Tuesday, March 1, 2011

Bubur chacha

Juadah minum petang semalam ~ bubur chacha. Resepi tradisional air tangan bonda. Ermmm...lemak manis.

Resepi Bubur Chacha

Bahan chacha:

240 g tepung beras
Air secukupnya
pewarna (jika suka)
Bahan Kuah
250ml air
200g santan pekat
125 ml air gula melaka
2- 3 sudu besar gula ( ikut kemanisan yang di ingini )
Sagu biji

Cara penyediaan :
1. Untuk membuat doh, satukan tepung beras dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan digaul rata.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.
3. Gentel kecil kecil, buat hingga habis.
4. Masukkan doh tadi dalam air yang telah mendidih.
5. Apabila doh tadi timbul di permukaan air angkat dan toskan.
6. Untuk membuat kuahnya, satukan semua bahan kuah dalam 1 periuk dan didihkan.
7. Perlahankan api agar santan tidak pecah dan kemudian masukkan air gula melaka, doh yg digentel tadi dan sago biji yang telah di rendam seketika.
9. Bila sago masak bolehlah diangkat.

1 comment:

Anonymous said...

salam. elok pdam je post resepi ni... kesian kat orang lain... pakai tepung beras mana boleh jadi kenyal.. mmg akan jadi keras.. org guna tepung gandum then letak kapur sikit... resepi ajaran sesat..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015