Thursday, November 28, 2013

Opor Ubai Saji


Masakan opor memang terkenal di Pahang dan begitu sinonim dengan hidangan istimewa di istana dan kerabat diRaja. Opor enak dimakan bersama ketupat, lemang, nasi putih, nasi kuning, nasi minyak ataupun nasi bryani.  Menurut seorang pengusaha rempah opor di Pekan, Pahang ramuan opor terdiri daripada campuran lebih 100 jenis rempah ratus dan herba terpilih.  Dulu, opor menjadi hidangan istimewa menjelang musim perayaan atau kenduri kendara sahaja.  Kini, opor sudah boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.   


Menu opor Pahang k.gee hari ini menggunakan rempah opor Ubai Saji iaitu rempah opor dari syarikat Ubai Saji Enterprise iaitu sebuah syarikat yang menghasilkan produk makanan halal di Negeri Pahang. Mudah dan ringkas menggunakan rempah opor ini, anda hanya perlu rebuskan daging dan tambahkan rempah opor bersama santan, asam, garam dan kerisik jika perlu.  Bahan-bahan rempah yang lain sudah lengkap dalam sepaket rempah opor Ubai Saji.... memang sedap dan berbaloi-baloi...! cubalah.... (hehehe...tolong promo produk usahawan...)


OPOR PAHANG  

1 kg daging
1 paket rempah opor ‘Ubai Saji’(bancuh dengan secawan air)
1 sudu kerisik
1 mangkuk santan
Asam keping
Sedikit minyak menumis
Garam dan gula secukupnya

Cara :

1) Daging dipotong kecil dan rebus sehingga lembut.

2) Bancuh Rempah Opor Ubai Saji dengan secawan air.

3) Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan masukkan rempah opor. Gaul rata.

4) Tambahkan santan, sedikit air, garam, gula dan asam keping.

5) Biarkan sehingga mendidih dan tambahkan pula kerisik.

6) Masak sehingga kuahnya pekat.

7) Sedia dimakan dengan nasi, pulut, ketupat dan sebagainya.



K.gee gandingkan opor dengan pulut kuning... besssst tau... !!


Wednesday, November 27, 2013

Kuey teow goreng


Assalamualaikum dan salam pagi Rabu... apa menu sarapan pagi ini? aci tak pepagi makan kuey teow goreng? kalau di rumah k.gee apa-apa menu pon boleh asalkan dapat mengenyangkan perut... tambah2 di musim cuti sekolah ini aktiviti memasak berganda-ganda dan semua yang dimasak sekejap sudah licin... kadang-kadang peluh tak kering lagi memasak untuk sarapan sudah kena fikir untuk lunch dan minum petang pulak... Begitulah banyaknya pahala Allah sediakan untuk ibu-ibu kan... Subhanallah!



KUEY TEOW GORENG

BAHAN-BAHAN :


1 paket kuey teow- dilerai-lerai
4 ulas bawang putih -  ditumbuk kasar

2 biji bawang merah - ditumbuk kasar
2 biji telur
200 grm udang , dibersihkan
2 ketul isi ayam - potong kecil
1 cekak kucai - cuci bersih
100grm taugeh
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
Minyak masak
Garam secukupnya

CARA MEMASAK :-

Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar.  Kacau.  Masukkan pula ayam yang dipotong kecil dan udang.  Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair dan kicap manis dan sedikit garam (jika perlu) dan kacau rata.  Pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati.  Akhir sekali masukkan taugeh, kucai dan kuey teow dan kacau hingga sebati. 
 


Jom sarapan...

Monday, November 25, 2013

Mi sup bilis


Salam Selasa tengah malam Isnin dan salam sejahtera buat semua... sehari dua ini tuan tanah tak sedap badan... sakit tekak, batuk dan selsema... alahai... lebih sejam menunggu giliran berjumpa doktor di klinik... rupanya ramai yang senasib dengan tuan tanah.... sindrom musim tengkujuh....


Bila tekak meragam ni, mulalah mengidam yang bukan-bukan.... nasib baik masih ada kudrat nak menggodek di dapur... masak yang mudah dan ringkas saje... tuan doktor pesan kurangkan makan yang berminyak dan pedas2... seeloknya makanan yang lembut dan sup.... baiklah tuan doktor.... jom layan sup bilis...


MI SUP BILIS
Resipi : Sup Ringkas Kue Tiau oleh Suwarsi M.Arukin (Menu Lengkap 100 Resipi)
Olahan : gee-hut

100 gm ikan bilis (rebus dan toskan)
150 gm ikan bilis - goreng dan tumbuk lumat
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
750 ml stok udang (k.gee gantikan 1 kiub ikan bilis)
500 ml air
1 sudu teh minyak masak
Garam, lada sulah dan sedikit gula

Bahan tambahan :
Sawi, telur rebus, daun bawang dan homemade fish ball

Cara membuat :

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.

Panaskan minyak di dalam periuk lalu tumis bahan2 kisar tadi hingga naik bau.  Kemudian masukkan stok ikan bilis, ikan bilis yg ditumbuk tadi dan kiub ikan bilis.  Tambahkan air dan *fishball. 

Didihkan sehingga semua sebati. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah yang mendidih.  Sesuaikan rasa dengan garam, lada sulaha dan sedikit gula.  

Untuk menghidang, ambil sedikit mee dan letak dalam mangkuk.  Tambahkan bahan2 tambahan dan tuang kuah sup.  Sedap dihidang panas.  

* Homemade fishball : k gee gunakan 2 ekor ikan kembong, rebus dan buang tulangnya.  Kisar halus dan tambahkan sedikit tepung ubi, garam dan lada sulah.  Gaul rata dan gentel bulat2.  Panaskan air dan rebus fishball hingga masak. 



 Slruuuup.... sedapnya layan mi sup panas-panas....

Friday, November 22, 2013

Puding trifle kasturi


Salam Jumaat dan salam ceria semua... Sedap tak nama puding k.gee...? Puding trifle kasturi... kek swiss roll blueberry di lapisan bawah, cocktail, kastad, buah-buahan segar dan atas sekali jeli perisa limau kasturi.... ermmm wallaah...!!


Puding ini dah lama k.gee buat sebenarnya... menu hari raya korban baru-baru ini... kebetulan dapat lamaran dari majalah Saji, jadi k.gee simpan dulu sebelum post di blog... cuma ada sedikit ralat sebab resipi di majalah Saji ada kesilapan teknik sikit... so hari ini k.gee kongsikan resipinya yer...

PUDING TRIFLE KASTURI

Bahan-bahan :

1 biji kek swiss roll
1 tin buah cocktail
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
2-3 sudu gula
Buah-buahan segar
1 paket jeli perisa limau kasturi (k.gee guna jenama Nona)

Cara menyediakan :

Untuk membuat kastad :  Masukkan susu cair dan tepung kastad ke dalam periuk.  Tambahkan sedikit air, gula dan sirap dari cocktail buah-buahan. Didihkan sehingga pekat. Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak berketul

Potong kek swiss roll dan aturkan di dalam loyang atau kaserol.  Susunkan buah-buah-buahan cocktail di atas susunan kek tadi.  Tuangkan kastad.  Susun pula buah-buahan segar yang dipotong kecil di atas kastad. K.gee gunakan buah kiwi, strawberi dan anggur hijau.

Panaskan pula 1 1/2 cawan air sehingga mendidih, kemudian tuangkan serbuk jeli.  Kacau rata dan curahkan ke atas kastad tadi.  Sejukkan puding di dalam peti ais sebelum dihidangkan. 


Sedapnya layan puding petang-petang begini kan....

Thursday, November 21, 2013

Saji oh Saji...


Kuih talam seri muka
Buat hidangan di petang hari
Riang ria hati berbunga
Resipi gee-hut penghias Saji



Duhai teman duhai saudara
Ayuh ke dapur panaskan kuali
Aku hanya insan biasa
Bukan glamor yang aku cari



Chef bukan pakar pun bukan
Memasak hanya untuk famili
Resipi dan foto saya kongsikan
Sekadar minat dan juga hobi



Terima kasih majalah Saji
Serta wartawannya yang baik hati
Esok lusa offer lah lagi
tapi jangan lupa ehem... royalti!!

Tuesday, November 19, 2013

Laksa penang


Aaaa....iiiiiii.....eeeee....uuuuuu.... apa tu? k.gee jadi guru tadika ke....? atau k.gee sakit tekak.... atau k.gee masuk odition suara... no!no!no! bukan bukan semuanya bukan.... 


Yang sebenarnya k.gee tak ada idea nak bercerita hari ini... cuma k.gee nak kongsikan resipi laksa penang yang k.gee buat minggu lepas sebab malas nak masak lauk.... buat laksa seperiuk besar makan dari pagi sampai petang..... hehehe.... mood malas


LAKSA PENANG
Bahan-bahan

1 kg laksa - direndam kemudian celur hingga lembut
1 kg ikan selayang/kembung
5-6 keping asam gelugur
Seikat daun kesum
2-3 kuntum bunga kantan dibelah dua
Sedikit belacan
Garam secukup rasa

Bahan Kisar

3-4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili api (kalau tak suka pedas tak perlu tambah)
Beberapa tangkai cili kering - rebus dan kisar

Bahan ulaman/sampingan

Timun dipotong nipis dan memanjang
Cili padi/cili merah dihiris
Bawang merah dihiris
Telur rebus
Limau nipis/kasturi di belah dua

Cara-cara :

1. Ikan dibersihkan dan rebus hingga masak. Angkat, sejukkan dan buang tulang ikan.  Kemudian kisar halus.

2. Tapis air rebusan ikan, satukan dengan lebihan air dan bahan kisar, masukkan isi ikan, asam gelugur, daun kesum, bunga kantan dan sedikit belacan.  Jika suka boleh tambahkan serbuk perasa atau kiub ikan bilis.

3. Kemudian masukkan garam secukupnya dan biarkan sehingga mendidih.
4. Hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan.



Favourite k.gee ni... anda juga?

Monday, November 18, 2013

Happy school holiday


Ho..ho..ho..holiday...!!! cuti sekolah sudah bermula.... Selamat bercuti kepada anak-anak semua dan guru-guru juga... kepada yang belum bercuti  dan sedang struggle menghadapi peperiksaan sabar lah yer... pastinya banyak program yang sudah dirancang di musim cuti panjang begini kan.... seronoknya dapat bawa anak-anak makan angin... anak k.gee si eQa pun sudah merengek nak pergi bercuti cuti Malaysia.... 



Bila anak-anak berlonggok di rumah sudah pasti aktiviti memasak di dapur kena berganda... apa tidaknya dari pagi hingga ke malam perut mereka asyik lapar saje... apa kata hari ini kita layan anak-anak dengan homemade kentang putar... nyum..nyum..nyum...! pasti berselera mereka makan air tangan ibunya.. bertambah-tambah pastinya... sedap tak kentang putar KFC yang mak buat..? sedaaaapp... esok mak masak burger macam McD pulak yer... lepas tu piza...lepas tu meatbal... ha ha ha... layan aje laaa karenah anak-anak kannn.....



HOMEMADE KENTANG PUTAR

Bahan-bahan:

• 5 biji kentang
• 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
• garam secukup rasa

Cara-cara buat :

1. Rebus kentang dengan sedikit garam

2. Setelah empuk toskan air dan lecek sedikit hancur

3. Gaulkan dengan lada hitam dan bentukkan bulat-bulat. Ketepikan.

Sos kentang putar

Bahan-bahan

• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat
• garam

Cara-cara:

1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.

2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.

3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.

4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.

5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai dan curah di atas kentang yang dibentuk tadi


Yeay..yeay..!! jom makan kentang putar....


Friday, November 15, 2013

Daging Al-Hijrah


Salam Jumaat yang mulia lagi penuh baraqah... marilah kita bersama-sama mengimarahkan penghulu segala hari ini dengan perbanyakkan berselawat, beristighfar dan berdoa... apa jua yang kita ingin lakukan berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang, setiap permintaan hamba-Nya tidak akan dikecewakan... selangkah kita hampir dengan Allah, seribu langkah Allah hampir dengan kita... InsyaAllah...



Menu dari dapor gee-hut hari ini adalah daging al hijrah.... sebenarnya ini daging korban dari negeri cik siti wan kembang pemberian dari adik ipar... k.gee masak sempena Maal Hijrah tempohari... itulah asal usul namanya.... hehehe... lauk begini sesuai dimakan dengan nasi putih, roti, pulut, ketupat atau apa sahaja yang digemari... kalau nak meratah pun boleh cuma kena tahan sikitlah lidah dan telinga tu sebab.... podeeehhhh.... boleh berasap telinga beb....!!!


DAGING BLACKPEPPER

Bahan-bahannya:

250 g daging dihiris nipis
1 biji bawang besar dicincang halus
3 biji bawang putih-dicincang halus
1 inci halia-dicincang halus
3sb sos tiram
3sb kicap manis
1 sudu lada hitam – tumbuk halus
1 sudu serbuk jintan manis
5-10 biji cili padi - hiris
Air, garam dan minyak secukupnya
Sedikit daun bawang

Cara Memasak:

1) Tumiskan bawang dan halia yg dicincang. Kacau supaya tidak hangus.

2) Masukkan daging, kacau rata dan masukkan sos tiram.

3) Masukkan sedikit air dan kacau hingga sedikit mengelegak. Masukkan kicap manis.

4) Tambah air dan renehkan seketika agar daging lembut. Masukkan lada hitam dan cili padi yg dihiris. Kacau hingga sebati

5). Tunggu mengelegak dan kuah menjadi sedikit pekat dan tutup api. Hiaskan.


Selamat menjamu mata yer....



Thursday, November 14, 2013

Kek Lemon Peekaboo


Sebenarnya tak ada yang istimewa pada kek peekaboo ini sebab ianya hanyalah kek yang biasa sahaja.... di dalamnya yang berwarna merah dan berbentuk hati tu kek red velvet dan di luarnya kek span lemon yang selalu k.gee buat... cuma ianya k.gee buat untuk insan yang istimewa sempena hari istimewa iaitu sempena ulangtahun perkahwinan kami tempohari....


Encik laling k.gee tu memang kurang gemar kek yang berkrim... samalah dengan anak2.... mereka lebih sukakan kek yang simple sahaja... idea membaking kek peekaboo ini datang kebetulan sahaja... sehari sebelumnya k.gee buatkan red velvet cupcake untuk bekalan anak k.gee mengikut rombongan sekolahnya ke Pulau Pinang... ada berbaki beberapa biji di rumah yang tak berusik... keesokkannya k.gee godek pula kek span lemon dan gabungkan keduanya dalam satu kek.... taraaaa!!! cantik kan.... heeeeee  



KEK LEMON PEEKABOO

Bahan-bahan :

Kek red velvet secukupnya - tekap acuan bentuk hati

400 gm sponge cake mix
5 biji telur
80 ml air
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil air lemon
80 ml minyak jagung

Cara-cara :

1. Sediakan acuan dan alas dengan kertas minyak. Susunkan kek red velvet berbentuk hati di tengahnya.  Cara2 boleh tengok di SINI atau SINI.  Ketepikan.

2. Masukkan tepung sponge came mix ke dalam mangkuk adunan. Tambahkan air dan jus lemon dan putar perlahan.

3. Masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu.

4. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen vanila dan minyak jagung perlahan-lahan.

5. Tuangkan adunan ke dalam acuan menutupi kek bentuk hati tadi. 

7. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bila lidi keluar bersih kek dah masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu baru dipotong



Kek anniversary di pagi hari.... aci tak?
hehehe...


Tuesday, November 12, 2013

Cucur bilis


Salam Selasa dan selamat petang semua... pastinya sedang berehat rehat selepas makan tengahari kan... selalunya bila perut sudah kenyang mata mula me...layu... tetapi harus diingat tidur selepas makan tidak baik untuk kesihatan... selain akan menyebabkan kenaikan berat badan ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik. Ingat tu! 


Musim musim hujan begini perut selalu keroncong kan.... kalau pekena cucur panas panas cicah sos atau sambal tumis tentu sedap... sambil makan sambil menikmati  lagu keroncong untuk Ana dendangan M.Nasir... jom kita ke dapor gee-hut...



CUCUR BILIS

Bahan-bahan :

Tepung gandum
Ikan bilis - tumbuk sedikit
Garam
Bawang - dihirs halus
Daun kucai - dipotong pendek
Lobak merah - dihirisan halus
Air panas
Sedikit serbuk ikan bilis
Cili merah - hiris


Caranya :

Campur semua bahan kecuali air panas. Gaul rata.  kemudian buatkan bulatan di tengah tengah bancuhan tepung tersebut dan tuang air panas dan terus kacau tepung dengan pantas.

Panaskan kuali dengan minyak penuh dan goreng.

Enak dicicah sos cili atau sambal kegemaran.


 

Cucur bilis cicah sambal tumis semalam daaaa.....
layannnn..!!

Monday, November 11, 2013

Tart shepherd comel


Salam Isnin dan salam penuh kesyahduan... Satu berita sedih dari Kuantan pagi ini.... Salam takziah buat keluarga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raflie Ab Malik yang mati ditembak di hadapan rumahnya sendiri petang semalam... Polis masih menyiasat punca kejadian... marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham... moga rohnya di tempatkan di kalangan para syuhada.. amin...


Semalam k.gee hanya berehat2 di rumah sahaja sambil membelek2 majalah lama dan buku2 resipi sehinggalah ter'jumpa' resipi tart shepherd comel ini dari majalah Rasa... kebetulan k.gee memang ada stok shell tart yang k.gee beli dari seorang rakan... selalu sangat buat yang manis2 jadi kali ini nak mencuba yang pedas pulak... k.gee olah sikit resipinya dan sesuaikan dengan citarasa dan bahan2 yang ada di rumah... wah! memang sedap....


TART SHEPHERD
Resipi : Kolej Komuniti Selayang - RASA September 2011
Olahan : gee-hut

Doh pastri (k.gee beli shell tart yg segera)

Inti :

1 biji bawang besar (dipotong dadu)
250 gm daging cincang
5 ulas bawang putih ) k.gee tambah
5 sudu sos piza ) k.gee tambah
Garam. gula dan lada sulah
Minyak untuk menumis

Bahan kentang lecek:

500 gm ubi kentang (direbus dan lecek)
20 gm susu segar
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa

Cara memasak :

Inti :
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging cincang dan sos piza.
3. Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih dan daging empuk.
4. Akhir sekali masukkan garam, gula dan lada sulah.  Biarkan sehingga pekat dan masak. Sejukkan.
5. Kentang dilenyek dan campurkan susu segar.  Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
6. Seterusnya sudukan adunan inti dan kentang lenyek ke dalam kulit tart.
7. Taburkan keju (k.gee tambah) di atasnya dan bakar 10 minit dalam oven 175'C. 
8. Sedia untuk dimakan.



Memang sedap...cubalah...

Thursday, November 7, 2013

Happy 21st Anniversary


Go..Go..Go...Ale..Ale..Ale... hurray..!!! Tok gajah ku jadi juara mengalahkan the red warrior... kemarau 21 tahun akhirnya berakhir dengan kemenangan skuad Pahang dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia baru-baru ini.... hehehe... sori beb... ketinggalan keretapi.... orang lain dah lama bersorak... k.gee baru nak tepuk tangan... apa pon memang sudah adat permainan... ada yang menang dan ada yang kalah.... jangan gaduh2 yea.... peace! 


Tetiba k.gee terkenang memori lama... 21 tahun yang penuh nostalgia indah buat kami... hari itu adalah hari perkahwinan k.gee bersama suami terchenta... encik suami panas punggung duduk atas pelamin sewaktu majlis berinai bila tetiba riuh rendah dengar sorakan orang ramai di luar.... GoLLLLL!!!! macam nk terjun dari pelamin dia.... siap kena cubit dek kakak dia yang jadi pengapit ketika itu.... hehehe.... tak sedar sudah 21 tahun rupanya kami hidup berumah tangga.... syukur alhamdulillah dengan nikmat dari Mu ini Ya Allah....


Kari ikan tongkol sempena kemenangan skuad Tok Gajah dan anniversary kami.... bukan kari anak gajah yea... hehehe


KARI TOK GAJAH

Bahan-bahan :

1 ekor ikan tongkol


Bahan kisar

2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai lada kering

Bahan lain
6 tangkai bendi
2 biji tomato – di belah 4
Air secukupnya
1 mangkuk santan
1 sudu asam jawa di bancuh dengan secawan air
1 sudu biji sawi
Minyak menumis


Cara cara

1. Panaskan periuk bersama sedikit minyak.

2. Tumiskan bahan2 yang telah di kisar bersama rempah kari dan biji sawi sehingga naik baunya. Kacau.

3.  Masukkan ikan dan gaul sebati.  Biarkan sekejap 5-6 minit.

4. Kemudian masukkan air dan bancuhan air asam jawa.  Masukkn pula santan dan garam, biarkan sehingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Apabila bendi masak cantik matikan api dan siap untuk di hidang!


Kari Tok Gajah hidangan tengahari
Makan bersantai sanak saudara
21 tahun anniversary kami
Semoga kekal bahagia hingga ke syurga

aminnn.....

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015