Thursday, September 29, 2011

Kuih lapis cendol

Assalamualaikum.... apa khabar semua? kenapa nampak moyok jer muka tuh.... haaa lapar yer... jom ikut kak gee ke dapor kita jamu kuih tradisional kuih lapis cendol... nyam...nyam!!

Sebenarnya kak gee jeles sangat tengok si Diana skyblue tu... lepas satu satu kek lapis dia tayang... tapi nak mengekek hari-hari k.gee tak berapa rajin... jadi kak gee melapis versi tradisonal sudah lah yer....


Resepi ini kak gee intai-intai di dapor CT Delima tu... apa khabar yer cik kak tu... lama tak bersiaran... rasa rindu pulak... Minta izin kongsikan resepi sedap ni di sini pulak yer CT... cayang CT!!


KUIH LAPIS CENDOL
Rujuk Dapor : CTDelima
Resepi asal : CMG

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum*
2 camca besar tepung beras*
2 camca besar tepung jagung*
1/2 cawan gula
3 cawan santan
3/4 camca teh garam
(Bahan bertanda * - disatukan dan diayak)

Bahan Lain:1/2 cawan air gula merah (1/2 cawan air panas + 3 camca besar gula merah)
1 cawan cendol
1/2 cawan air

Cara-cara:1. Gaul dan kacau semua bahan2 disatukan hingga rata dan sebati. Tapis adunan dan bahagi dua sama banyak (CT blend semua bahan2 tu sebelum tapis)

2. Satu bahagian dicampur dengan cendol dan 1/2 cawan air. Kacau hingga rata dan bagi 2 sama banyak. Ketepikan.

3. Satu bahagian lagi dicampur dengan air gula merah, kacau sebati dan bagi sama banyak. ketepikan.

4. Panaskan kukusan dan lenserkan loyang 8x8x3 inci dengan sedikit minyak. Kemudian tuang 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit. Kemudian tuang 1 bahagian gula merah pelahan2 (gunakan senduk sebagai perantaraan).

5. Lakukan lapisan seterusnya dengan 1 bahagian cendol dan kukus 5 minit dan diakhiri dengan bahagian gula merah. Kukus selama 10 minit. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong.

9 comments:

Qhaifa Nur said...

sweeetnya...kuih lapis sekarang ni dah pelbagai rasa dan rupa..kreatif sungguh

Gee® said...

Qhaifa Nur >
heee..k.gee mmg suka kuih muih tradisi ni... tu yg rajin buat tu...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam rindu Gee...
rajin gee melapis kuih lagi2 cendol...sedap nak buat malas hehehe

tun_telani said...

rajinnyer laa kak gee.. kalau tun rajin wat kuih yg campak2 je.. ce tiup sket vitamin R nk melapis kt tun nii.. hihi

Nurul said...

alahai, sedappnya tgk kuih lapis cendol K Gee... nak!!! br ni ader rasa kuih ni... hai, bilalah nurul nak buat plak... :)

Juwita Jamaludin said...

kak gee sedapnya.. rasa nak buat la.. hahahaha.. tapi mana nak cari cendol ni.. huhuhu kena buat dulu.. ni anatara kuih kegemaran ni kak

Mieza said...

cantiknya kuih lapis gee..kalau mieza buat tak secantik ini..tak pernah makan lg lapis cendol ni..teringin nak try..ada lg tak heheh

Nurul said...

Hehe :D
K Gee, nurul singgah sekali lagi... nanti sudi2 ler amik award kat blog nurul...

Diana @ Melley Mey said...

cantik n kemasnya kuih lapis yg akak buat nie.. mmg tertarik tgknya... cantik!!