Tuesday, September 20, 2011

Terung berkicap pedas


Yang ini lauk cincai lunch 2 hari lepas... terung berkicap pedas... nama resipi pon main reka sendiri aje... kira orait la tuh kan... heeee

Akak dengan hb memang fav terung ni... goreng pedas ke, masak kari ke, masak kicap ke... manis jer bila kena goreng kan...  kadang2 tu satu minggu 2,3 kali masak terung tak jemu2... lepas ni nak cuba terung bakar resipi noorsha pulak... nampak menyelerakan... tunggu ek...


Jom jengok resipi simple ni...

TERUNG BERKICAP PEDAS

4 biji terung panjang
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar - hiris bulat
4 sudu sos tiram
4 sudu kicap manis
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa

Mula-mula tumbuk cili padi, bawang putih dan bawang merah.  Tumbuk kasar.  Terung dipotong kecil ikut citarasa masing2.  Goreng hingga kekuningan.  Ketepikan.  Panaskan kuali dan tumis bahan2 yg ditumbuk kasar tadi.  Biar bangkit baunya.  masukkan sos tiram, serbuk pati ikan bilis, garam, gula dan kicap manis.  Tuang sedikit air.  Biar mendidih seketika.  Masukkan terung yg sudah digoreng dan bawang besar yg dihiris bulat.  gaul rata.  Angkat dan boleh dihidang.

3 comments:

Liza said...

kat umah Liza ni kalau terung masak kari jer yg laku..anak2 mmg tak mkan kalau masak2 cenggini...huhhh susah betul...

tun_telani said...

alahai.. sedapnyer terung. sejak 2 menjak ni xleh lak mkn terung. mesti angin satu badan. huhu

Juwita Jamaludin said...

terung ni ita tak pandai nak makan selain buat masak sambal dengan masuk dalam dalca.. boleh la cuba masak gini plak