Salam semua.... 2,3 hari ini akak nak pergi out-station ke negeri che siti wan kembang.... so tak berasaplah dapor akak nampaknya... Tapi semalam sempat juga operasi memufin untuk bawa bekal dalam bas nanti. Jom jalan2 cari makan....
Bahan-bahan
5 sudu teh parutan kulit oren
200gm gula
335gm tepung naik sendiri
2 sudu besar poppy seed
80ml jus oren
1 biji telur-pukul
250ml susu segar
60gm butter-cairkan
Cara-cara 1.panaskan oven 190'c. campurkan 2 sudu teh kulit oren ngan 2 sudu teh gula, ketepikan. 2.ayak tepung, masukkan gula n poppy seed. masukkan kulit oren, jus , telur, susu n butter. kacau hingga rata j tp jgn terlebih kacau. 3.masukkan dalam cawan/acuan muffin. tabur campuran kulit oren+ gula tadi kat atas n bakar selama 25min.
No comments:
Post a Comment