Tuesday, March 15, 2011

Meroti pulak...

Salam semua, rindunya lama tak berblogging, busy banget cuti2 sekolah ni maklumlah sekali sekala rumah penuh dengan anak2 biasanya sunyi semacam... Baru hari ini ada kesempatan nak membuka bicara... tapi idea pulak entah ke mana, mental block ke apa entah huuu....
Ops...walaupun mental block tapi operasi meroti tetap berjalan lancar... tengok la Bun Kacang Merah akak ni... sedapppp nooo.....
Bun Kacang Merah (resepi jintanmanis)
200gram tepung roti
1 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung
90 ml susu segar+1/2 biji telur
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam

( kalau nak letak 1 sudu kecil bread softner dan bread improver pun boleh)

untuk inti
1 bekas kecil inti kacang merah

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan uli sekejap selama lebih kurang 5 minit dan boleh terus dibentuk bulat-bulat kecil.

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, perap doh selama 40 minit.

3.Kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan satu sudu kecil inti kacang merah, susun dalam loyang empat segi, biarkan doh naik 2 kali ganda dan gliss permukaan roti dengan 1 sudu susu segar+beberapa titik madu, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit.

4. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang ada penutup, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015