Huaaaaarrrgghhh.....mengantuknya mata.... letih sungguh badan hari ini merayau sekitar bandar untuk persiapan open house pejabat akak hari Khamis ini... tambah2 berpuasa di kalangan rakan2 yg tak puasa... adoyaiiii bertambah tercabar iman ku ini...
Macam yg selalu akak katakan... bubur memang jadi fav akak bila berpuasa... nyaman aje tekak bila dapat menghirup bubur yg manis lagi sejuk nih... bubur jagung plus chaca... sedapp!!
BUBUR JAGUNG CHACHA
2 tongkol jagung mutiara
1/2 cawan chacha
500 ml santan1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
secubit garam
Cara Memasak:-
1.Basuh bubur chacha dan rebus hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
2.Satukan chacha yg direbus tadi bersama isi jagung ke dlm periuk.
3.Masukkan santan dan daun pandan dan masak dengan api perlahan.
4. Masukkan gula pasir dan sedikit garam. Biar mendidih.
5.Tutup api dan hidangkan panas atau sejuk
3 comments:
gee, memang feveret ni. makan sejuk-sejuk hmm.. sodapp
yg nie biasa beli jer.. hehehhee... time puasa ari tu hubby diana suka beli... n irfan yg suka makan... mmg sedap makan sejuk2
sedap kalau kat kampung memang ada orang jual.. ita kat sini stok dah abis.. lagi satu tak tahan simpan lama suka makan bubuk
Post a Comment