Thursday, May 30, 2013

Cocktail bandung selasih


Tetiba tekak teringin nak menghirup sirap bandung campur koktel buah-buahan... hb kata kalau nak sedap lagi tambahkan biji selasih agar dapat menyejukkan badan... Ooooo.... bagus idea hb tu... sejuk dan nyaman jer tekak bila dapat semangkuk cocktail bandung selasih ni... tak percaya ? cubalah buat.... pasti yummeh...!!


Selain sedap dan menghilangkan dahaga, rupanya banyak khasiat biji selasih ini untuk tubuh badan kita, baru hari ini k.gee tahu tau hasil selongkar di sini... antaranya :

1) Dapat mengurangkan panas badan.
2) Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
3) Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
4) Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
5) Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
6) Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
7) Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

So, apalagi..... jom selasih...!!!

 

COCKTAIL BANDUNG SELASIH

1 tin fruits cocktail
1 tin buah peach
1/2 cawan halwa kabung
1 tin susu cair
1 tin air
1/2 cawan sirap
1 sudu biji selasih (rendam sehingga kembang)
Beberapa ketul jely (k.gee beli jely segera perisa mango)

Campurakan semua ke dalam mangkuk dan tambahkan ais kiub secukupnya.  Kacau-kacau dan segera untuk dinikmati... slruuuppp.... yummeh!!



Nah!! ambil segelas....


Wednesday, May 29, 2013

Madu 3...!!??


Senangnya dalam hati... dot dot dot .... seperti dunia ana yang punyaaa...!!! ahai...


Cop! cop! jangan salah faham pulak yer... madu 3 yang k.gee maksudkan adalah menu makan malam yang k.gee sediakan kelmarin dalam mode 3 in 1... ikan, telur dan sayur dalam satu hidangan... makan dengan nasi panas-panas sampai dahi berpeluh dan perut memulas sebab tersangat pedas.... hehehe... inovasi tau bukan malas....


IKAN GORENG TELUR PECAH

1 ekor ikan bawal
(dibersihkan dan goreng garing)

4 biji telur
10-15 biji cili padi
3-4 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 sudu sos tiram
1 kiub pati ikan bilis
Secubit garam
3-4 biji bendir - potong menyerong
Minyak menggoreng

Cara :

Tumbuk cili padi, bawang besar dan bawang merah.  Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi.   Tambahkan kiub pati ikan bilis, garam dan asam keping.  Biarkan sehingga agak garing.  Pecahkan telur dan biarkan sehingga telur agak masak sedikit baru dikacau dan hancur-hancurkan.  Sementara itu, potong bendir kecil2 dan terus masukkan ke dalam telur hancur tadi.  Kacau rata dan curahkan ke atas ikan goreng tadi.  Ok, siap! 



Tuesday, May 28, 2013

Kek buah versi bakar


Assalamualaikum... apa khabar anda di sana? rindunya sama kamu semua... beberapa hari ini dapor gee-hut kesunyian sebab tuannya bercuti-cuti Malaysia sambil memenuhi beberapa undangan perkahwinan... semalam selamat sampai ke rumah dan seharian berdansa dengan kain baju yang hampir segunung tingginya... hehehe biasalah.... kannnnn


Ok, seperti biasa hari ini dapor gee-hut kembali bersiaran dengan menu kek buah versi bakar... Kek ini k.gee buat sehari sebelum pergi bercuti... asalnya tergoda melihat kek buah kukus di dapor Shiela Spices Journey, Hanamemories dan Yatiememories... memang terliur dibuatnya.... tapi k.gee tak berapa rajin nak mengukus jadi k.gee selongkar resepi kek buah bakar yang mudah dan cepat disediakan... tak perlu pakai mixer cuma godek2 dengan senduk jer... alhamdulillah kek yang sangat sedap... yummy!!



KEK BUAH

Sumber : RuhiL, Amirul Syafiq
Olahan : gee-hut

Bahan A :-

250g butter
380g susu pekat manis
400g fruit mix (k.gee guna raisin dan buah ceri jer)
1 cwn air

Masak semua bahan di atas api sederhana sampai butter dan susu pekat larut.. aku bg raisin n sultanas tu agak kembang.. then ketepikan.. sejukkan.. tunggu 3-4 jam.

Bahan B :-

2 biji telur
380g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 cwn jus oren sunquick (jadikan 1/2 cwn je.. bancuh ikut sedap rasa..)


Bila bahan A agak sejuk.. masukkan telur kacau rata.. masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat sedikt demi sedikit.. kacau rata.. bubuh sekali jus oren.. kacau rata..

Kemudian tuang ke dalam loyang yg telah digriskan dengan butter atau lapik baking paper.. bakar dalam oven suhu 180 celcius lebih kurang 1 jam atau gas mark no 3.. ikut oven memasing lah.. sampai masak.. kalau cam lambat je masak tu.. tutup loyang korang tu.. cepat sket masak..



Taraaa....!!! senang kan...
cubalah....



p/s : Tahniah buat anak saudara hb, Izdihar Nadirah dan pasangannya Azrul Amron... Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh gerbang rumahtangga... semoga dipanjangkan jodoh, dikurniakan cahayamata dan berbahagia selalu hendaknya...

Thursday, May 23, 2013

Asam pedas ayam


Assalamualaikum dan salam hari Khamis.... hep..hep.. horay! esok bermula cuti-cuti Malaysia.... Selamat bercuti kepada anak-anak dan cikgu-cikgu sekolah... kepada emak-emak dan bapak-bapak jom kita bawa anak-anak makan angin atau balik ke kampung bertemu datuk nenek dan sanak saudara...

Kenduri kahwin?? Musim cuti sekolah ni memang ramai orang buat kenduri kahwin... bersusun kad jemputan dan kenduri yang perlu dihadiri... kenduri sanak saudara, kenduri jiran tetangga, kenduri sahabat handai dan kenduri anak beranak sendiri... kalau diberi kesempatan eloklah kita penuhi semua jemputan tapi maklumlah... mana yang mampu kita tunaikan alhamdulillah... yang tidak mampu tu... kita ziarahlah mereka di kesempatan yang lain... moga hubungan silaturahim dapat dieratkan sentiasa....tak gitu?


Baiklah, menu dapor gee-hut hari ini asam pedas ayam... suka tak asam pedas? kalau tanya orang Johor atau orang Melaka sah sah kata suka kan...? kata orang, asam pedas Melaka memang power!  Apa kata tengahari ini kita masak asam pedas nak..? Tapi bukan Melaka stail yer... gee-hut stail noooo.....



ASAM PEDAS AYAM
Rujukan : Ayu Singapore,
Olahan ikut citarasa : gee-hut

1 ekor ayam kecil potong ikut suka
4-5 sudu besar cili kisar + 1 cm belacan bakar
1 sudu kecil bawang putih kisar
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar kunyit serbuk (k.gee letak kunyit hidup 1 inci)
2-3 keping asam keping (k.gee letak 1 sudu asam jawa)
2-3 cawan air
Sedikit belacan (k.gee tambah bersama bahan kisar)
1 batang serai dititik
Segenggam daun kesum
Tomato atau bunga kantan
Gula (k.gee tambah)
garam dan serbuk perasa secukupnya


Caranya :-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan naik baunya. Masukkan serai dan kacau. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dan masukkan asam keping (air asam jawa), bunga kantan, tomato dan daun kesum. Tambah air jika perlu. Kecilkan api dan biarkan hingga betul betul masak dan kuahnya pekat baru matikan api. Sedia dihidangkan. 



Memang beessssttt..... !!

Wednesday, May 22, 2013

Pengat pisang kuah putih


Assalamualaikum dan salam ceria semua... Pagi ini cuaca sungguh nyaman selepas hujan lebat turun dengan lebatnya lewat petang semalam... pokok2 kelihatan hijau, segar dan sihat... sempat juga k.gee menjengok pokok mangga di belakang rumah yang sedang meriah berbunga dan kelihatan putik2 muda... tak sabar nak rasa buah sulung pokok mangga ni... harap2 sedap buahnya...


Sementara tunggu buah mangga masak, jom kita usha pulak apa menu di dapor gee-hut hari ini... pagi2 lagi sudah ada pengat pisang nangka kuah putih.... Sebenarnya ini menu minum petang semalam semasa hujan turun mencurah-curah...  lepas semangkuk semangkuk menghirup pengat pisang sambil kunyah2 pisangnya yang liat dan masam2 manis tu... memang faberet k.gee...! slruuup... slruuuppp sambil berangan-angan nak pergi bercuti hujung minggu ini... hehehe



PENGAT PISANG

Bahan2:

5 biji pisang nangka - potong bulat
500g santan pekat
500g santan cair
1 sudu sagu
Sehelai daun pandan - simpulkan
1 cawan gula
Secubit garam


Cara2:

1. Dalam periuk yang besar, masukkan santan cair, pisang dan daun pandan.  Didihkan.
2. Kemudian masukkan pula gula, garam dan santan pekat. Kacau sebati.
3. Akhir sekali masukkan sagu mata ikan.  Boleh terus matikan api dan sedia dihidangkan.
 

Yummy...yummy..!!


Tuesday, May 21, 2013

Dahaga...?


Panas nyaaaa cuaca di luar sana... pepagi lagi badan sudah berpeluh... tentu sedap kalau dapat minum jus, kan... apa kata hari ini k.gee jamu anda sekalian dengan ice blended jambu batu lapis nenas untuk menyamankan tekak... best tau!


Nenas dan Jambu Ice-blended

1 biji jambu batu (dibuang bijinya dan dipotong kecil)
1 cawan nenas kiub bersama sirapnya (k.gee beli kiub nenas dalam tin)
1 cawan air batu kiub
2 sudu gula
Air secukupnya

Cara:

1) Satukan jambu batu, sedikit air, gula dan beberapa ketul ais kiub. Blend hingga hancur
2) Masukkan serbuk asam boi, tuang ke dalam gelas.
3) Blend pula nenas kiub bersama sirapnya dan beberapa ketul ais hingga hancur.
4) Tuang ke dalam gelas yang berisi jus jambu tadi.
5) Sedia untuk dinikmati...

Monday, May 20, 2013

Bahulu moden dari seberang...


Kuih bahulu kacang hijau ini k.gee terpandang di dapor CMG minggu lepas... kata CM kuih ini berasal dari blog masakan Indonesia... k.gee pon teruja sama nak mencubanya bila CM kata kuih ini gebu, lembut dan bila digigit terus menglungsur ke dalam tekak... k.gee membayangkan pastinya kuih ini harum baunya macam bau kacang hijau yang digoreng... kebetulan tepung kacang hijau masih berbaki selepas buat koleh kacang ituhari... aaargh! meronta2 nak mencubanya...   


Confirm !! kuih yang lembut, gebu dan ala-ala kek span gitu.... memang sangat sedap.... terima kasih CMG... tak rugi mencubanya... cuma kuih k.gee tak secantik kuih baulu CM yang kecil molek... hehehe


BAHULU KACANG HIJAU
Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)

75 gram tepung gandum*
25 gram tepung kacang hijau*
1/4 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
1 camca besar Ovallate
100 gram gula pasir
20 gram mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla (cm tambah)
1 camca besar pati santan (boleh ganti dengan susu segar)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup sesuai atau guna paper cup jenis keras. Ketepikan.

2.Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (kurang lebih 7 minit). Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Putar sebati.

3.Masukkan esen vanilla, pati santan dan mentega cair. Gaul rata menggunakan spatula. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh (atau hampir penuh), buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan untuk minum petang..



Jemput makan semua....



Friday, May 17, 2013

Bingka pandan


Salam Jumaat untuk semua...

Sabda Rasulullah s.a.w... "Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan dan paling hari itu Adam dimasukkan ke syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat mengadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan kebaikannya... " Amin...



Ini bingka pandan yang k.gee buat beberapa minggu lepas, konon2nya nak posting kat MFF Malaysian Food Fest ~ Kelantan yang dihostkan oleh Gertrude dari mykitchensnippets tapi...ehem.... kurang menjadi... kata emak kurang kelapa atau terlebih tepung kot... jadinya kuih bingka pandan k.gee ini liat sikit... rupa pun kurang cantik... malu pulak nak post kat MFF... kongsi di laman sendiri ajelah... hehehe 


Kuih Beko / Bingka Kelapa



Bahan-bahan

200gm kelapa parut putih
80gm gula pasir
150gm tepung pulut
1 biji telur A - di pukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka


Cara-cara :

Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.

Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.

Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.




Selamat menjamu mata... heeee

Wednesday, May 15, 2013

Kari ayam bernenas


Syukur alhamdulillah... selamat berbuka puasa semalam dengan menu yang menyelerakan... sudah lama tak masak  kari ayam sebab famili lebih suka ayam masak lemak cili padi atau ayam goreng kicap... balik dari pejabat semalam tetiba tercetus idea nak masak kari ayam campur dengan nenas dan cicah dengan roti... kalau dapat roti jala lagi best, kan...sepanjang jalan berangan2 kari yang pekat, pedas dan kaww...! adoyaii.....!! berpuasa tapi masih kuat nafsu...


Hehehe... kalau bab makan k.gee memang kreatif... olah sana olah sini.... sehingga menu biasa2 pon nampak special... special pada k.gee lah.... selera orang lain kita tak tahu, kan... Apapon bersyukurlah dengan rezeki dan nikmat yang Allah berikan... dan jangan lupakan mereka yang hidup dalam kesusahan dan kefakiran seperti kisah 'bekas nasi goreng Amira' yang k.gee terbaca di fb pagi ini...  sedih dan menyentuh perasaan... Kalau kita berkemampuan, bantulah mereka yer...



KARI AYAM BERNENAS

Bahan:

1/2 ekor ayam - dibersihkan dan potong kecil
Daun kari
2 ulas bawang putih - hiris nipis
3 sudu rempah kari
3 sudu cili kisar
1 sudu serbuk jintan manis
1 mangkuk nenas dipotong dadu - k.gee guna nenas dalam tin

Bahan kisar :

3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara :

Tumis bawang putih 2 ulas (hiris nipis) dan daun kari sampai garing dan naik bau.

Masukkan bahan kisar bersama rempah kari yang dibancu sedikit air dan cili kisar. 
Kacau sebati sampai naik minyak sikit
Masukkan ayam yang sudah dipotong kecil dan gaul agi. Biar sampai ayam empuk.
Tambahkan santan cair dan nenas dan biar merenih seketika.
Selepas itu baru masukkan santan pekat,  kacau.
Masukkan air asam jawa dan garam.  Renehkan sampai masak....
 

Wallaah... jom kari....


Tuesday, May 14, 2013

Puyuh masak lemak belimbing


Hari ini tayangan menu kampung saje... biasalah masih mood balik kampung.... kebetulan masa balik kampung ituhari buah belimbing buluh sedang lebat... sepikul k.gee bawa balik... sebahagiannya k.gee masak lemak... sebahagian lagi buat sambal ikan dan sebahagian lagi sedekah kat kawan-kawan.... ada kawan2 yang suka belimbing masak asam.... memang sedap buah belimbing ini kalau sudah dibuat lauk.... walaupun rasanya masam tapi sedap bila dimakan dengan nasi dan lauk2 lain...  



Ops... sorry yer pic blur semacam.... ambil gambar di rembang petang lah katakan... hahaha....



PUYUH LEMAK BELIMBING
Bahan-bahan

5 ekor burung puyuh-siap dibersihkan. Potong 4
10 biji belimbing buluh
1 mangkuk santan
garam - secukup rasa
2 sudu kerisik
2 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit

Bahan kisar :

10 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi.   Biar naik minyak sedikit.
2. Masukkan puyuh, serai dan garam, kacau rata.... biar seketika sehingga puyuh empuk.
3. Masukkan santan dan buah belimbing, kacau.
4. Kemudian masukkan kerisik dan daun kunyit. Biar mendidih.
5. Tutup api dan siap untuk dinikmati


Sudi-sudikanlah menu kampung dari gee-hut ini...


Monday, May 13, 2013

Bingka roti


Assalamualaikum dan salam Isnin kepada semua... hari berganti hari minggu berganti minggu bulan berganti bulan... sedar tak sedar hari ini kita sudah berada di bulan Rejab... Syaaban akan menyusul dan Ramadhan pula dinanti..

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:


“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT."

 

Kuih bingka roti ini sudah lama k.gee buat sebenarnya tapi baru hari ini sempat tayangkan... biasalah bila stok roti di rumah seperti tiada peminat, terpaksalah k.gee pelbagaikan sebelum tamat riwayatnya... bila sudah bertukar menjadi kuih dengan aroma pandan dan kerak yang hangus tu... ramai pulak peminatnya..  sekejap saje licin... hehehe... memang benar kata orang, kena ada kreativiti duduk di dapor ni, kan... Jom layan resipi bingka roti...


BINGKA ROTI

Bahan-bahannya:


7 keping roti termasuk keraknya
200 ml pati santan
2 cawan air pandan
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna hijau ( jika suka )
secubit garam

Cara-caranya:

1. Siat-siat roti kecil2 dan rendam dengan 2 cawan air. Bila telah lembut lenyek-lenyekkan sedikit.

2. Di dalam mangkuk besar lain, pukul telur dan gula hingga sebati.

3. Masukkan pati santan, esen vanilla, garam dan pewarna hijau. Gaul sebati.

4. Masukkan tepung gandum dan kacau lagi. Tapis.

5. Akhir sekali masukkan sebatian roti tadi dan digaul sebati. Masukkan dalam acuan yang telah disapu minyak dan bakar dalam oven 190' celcius selama 90 minit atau sehingga masak.



Sesuai untuk sarapan dan minum petang...
boleh juga untuk juadah berbuka puasa nanti...

Friday, May 10, 2013

Cek mek molek...


Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus bernafas menghirup udara segar di samping menikmati keindahan alam ciptaan Allah serta segala kurniaan-Nya di atas mukabumi ini…

Ya Allah
Aku bersyukur pada Mu
Kerana Kau, aku masih lagi bernafas di bumi Mu
Kerana Kau, aku masih mampu menikmati ciptaan Mu
Kerana Kau juga, aku masih di sini

Semoga aku terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan
Semoga segala urusan ku di permudahkan
Semoga aku mendapat kebahagian dunia dan akhirat
Semoga rezeki ku melimpah ruah
Semoga aku di panjangkan usia demi membesarkan anak2 yang di kasihi

Syukur alhamdulillah...

Amin, ya rabbal alamin..



Cek mek molek dari Kelantan
Indah rupa manis rasanya
Kakak abang adik sekalian
Mari kita jamu bersama...  



KUIH CEK MEK MOLEK

Bahan-bahan :

4 biji ubi keledek
2 cawan gandum - tambah atau kurang sekiranya perlu
gula secukupnya untuk inti
Sedikit garam

cara-cara buat :


1. rebus ubi keledek dengan sedikit garam sampai empuk.
2. sejukkan ubi keledek dahulu. lepas tu lenyek-lenyekkan ubi tu.
3. gaulkan ubi dengan tepung gandum sampai sebati. masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
4. amik sedikit adunan then bulatkan and masukkan gula (lebih kurang setengah sudu teh)
5. bentukkan adunan menjadi bentuk bujur. (yg ni bergantung kepada kreativiti masing-masing)
6. goreng sampai jadi kekuningan.  ^.^ selamat mencuba.


Sudi-sudikan lah...


Thursday, May 9, 2013

Hati pari ?


Assalamualaikum... Salam pagi Khamis... semoga semuanya sihat2 dan ceria hendaknya... kalau tidak sihat tu lekas-lekaslah berjumpa doktor, bimbang melarat pulak sakitnya nanti... apa-apa pun kesihatan perlu diutamakan... nanti siapa nak menguruskan rumahtangga dan anak-anak, kan...   



Tentunya ramai yang berpuasa sunat Khamis hari ini... tahniah... bukan senang sebenarnya hendak berpuasa di luar bulan Ramadhan ni... lebih-lebih lagi berada di kalangan rakan-rakan yang selalu menayang makanan yang sedap-sedap... kadang-kadang tu tergugat iman dibuatnya... Mudah-mudahan Allah beri kekuatan dan kesabaran menghadapi nafsu yang tak kesudahan...  


Apa kata berbuka puasa nanti kita sediakan makanan ala kampung... minggu ini k.gee mood kampung yer... hehehe... Pernah dengar kuih hati pari? Sebenarnya di zaman moden ni, kuih begini jarang sekali didapati... Kalau ada pun sudah diberi nafas baru dan diberi jenama baru...

Kuih hati pari ini adalah kuih jagung yang dibuat seperti kuih lompat tikam atau som-som... Kuih ini emak k.gee yang buat... emak kata kalau guna jagung kampung lebih sedap sebab berkanji, tapi kali ini emak guna jagung manis yang hb k.gee beli di Cameron Highlands... jadi untuk pekatkan kuihnya emak tambahkan tepung jagung dan sedikit tepung kastad untuk warnanya...

KUIH HATI PARI
Resipi : emak k.gee

2 cawan jagung manis
5-6 cawan santan
1 cawan gula
1 cawan tepung jagung
1 sudu tepung kastad

Jagung disagat dan blend dalam blender, tapis untuk buangkan hampasnya, kacau dengan santan, gula dan tepung di atas api yang sederhana hingga pekat.  Masukkan dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong. Kuih ini sedap dimakan sejuk...


Hati pari jamu Pak Hassan
Kuih muih tradisional dilupa jangan....



HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015