Monday, September 12, 2011

Asam pedas ayam

Sudah makan malam ke? tersandar kekenyangan nampak... gitulah kalau tengah ada selera makan ye dak..?tambah2 air tangan isteri...bangganya para isteri kan...

Hari ini menu makan malam kami asam pedas ayam...sebenarya pertama kali ayam masak asam pedas ni  lepas teruja dengan juadah ini di dapor ibundo...begitu menyelerakan...izinkan kongsi resipi di sini pulak yer bundo...


ASAM PEDAS AYAM
Sumber rujukan : Dapor ibundo

1 ekor ayam
1/2 inci hirisan lengkuas diketuk
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 batang serai *
1/2 inci halia *
3 senduk besar (senduk lauk) cili kering yang telah diblender.
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu besar rempah kari daging
1 batang bunga kantan
air asam jawa secukupnya

Blender bahan yang bertanda *.

Di dalam bekas, campurkan cili kering dengan rempah kari dan serbuk kunyit. Gaul. Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk. Tumis bahan bahan yang diblender dan lengkuas sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili dan goreng sehingga masak. Masukkan ayam. Gaul sehingga air ayam kering.  Tambah air secukupnya. Masukkan bunga kantan. Bubuh air asam jawa dan garam. Apabila mendidih rasakan pedas, masin dan masam elok imbangannya. Boleh bubuh perasa kalau suka.


5 comments:

tun_telani said...

sedapnyer.. tun pun suka mkn asam pedas ayam nih..
ps: kak gee lupa letak link dapur ibundo =)

ibundo said...

sodap tuu...

Gee® said...

Tun >
ops...thanks tun..

ibundo >
konpem sedap... thanks bundo... btw sori ek lupa link...

H.J said...

tak leh nak merasa lagi air tangan isteri..ehehe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
rindunya kat akak tau...
wah terliur tgk asam pedas nie ler akak... sedapnya... nnt insyaallah nak buat juga...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015