Thursday, March 10, 2011

Apam gula merah

Selamat pagi semua... tuan puan sarapan apa hari ni? Akak sediakan apam gula merah untuk sarapan pagi Khamis ni... kalau nak tahu kuih ini adalah kegemaran arwah nenek akak...dulu2 masa akak kecik2 nenek suka buat kuih ni tapi nenek suka warna putih saje... Petang semalam tetiba teringin nak mencuba kuih pesen lama ni apalagi lepas isyak terus godek2 benda ni....suka sangat dapat buat kuih ni walaupun hasilnya tak seberapa comey..hehehe

Resepi mudah saja..inipun akak cnp dr chef yatie
Bahan A
1 cwn gula merah*
1/2 cwn gula pasir*
1 cwn air*
2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan)
Bahan B
1 sudu besar yis mauripan
1/4 cwn air suam
1 sudu kecil gula pasir
Bahan C
3 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
1 cwn air
Cara-Cara

Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut dan sejukkan.
Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
Campurkan ke semua bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Masukkan dlm blender lagi senang)
Gaul sebati dan masukkan bahan C tadi. Gaul sebati, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam atau naik 3 x ganda.
Lenserkan loyang dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit dngn api sederhana kuat.
Biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
*Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dgn sedikit garam.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015