Menu makan malam tertunda... Ayam black pepper.... ringkas, sedap dan pedasssss....... huuuuu
Bahan-Bahan:
¼ bhg ayam (3-4 ketul)
garam
minyak masak
air Bahan giling:
½ inci kunyit
½ inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 ulas bawang merah (atau ½ ulas bawang besar)
3 ulas bawang putih
Cara:
Bersihkan ayam dan toskan. Panaskan dua sudu besar minyak masak. Tumiskan bahan giling sehingga garing kemudian masukkan sedikit air. Tambah sedikit garam dan kacau rata sebelum memasukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.
Cadangan Hidangan:
Taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup bagi mereka yang menggemarinya.
Tambahan:
Bagi penggemar masakan pedas boleh campurkan sedikit cilipadi atau menambahkan sukatan lada hitam.
Sumber resepi : klik sini
No comments:
Post a Comment