Resepi Bubur Chacha
Bahan chacha:
240 g tepung beras
Air secukupnya
pewarna (jika suka)
Bahan Kuah
250ml air
200g santan pekat
125 ml air gula melaka
2- 3 sudu besar gula ( ikut kemanisan yang di ingini )
Sagu biji
Cara penyediaan :
1. Untuk membuat doh, satukan tepung beras dan garam secukup rasa di dalam mangkuk adunan dan digaul rata.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras.
3. Gentel kecil kecil, buat hingga habis.
4. Masukkan doh tadi dalam air yang telah mendidih.
5. Apabila doh tadi timbul di permukaan air angkat dan toskan.
6. Untuk membuat kuahnya, satukan semua bahan kuah dalam 1 periuk dan didihkan.
7. Perlahankan api agar santan tidak pecah dan kemudian masukkan air gula melaka, doh yg digentel tadi dan sago biji yang telah di rendam seketika.
9. Bila sago masak bolehlah diangkat.
4 comments:
salam. elok pdam je post resepi ni... kesian kat orang lain... pakai tepung beras mana boleh jadi kenyal.. mmg akan jadi keras.. org guna tepung gandum then letak kapur sikit... resepi ajaran sesat..
Wslm. Kalau tak pandai diam. Memang pakai tepung beras la. Tepung kalau nak letak boleh taknak sudahh. Letak sikit je. Marah org smpai mcmtu sekali. Bongoks
sedapnya.terima kasih atas resepi ni.nk cubalah..heheh..silalah singgah blog saya : http://dirawanhartawan.blogspot.my
Arwah emak saya suka guna tepung beras. Guna gandum kureng sedap katanya. Sampai sekarang saya ikut resepi arwah. Cuma tak uli keras. Sebab nak lenyek kt acuan. Agak2 la sesedap rasa.
Post a Comment