Tuesday, September 11, 2012

Kek Span CT Delima


Selamat pagi semua.... apa khabar yer pagi Selasa ini...? Kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR, didoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan kalian beroleh kejayaan cemerlang... InsyaAllah...


Aduh mak aiii..!! selepas tengok kek kukus velvet CT Delima semalam, k.gee terus termimpi-mimpi... jelita ya amat kek nya... sejelita tuan empunya kek... naik juling mata melihatnya... air lioq pun macam nak menjejes jer... adoyaiiiii....!!! Kalau lah dekat, nak aje hulur bekas kat dapor DDCT, dapat barang sekeping dua pon jadilah... ahai... 


Tapi bila selongkar barang-barang yang ada dalam stok, lain pulak ceritanya... terlior yg lain, lain yg jadi...!! K.gee hampir terlupa rupanya ada tepung kek span segera dalam kabinet k.gee tu... beli masa bulan puasa ituhari... nasib baik belum luput tarikh lagi... Apalagi... terus godek2 kek span mudah resipi Che CT yang glam tu... Kek yag senang, mudah dan sedap dimakan... hehehe...terima kasih Che CT...

Kek Span Oren Marble
Adaptasi dari Kek Span Marble Mudah
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :

400 gm sponge cake mix - di ayak (CT guna jenama NONA perasa vanila)
5 biji telur gred A - suhu bilik
80 ml air (k.gee perah oren sunkist)
1 sudu kecil esen vanila
80 ml butter - dicairkan
2 sudu besar serbuk koko - diayak
1 sudu kecil coklat emulco
Parutan kulit oren (k.gee tambah)

Cara-cara :

1. Sediakan acuan bulat 9 inci yang digris butter dan dialas dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Masukkan tepung adunan pek segera yang diayak dalam mangkuk adunan. Tambahkan air oren dan masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana selama 4 minit hingga kembang dan gebu.

3. Telur dimasukkan sebiji-sebiji ya. Setiap sebiji telur diputar dalam 20 saat baru dimasukkan lagi sebiji.

4. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen vanila, parutan kulit oren dan butter cair perlahan-lahan sambil diputar dengan kelajuan rendah selama 1 minit sehingga ringan dan kembang.

5. Ambil anggaran 2 senduk adunan tadi dan dimasukkan dalam mangkuk lain dan ditambahkan dengan serbuk koko dan coklat emulco. Kacau rata.

6. Masukkan adunan plain berselang seli dengan adunan koko dalam loyang. Ambil pisau plastik atau lidi sate dan corakkan bentuk marble.

7. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bila lidi keluar bersih kek dah masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu baru dipotong.     

6 comments:

izahdaut said...

alaaa.. baru teringin nak buat..tapi bile tengok resepi kna ada tepung nyer.. huuhuh... nak sikit kak gee

Marsita Yahya said...

salam kak gee, rajin nyer...gebu nampak kek tu..mesti sedap..

Anonymous said...

gebu gebas keknya, nampak menarik hehe tapi tina kalau oren2 ni kurang sikit =)

Liza said...

salam kak gee, mintak sepiring utk minum ptg ni....hihihihi

rahel said...

Bestnyer klu ada kek span...sangat sesuai dihidang dengan teh panas....

zila norazila said...

kek span mmg sentiasa sedap..zila pun suka mkn..lembut jew..bila dh dimarblekan camtu lg cantik:)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015