Sunday, March 27, 2011

Puding nenas berprune

Sebenarnya bab2 buat puding akak tak berapa terer...ops masak lain pun idaklah terer sangat cuma setakat layan tekak sendiri boleh laa... Nak dijadikan cerita pagi tadi masa cari ilham nak masak untuk sarapan terserempak dengan blog gulahangus dan terlihatlah di situ puding nenas yg sangat cun...terlioq la pulak.... Jom layan puding akak ni...


Resepi Puding Nenas Berprune...Gee®

Bahan2 :) #10gm agar2 #1 cawan gula #1 tin susu cair # 10 butir buah prune (blender) #1 tin nenas dalam tin (blender) #4 biji telor #1 litre air #

Cara :)

Masak agar2 dengan air hingga hancur. masukkan gula, susu cair dan telor. kacau rata. asingkan jadi 2 adunan. satu masukkan buah prune yg telah diblender dan satu lagi masukkan nenas. tuang dalam acuan satu persatu. biarkan lapisan bawah keras seketika baru masukkan lapisan atas. sejukkan dan sedia dihidangkan.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015