Thursday, December 31, 2009

Gotong Royong @ Zon Kreatif

Sesi gotong royong 5S kat PBUn bermula dengan Taklimat oleh bos. Lepas tu AJK/PIC bg setiap kawasan telah dilantik. Aku cam biasa 'tuan tanah' utk Info Centre lah.. Zon kami ~ Zon Kreatif... waaaa kreatif sangat la tu... Sesi pertama kreatif bab laci masing2...tengok la Hj tu siap pakai pistol lg...

Monday, December 28, 2009

Asyura @ 10 Muharam


Peristiwa-peristiwa penting 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13.Hari pertama Allah menciptakan alam.

14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16.Allah menjadikan ‘Arasy.

17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18.Allah menjadikan alam.

19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20.Nabi Isa diangkat ke langit.

Yuhu...dh ada cucu




Siti Nur Aisyah, cucu kawan weh...!! baru 14 hari...oppss cucu kakak laa...

Friday, December 25, 2009

Syukur nikmat Allah...

Syukur alhamdulillah anakanda Amirul Asyraf dapat 9A PMR dan Maahad Tahfiz Negeri Pahang antara sekolah terbaik PMR 2009. Semoga menjadi ikon kepada adik2nya yang lain, syabas & tahniah Along & rakan2...syabas Maahad dan syabas Yayasan Pahang...!! Ingat pesan ayah..."jadikan ini sebagai permulaan dan perintis jalan ke arah kejayaan2 yg lain di dunia dan akhirat, insyaAllah..."


Monday, December 21, 2009

Kemas rumah

Isnin 21 Dis 09 ~ hrni aku terpaksa bercuti EL kerna aLif demam... hmmm demam nk dewasa kot...? dh 12 tahun ALif Arsyad...minggu depan wat IC. Alang2 cuti ni nak buat 5S kat umah laa...










mula2 kemas Bilik Study... tengok la tu mcm2 benda ada atas meja study...uih!! serupa pasar longgok jer...

haa...tongkat sakti pun ade gak standby jer kat situ...tp tongkat tu sesangat berguna time hubby kena 'go-out'...hihi...






selepas 2 jam berkemas...jeng jeng jeng!!! dh comey...hehehe




...ok la tuh kan?

Sunday, December 20, 2009

Walla...mari belajar bahasa Jepun

Namaku dalam bahasa jepun adalah "Lukadozikikari". Hahaha....
Mari kita cuba nama lain plak ....:>
eQa = Kukeka
AiN = Kakito
aLif = Katakilu
Amirul = Karinkishidota
Try nama hubby plak .... Shimoaririnkato. hehehe....

Nak cuba nama anda? Let's have Fun...!!


A - ka , B - tu , C - mi
D - te , E - ku , F - lu
G - ji , H - ri , I - ki
J - zu , K - me, L - ta
M - rin, N - to , O -mo
P - no , Q - ke, R - shi
S - ari , T -chi, U - do
V - ru , W -mei, X - na
Y - fu , Z - zi

Potret kasih

Malam kian tua..rintik hujan membasahi bumi...kesunyian menyelubungi hati..sayu seketika...rindu melanda... hubby dh pulang, petang td Along pun dh kembali ke asrama, Alif pulak demam lepas 2 minggu g kem.... Dua lg anak gadis potpet potpet.... aaarghhh...ragam anak2...

Setiap hari adalah hari2 yang perlu di coret apa yang berlaku. Sama ada baik atau buruk. Ibarat memori di dlm diari... Buat bekal kemudian hari. Juga buat renungan untuk diri sendiri. Semalam, kita gembira dan ketawa. Hari ini mungkin kita sedih dan pilu. Esok lusa pula mungkin ada sejarah yg tercipta... inilah lukisan hidup...

Andai Ku Tahu

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan Tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan Jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu

Yeay..!! upin & ipin




Saturday, December 19, 2009

Rahsia pohon semalu...













Apa yg sy nak dikongsi kat sini adalah al-kisah pohon semalu. Gambar eQa tu sekadar hiasan dan gmbr pokok kelapa tu plak eQa yg snap... hehehe...jurugambar cilik...

Kisah Semalu

~ Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Alif tamat kursus

Harini genap 14 hari Alif berkursus hafazan dan kem bina insan sempena cuti sekolah di Maahad Tahfiz Annur, Kuala Penor. Gambar2 ni sekitar Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah. Tp Alif tak dapat hadiah pun, hukhukhuk..... Seramai 147 peserta menyertai program 2 minggu ini. Majlis Penutup disempurnakan oleh YBhg Ust. Mahmood bin Hj. Mat, Perunding dr Bina Ummah Consultancy. Alif juga sempat bergambar bersama YBhg Ust Mokhtar Senik, Pengetua Pondok Annur serta bergambar kenangan dengan ahli2 kumpulannya dan Fasinya Ust Hamid. "Eh..watpe pejam jer mata tu?...ngantuk la tuh...Qiamullaill".
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015