Thursday, July 17, 2014

Opor Pahang style...


Kita hampir melangkah ke fasa "Itqun Minan Nar” fasa pembebasan dari api neraka. Bersama-sama lah kita perbanyakkan zikrullah, berdo'a, bermunajat dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t dari segala dosa dan kesalahan dan memohon untuk di bebaskan dari siksaan api Neraka!

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

"Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan Syurga, dan aku memohon perlindungan-Mu dan dari azab api Neraka."
 

Lauk lagi...?! bila nak panaskan oven ni k.gee? haaiiii... resipi biskut memang udah bertimbun... pantang tengok save... asal berkenan simpan.. kumpul...udah berlambak... kalau disusun dah boleh sampai ke Langkawi gamaknya... nak buat entah bila.... aura cookies tak kunjung tiba lah nak buat macam mana, kaan... hahaha... monolog dalam diri... alasan!


InsyaAllah cuti hujung minggu ini bolehlah mula mengukis... hari ini kita layan lauk pauk dulu yer... manalah tau kot2 berbuka petang ini ada yang nak mencuba resipi orang Pahang... di sini k.gee kongsikan resipi Opor Pahang menggunakan rempah opor segera... sudah beberapa kali k.gee buat...versi daging boleh lihat di SINI... memang tidak mengecewakan dan boleh dicadangkan untuk dijadikan hidangan hari raya nanti... Jom semak resipi...


OPOR AYAM PAHANG STYLE

1 ekor ayam
1 paket rempah opor ‘Ubai Saji’(bancuh dengan secawan air)
1 sudu kerisik
1 mangkuk santan
Asam keping
Sedikit minyak menumis
Garam dan gula secukupnya
Daun limau purut
Serai - diketuk

Caranya :

1) Bersihkan ayam dan dipotong kecil.
2) Bancuh Rempah Opor dengan secawan air.
3) Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan rempah opor. Kacau.
4) Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan sehingga ayam kecut.
5) Masukkan juga daun limau purut dan serai.
6) Tambahkan sedikit air dan biarkan ayam mesra dengan rempah opor seketika.
7) Masukkan santan, garam, gula dan asam keping.
8) Biarkan sehingga mendidih dan tambahkan pula kerisik jika suka.
9) Masak sehingga kuahnya pekat.
10) Sedia dimakan dengan nasi, pulut, ketupat atau apa sahaja yg digemari...

* p/s : untuk makluman, rempah opor yg k.gee guna ini sudah lengkap dengan bahan-bahan bumbu dan rempah ratusnya, jadi tidak perlu lagi bubuh bawang dll.  k.gee guna jenama Ubai Saji... terkenal di Kuantan dan Pekan. 


Kali ini k.gee gu kan opor bersama tortilla...
cubalah.... pasti nak lagi...

Wednesday, July 16, 2014

Mee goreng mamak


Mak..! nak makan ayam... mak..! nak makan ikan... mak..! nak sup... mak..! nak nasi... mak..! nak mee... Subhanallah.... Allah telah kurniakan tenaga dan akal ajaib buat para ibu dan surirumah.... setiap hari dianugerahkan kreativiti dan kehebatan untuk menyediakan juadah iftar istimewa buat anak-anak dan keluarga tersayang... walaupun kadang-kadang terpaksa menyusun langkah seribu bersilat dan berdondang sayang di dapur mengejar masa sebelum azan maghrib berkumandang... dan lagi ajaib bukan sahaja 3,4 juadah terhidang malah sempat lagi 'menembak' dua tiga das... hehehe... Subhanallah... memang ajaib bulan Ramadhan kan...  


MEE GORENG MAMAK
Resipi : Potret Kasih, Chef Hanieliza

■500 gm mee kuning


■100 gm daging -hiris nipis ( boleh ganti dengan udang, sotong atau isi ayam – ikut suka )

■100 gm fish cake – saya ganti dgn 3 keping tauhu ( goreng dulu baru potong2)

■4 keping kuih cucur udang ( tak letak sbb tak ada )

■1 cawan taugeh

■1 mangkuk sawi [potong kecil]

■3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih

■1 sudu rempah kari

■3 sudu kicap pekat

■3 sudu sos tomato/cili – saya tambah

■2 sudu minyak masak

■1 labu bawang besar [cincang halus]

■1 cawan putih telur – saya letak 2 biji telur

■3 biji cili hijau [hiris nipis]

■1 kiub ayam/daging – saya tambah


Cara penyediaan

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.

2. Masukkan daging dan kacau rata.

3. Masukkan fish cake/tauhu. Biar sebentar.

4. Masukkan kicap, sos cili dan mee. Kacau rata.

5. Masukkan taugeh dan sawi.

6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.

7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.

8. Masakkan mee agak kering.

9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan dengan hirisan limau kasturi atau limau nipis.



Selamat memasak....

Monday, July 14, 2014

Sambal belacan goreng


Assalamualaikum... syukur alhamdulillah sudah masuk hari 16 kita berpuasa... Di kesempatan ini  k.gee ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1435H kepada seluruh muslimin dan muslimat... 

Ya Allah... rahmatilah kami dengan kemuliaan Al Quran
Jadikan lah ia cahaya yang menyuluh di setiap langkah kami
Cahaya yang meruntun kami ke SyurgaMu Ya Rabb...

Semoga Allah memberkati dan merahmati amalan kita setiap hari.. Amin..


Pagi-pagi sudah tayang sambal belacan... hehehe... pertama kali buat sambal belacan versi goreng ala-ala Aceh kononnya... walaupun gagal sebab terover cair dan terover lumat tapi yang paling penting sekali nak kasi tahu yang cili padi tu hasil dari pokok cili tanam sendiri tau... haha... segar bugar dan lebat buahnya berkat bulan Ramadan ini...


SAMBAL BELACAN GORENG
Sumber : dari Blog Dari Duniaku
Resepi @ Mariati ( adik sepupu maid )

Bahan2 :-

10-15 biji cili padi suka pedas borre tambah ye..

2-3 inci belacan

2-3 biji bawang merah

1 biji tomato

Limau kasturi/Limau nipis (k.gee tambah)

Garam gula secukup rasa

sedikit minyak untuk menggoreng

Cara2 :-

Bawang dipotong atau belah 4 atau 6

tomato dibelah 4 atau 6

Goreng semua bahan kecuali garam dan gula

Goreng sampai layu, tapi jangan garing

Setelah itu baru semua bahan ditumbuk..memang lembut dan senang untuk menumbuk.. (k.gee blender... hehe terover lumat la pulak...)

Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa dan masukkan jus limau kasturi.  Bole juga nak tambah serbuk perasa. (k.gee tak tambah)

Dah siap...senang ringkas dan mudah.



Friday, July 11, 2014

Popia


Salam Jumaat. 
Juadah berbuka istimewa apa hari ini? Ada yang gemar berbuka dengan kuih muih... ada pulak yang terus hidangan berat seperti nasi, lauk pauk, mee dan sebagainya... kak gee gemar berbuka dengan manisan seperti bubur, kuih muih atau agar-agar terutama bubur kacang atau pengat pisang.... biasanya k.gee akan masak bubur untuk stok 2,3 hari dan dinginkan dalam peti ais...ummphh...! nyamannya...  

Encik hubby pula sukakan kuih yg pedas dan masin... paling digemari kuih cucur badak, karipap, popia dan murtabak...  Hari ini k.gee kongsikan resipi popia sayur yang k.gee buat baru-baru ini untuk encik hubby... jom layan...   


POPIA


Bahan-bahan :

Kulit popia
Sayur-sayuran spt karot, sengkuang, kobis, kacang panjang dsb.
Telur
Bawang putih - cincang halus

Caranya :

1. Tumis bawang putih hingga wangi.

2. Pecahkan sebiji telur dan hancurkan.  

3. Masukkan sayur-sayuran.  Gaul.

4. Masukkan garam.

5. Kacau rata, angkat dan sejukkan.

6. Ambil kulit popia, masukkan inti di tengahnya dan gulung. Buat sehingga habis.

7. Goreng dalam minyak penuh hingga kekuningan.

8. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran.  


Jom buat popia...

Tuesday, July 8, 2014

Petai?


10 Ramadan sudah... Hari ini terasa nak masak menu ala kampung pulak... sambal petai cili padi yang pedas berapi, ikan goreng dan petola tumis air... boleh gitu? kalau perut sensitif memang tidak sesuai makan lauk begini... bimbang nanti asyik berulang ke 'bilik kecik' pulak... silap-silap nanti terbatal puasa pulak... hehehe..  


SAMBAL PETAI


3 papan petai (kikis kulit luarnya dan hiris
20 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
1 biji bawang besar - hiris bulat
3-4 biji bawang merah - kisar bersama cili padi
100 gram ikan bilis
Asam keping
sedikit belacan
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Kikis sedikit kulit petai dan hiris nipis. Kemudian cuci dan goreng agak-agak layu. ketepikan.

2.Cili padi, bawang dan belacan dikisar hingga lumat.

3. Bersihkan ikan bilis dan tumbuk menggunakan lesung batu. Kalau nak blender pun boleh tapi pastikan tidak hancur sangat.

4. Panaskan minyak dan goreng bahan yang telah dikisar serta ikan bilis tumbuk tadi. Tambah sedikit air. kacau-kacaukan.

5. Masukkan petai tadi dan biarkan pekat sedikit.

6. Masukkan garam, gula, asam keping dan bawang hiris.

7. Masak sehingga kering sedikit.

8. Sesuai dihidang bersama nasi putih panas-panas.... kalau nak cicah cekodok atau lempeng biarkan berkuah sedikit



Ermmmm... pedas tapi sedap....

Monday, July 7, 2014

Agar-agar pandan


Selamat sejahtera dan salam Ramadhan ke 9... Mari kita sama-sama berdoa semoga puasa dan amalan kita di bulan yang mulia ini diberkati oleh Allah SWT... 

Ya ALLAH.

Bantulah aku untuk melaksanakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosa
Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingatiMu secara berkesinambungan
Dengan taufiqMu, wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat...

Ya ALLAH.

Sediakanlah untukku sebahagian dari rahmatMu yang luas.
Dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaranMu yang terang.
Dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaanMu yang penuh dengan kecintaanMu,
wahai Harapan orang-orang yang rindu...
 

Hidangan k.gee hari ini menu pencuci mulut saje... Agar-agar pandan dari pokok pandan belakang rumah yang semakin rimbun tumbuhnya... Memang sedap makan agar-agar sewaktu berbuka puasa... terasa nyaman jer bila agar-agar meluncur lalu kat tekak yang sedang kering tu... rasanya yang lemak manis dan ditambah aroma pandan yang wangi... mak aii..!! tak sedar habis sepinggan masuk perut... hehehe


AGAR-AGAR PANDAN

Bahan-bahan

•10g serbuk agar-agar
•1 cawan gula
•1100 ml air
•170ml air campur 1 paket santan serbuk - hana guna santan pekat
•1 biji telur dipukul dengan santan tadi
•secubit garam
•1 helai daun pandan

Cara-cara

•Masak air dengan gula dan daun pandan hingga gula larut.
•Masukkan serbuk agar-agar dan kacau lagi hingga mendidih.
•Kecilkan api.Tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga adunan santan timbul dan berbintil2.
•Tuang kedalam loyang atau acuan.
•Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras baru potong.


wallah.!! jom buat agar-agar...


Friday, July 4, 2014

Melon blended


Alhamdulillah..

Syukur padaNya masih diberi peluang bernafas di dunia ini. Semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan-amalan mulia dengan sebaiknya... Sesungguhnya Allah menjanjikan ganjaran pahala buat hambaNya yang bertaqwa...  


MELON BLENDED

1 biji buah tembikai
1/2 gelas air
Sedikit gula

Masukkan semua bahan ke dalam jus blender dan kisar.  Tuang ke dalam gelas dan tambahkan ais jika suka.  Sedia untuk dinikmati. 



Ermmm...nyamannya tekak....

Thursday, July 3, 2014

Bubur Lambuk


Kalau sebut pasal bubur lambuk pastinya terbayang bubur lambuk famous dari Kampung Baru kan... Menurut ceritanya resipi bubur lambuk Kampung Baru itu sudah berusia lebih 50 tahun namun sehingga kini keenakannya tetap kekal dan menjadi igauan penduduk Kuala Lumpur dan sekitarnya sampai sanggup berhujan berpanas dan berbaris panjang demi mendapatkan sebungkus bubur lambuk popular itu...  Wah! hebat kan... 


Kali ini k.gee masak bubur lambuk versi Terengganu kegemaran encik hubby... tapi ikut selera tekak sendiri lah... versi ala kadar... hehehe

BUBUR LAMBUK

Bahan :

1 cawan beras wangi - direbus bersama air sehingga menjadi bubur
5 ekor ikan selayang ~ direbus dan diambil isinya, tumbuk
1 mangkuk santan

5 biji bawang merah ~ hiris
5 ulas bawang putih ~ hiris
1 inci halia ~ hiris memanjang
2 sudu lada hitam ~ tumbuk

Pucuk paku merah / pucuk midin
Daun kaduk
Daun kunyit
Daun kesum
Garam secukupnya
Budu (jika suka)

Cara:

Satukan santan dan ikan yg sudah ditumbuk ke dalam bubur nasi tadi.  Masak sehingga mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan sayuran, lada hitam yg sudah ditumbuk dan garam.  Tambahkan sedikit budu.  Kacau rata.  Angkat dan bolehlah dihidangkan. 
 

Hari ini bubur lambuk Trengganu, esok bubur lambuk kampung baru pulak...
yeeeehaaa...

Wednesday, July 2, 2014

Asam pedas kegemaran


Jom pergi pasar cari ikan untuk masak petang ini... apa kata menu berbuka hari ini makan nasi berlaukkan asam pedas ikan... pasti menyelerakan... aduh mak ai..! mahalnya ikan... sekilo ikan jemuduk yang k.gee beli ini harganya mencicah RM22.00 kau..!! haisy... ketar tangan nak keluarkan duit dari dompet... kalau beli ayam baru RM8.50 sekilo... tapi takkan hari-hari makan ayam kan... redha ajelah yer janji dapat ikan segar dari ladang untuk hidangan keluarga tersayang...



ASAM PEDAS IKAN JEMUDUK

Bahan2nya

1 kg ikan jemuduk (atau apa2 ikan kegemaran)
1/2 mangkuk air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Bendir
Garam dan gula secukupnya

Bahan2 kisar

150 gm cili kering
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1/2 inci halia
Sedikit kunyit hidup
Sedikit belacan

Cara2nya

1. tumiskan semua bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga bangkit baunya.

2. masukkan ikan dan gaul rata.

3. masukkan pula air asam jawa, bunga kantan dan daun kesum.

4. perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5. biarkan mendidih dan masukkan bendir jika suka.
 

Asam pedas kegemaranku... memang ummmmpph...!!

Tuesday, July 1, 2014

Popcorn Magik


Eh...eh ! pepagi lagi k.gee sudah tayang makanan segala bagai... Sabar... sabar... orang puasa tak boleh marah-marah tau... nanti kena jual... !! hehehe... ini cuma cadangan menu untuk iftar petang nanti... ringkas dan mudah.. ala-ala snek gitu... anak-anak pasti sukakan kerangupan popcorn ayam magik k.gee ni... krup krap krup krap... lebih sedap dari ayam KFC tau....!! 


K.gee gunakan tepung Magik untuk goreng popcorn ayam ini... Tepung Magik boleh lihat entri k.gee di SINI... kerja lebih mudah, cepat dan pastinya sedap... selain ayam, seafood dan sayuran juga boleh menggunakan tepung magik untuk gorengan... anak-anak yang tak makan sayur terus jadi gemarkan sayur... macam-macam sayur boleh digoreng magik... brocolli, bayam, terung, kentang, cendawan dan peria kambas yang pahit pun boleh... pasti tak mengecewakan... lepas satu mangkuk satu mangkuk anak-anak bedal... sedap mak... esok buat lagi yer...


CHICKEN POPCORN

Bahan-bahan :)

4 ketul ayam - buang tulang, hiris nipis dan potong dadu
1 cawan Tepung Magik
1 mangkuk serbuk roti
Air
Minyak untuk menggoreng

Cara:

Bancuh tepung Magik dengan air sehingga menjadi batter.  Bancuhan batter mesti pekat.  Celupkan ayam yang didadu tadi, golekkan dengan serbuk roti dan goreng sehingga kuning keemasan.  Siap.

* Kalau tak ada Tepung Magik boleh cuba resipi ABM ini untuk buat ayam popcorn... k.gee dah cuba dan memang sedap... 


Taraaa... popcorn magik...
cepat dimasak sedap dimakan...




HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015