Tuesday, March 1, 2011

Roti marble mocha

Takmo cerita banyak2...jom cuci mata dan salin resepi :-
Bahan-bahan :
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu serbuk koko
1 sudu serbuk/perisa mocha

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali emulco dan pewarna coklat, uli sampai tak melekat pada jari. Kalau ade BreadMaker tekan On je.
2. Perap doh selama 40 minit, kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan emulco dan serbuk/perisa mocha. Pastika adunan betul betul sebati dan warna sekata untuk doh mocha itu.
4. Satukan doh yang baki tadi dan canai memanjang. Letakkan doh mocha di tengah-tengah.
5. Tutupkan keseluruhan adunan mocha tadi.
6. Potong tiga bahagian dan anyam bentuk tocang.
7. Letakkan doh yang telah dibentuk ke dalam loyang sandwich.
8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
9. Siap dibakar , keluarkan dari tin dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.
10. Enak kalau dihidangkan dengan jem.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015