cara di atas dapur.
~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.
~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .
~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2

Saturday, September 24, 2011

Mari..mari.. karipap panas

Siapa nak makan karipap panas angkat tangan...!! cepat...cepat semantara stok masih ada.... mak aii!! laris betul la karipap panas akak petang ni... 3 kali goreng 3 kali licin... waaa kalau bisnes boleh kaya macam ni... betul-betul punya laris...

Memang sesuai sangatlah petang-petang begini makan karipap panas... sambil bersantai sambil kunyah karipap yang rangup.... weeee.... tersengih jer karipap tu menanti kena ngap!!


Karipap Rangup

Resepi : bonda saya

Bahan-bahan
Doh A
150 gm marjerin
300 gm tepung gandum

Doh B
500 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti
1 kilo ubi kentang - potong dadu
4 ketul isi ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili mesin
Garam dan gula
Minyak
Daun sup & daun bawang
Cara membuat inti:
*Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering.
*Masukkan bancuhan rempah kari dan cili mesin. masukkan pula yam yg didadu. Biarkan seketika. kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati.
*Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk.
*Campurkan garam dan gula. Masak sehingga agak kering dan masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.

Cara-cara membuat kulit karipap:
1. Satukan bahan A dan uli sehingga sebati. Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil
2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil.
3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu.
4. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis. Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini. Biarkan ia menjadi lonjong
5. Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar. Buat sehingga habis.
6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis.
7. Letakkan inti karipap dan kelim tepinya.
8. Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan supaya karipap masak dengan rata dan garing.

Kek pelangi

Sarapan kek pelangi, aci tak? boleh aje janji perut kenyang... Resepi kek pelangi ini akak ambil dari majalah saji keluaran bulan Oktober.... belek2 resipi rasa teringin pulak nak buat kek dari marjerin... dulu2 emak buat kek memang guna marjerin aje mungkin masa tu tak ada mentega lagi kot... siap kepok dengan tangan lagi nak bagi adunan kembang...... sekarang semua ada jentera... tekan aje preetttt... keluar kek...


Resepi kek ni mudah aje cuma akak ubah sikit guna esen pisang, ermmmm wangiiii..... keknya pon sangat lembut dan gebu...  memang sedap dan sesuai dengan selera tekak orang kampong macam akak ni...!!

Jom salin resepi

Kek Pelangi
Sumber : Majalah SAJI (Oktober 2011)

Bahan-bahan
250 gm marjerin Daisy
225 gm gula aising
5 biji telor
225 gm tepung naik sendiri
3 jenis pewarna - merah, kuning dan hijau (akak tambah warna coklat)
Esen pisang (akak tambah)

Cara menyediakan :
Pukul merjerin Daisy dan gula aising hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi secara perlahan.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan campurkan pewarna.
Masukkan adunan setiap warna ke dlm loyang dan lorekkan dengan lidi untuk mendapat corak campuran.
Akhir sekali, bakar dengan suhu 80' selama 45 minit.

 Sesuai juga untuk hidangan minum petang bersama keluarga atau menjamu tetamu yg datang bertandang.

Jemput makan kek pelangi.... hehehe

Friday, September 23, 2011

Kari telor menggamit nostalgia

Tekak ni tetiba terliur nak makan kari telor pulak... mengalahkan orang mengidam !! gitulah...kadang2 tu buntu akal fikiran nak memasak apa... rasanya dah puas masak ikan, ayam, daging, seafood... itu yg muncul menu makan malam yg ringkas kari telor makan dengan nasi panas...  jalannnnn


Terkenang nostalgia masa akak kecik2 dulu...kalau mak masak lauk telor macam ni kena agih siap2 dalam pinggan... maklumlah adik beradik ramai 10 orang...  kalau tidak, orang yg makan kemudian pakat makan kuah aje telornya habis kena pulun... makan pon berebut2, kadang2 tu tak kira waktu asik ber'cakar 'jer... ops berkelahi maksudnya... bahasa orang kampong....ahai!! Tapi sekarang semua dah dewasa, sibuk dengan aktiviti masing2... tak dapat lagi nak merasa suasana riuh rendah macam dulu... kalau berkumpul pon tak semua yg ada... huuuu sedih pulak rasanya....


Ok lah... jom jengok resipi nostalgia nih...

Resepi Kari Telor
4 biji telor ayam - direbus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu rempah kari (akak guna rempah kari Babas)
1 tangkai daun kari
1 sudu cili giling
Minyak menumis
1 mangkuk santan
Sedikit asam jawa

Cara penyediaan :-
1. Tumis bahan tumbuk, cili giling dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, air asam jawa, garam dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Masukkan telur rebus satu persatu kedalam kuah yang mendidih tadi.
5. Kacau seketika dan angkat. Hidangkan bersama nasi panas...

Thursday, September 22, 2011

Polka dot... baru puas hati


La la la la la la.... baru puas hati dapat buat apam polka dot yang sangat gebu ni... yahoooo!!!  banyak2 terima kasih pada cik Puan Rafidah Kassim atas resipi dan tunjuk ajar yg diberi... resepi yg sangat mudah sedap dan cantek.... nanti kak gee belanja makan nasi briyani yer... muaaaaahhhs....


Apam dot dot yang comel ni akak buat untuk jamuan hari raya di sekolah eQa esok... harap2 kawan2 eQa sukalah makan apam ni ada inti blueberry lagi....  


Jom kita tengok resipinya...

APAM POLKA DOT

Bahan2
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telor
2 sudu kecil baking powder
1 susu kecil ovalette
100ml susu segar
Pewarna
Filling/jem yg digemari

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.Picitkan blueberry filling secukupnya.
6.Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.

 Selamat mencuba yer...


Tuesday, September 20, 2011

Terung berkicap pedas


Yang ini lauk cincai lunch 2 hari lepas... terung berkicap pedas... nama resipi pon main reka sendiri aje... kira orait la tuh kan... heeee

Akak dengan hb memang fav terung ni... goreng pedas ke, masak kari ke, masak kicap ke... manis jer bila kena goreng kan...  kadang2 tu satu minggu 2,3 kali masak terung tak jemu2... lepas ni nak cuba terung bakar resipi noorsha pulak... nampak menyelerakan... tunggu ek...


Jom jengok resipi simple ni...

TERUNG BERKICAP PEDAS

4 biji terung panjang
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris bulat
4 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

Mula-mula tumbuk cili padi, bawang putih dan bawang merah.  Tumbuk kasar.  Terung dipotong kecil ikut citarasa masing2.  Goreng hingga kekuningan.  Ketepikan.  Panaskan kuali dan tumis bahan2 yg ditumbuk kasar tadi.  Biar bangkit baunya.  masukkan sos tiram, serbuk pati ikan bilis, garam, gula dan kicap manis.  Tuang sedikit air.  Biar mendidih seketika.  Masukkan terung yg sudah digoreng dan bawang besar yg dihiris bulat.  gaul rata.  Angkat dan boleh dihidang.

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015