Tuesday, March 8, 2011

Bepang kacang


anda kenal ke snek ni...? kalau orang muda mungkin tak berapa kenal kot? susah juga nak dapat benda ni sekarang, inipun akak beli masa jenjalan kat KB baru2 ni... sedap dan sudah pastinya manisssss banget......yang ada diabetes tu hati2 la yer kalau teringin makan bepang ni...

Ahaa... resepinya akak kutip di sini

Bahan-bahan:
2 setengah cawan kacang
1 setengah cawan gula
boleh ditambahkan bijan jika mahu

Cara-cara

1.goreng kacang tanpa minyak dan buang kulit. 2.kemudian masak gula sehingga kekuning-kuningan tetapi jangan sampai hangus kerana akan menyebabkan rasa biskut pahit. 3.gaul kacang bersama gula yang telah dimasak tadi sehingga sebati. 4.kemudian letak di atas talam yang dilapik dengan plastik tebal untuk menggelakkan kacang melekat. 5.akhir sekali ratakan kacang kemudian potong mengikut bentuk yang anda gemari.... 6.adalah penting untuk diambil perhatian proses meratakan di atas plastik dan memotong hendaklah dilakukan ketika kacang masih panas, kerana apabila kacang sudah sejuk ianya akan keras dan tidak boleh dibentuk lg.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015