Monday, September 26, 2011

Nasi impit... raya lagi ke?

Selamat pagi Isnin.  Masih dalam bulan Syawal lagi ni walaupun sudah sampai ke penghujungnya... masih ada lagi yg buat rumah terbuka... seronoknya sebulan beraya... conpem macam2 juadah sudah masuk dalam perut tu kan... lepas ni kita start diet yer.... makan makan juga kesihatan kena jaga juga... tak gitu?

Oklah, memandangkan masih dalam  syawal lagi ni, mari kita jamu selera dengan nasi impit... sebenarnya di Kuantan ni nasi impit sudah jadi makanan harian tak perlu tunggu hari raya... lebih lebih lagi cicah dengan sambal ikan.  hari2 pon boleh dapat, ada dijual di mana-mana gerai.  Kalau nak buat sendiri pon boleh, nasi impit tu akak beli ketupat segera saja cuma rebus dan sejukkan. Sambal ikan tu pulak akak belajar dari makcik cleaner di ofis yang memang pakar bab masak memasak ni... makcik.  Mari kita tengok resipinya.

Nasi impit sambal ikan

5 ketul ketupat segera ( rebus 1 jam dan sejukkan)

Sambal ikan:
1 biji kelapa parut (digoreng sampai garing)

Bahan B
5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang kecik
1 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
Gula melaka 2 keping dihancurkan
garam secukup rasa

Cara

Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan di atas api sampai sebati.  Masukkan garam dan gula melaka.  Kacau rata sehingga sambal kering macam serunding.  Kalau kurang manis boleh tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit yang rasanya sedikit manis baru ada umph!

Selamat mencuba !

5 comments:

ibundo said...

bundo tak penah makan nasi impit dengan sambal ikan nih. boleh cuba.
gee, bundo buat apam pokaldot pakai resepi gee. Jadik lah gee.. sedap. terima kasih ek.

Gee® said...

ibundo >
waaa...dh berjangkit ek buat apam dot2... itu resipi adik ipar gee... mana pic nya, mesti gebu kan...

tun_telani said...

eh.. kak gee duk kuantan ye? tun x perasan sebelum nih. nnti bila2 tun blk kg kat kemaman blh laa jalan umah akak =)
xpenah wat sendiri sambal ikan nih. tp mmg suka makan.

izahdaut said...

kak gee.. nasi impit makan gini mcm akak ipor saya selalu buat. tapi makan ngan ketupat.

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak..
wah nie fav diana nie... suka sgt makan.... tp x perna makan ngan sambal ikan.. nmpk mmg sedaap

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015