Saturday, May 20, 2017

Kuih tepung gomak


Alahai... kamera buat hal ke... atau tuan kamera yang buat hal ni...? awat nya gambar blur semacam... tuan kamera pon memang sudah lama tak turun padang... dah hilang focus barangkali... huhu... apapon sekadar nak berkongsi resepi kuih tepung gomak...   


KUIH TEPUNG GOMAK
Resepi : Raidah


Bahan inti:
1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:
1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:
500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:
1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

Bahan untuk menyalut kuih

200g serbuk kacang hijau (k.gee beli yang sudah ready made)



Malam ini bolasepak Piala FA Pahang vs Kedah... 
Ale ale... Tok Gajah... go go!!


Wednesday, May 10, 2017

Kari sotong ala mamak


Aduh mak aiiii.... time hujan begini tarik selimut lagi best, kan... sebelum itu, k.gee nak kongsikan resipi kari sotong ala mamak untuk tatapan peminat... biasanya kari mamak tanpa santan tapi k.gee masukkan sedikit santan pekat untuk rasa yang lebih lemak dan berkrim... dan lebih kolestrol... huhu... Kalau suka boleh dimakan bersama roti, roti canai atau nasi hangat yg pastinya menjadi pilihan nombor satu k.gee....jom kari...! 

KARI SOTONG ala MAMAK

Bahan-bahan

·                     2 ekor sotong saiz besar
·                     1/4 cawan santan pekat
·                     3 ulas bawang merah *
·                     1 ulas bawang putih *
·                     1/2 inci halia *
·                     2 sudu cili kisar
·                     1 tangkai daun kari
·                     2 sudu besar serbuk kari ikan/udang - bancuh dengan sedikit air
·                     1 sudu kecil serbuk ketumbar
·                     ½ cawan air asam jawa
·                     Sayur bendir atau tomato – jika suka
·                     garam, gula secukup rasa
·                     minyak untuk menumis

Cara

1. Sotong dibersihkan dan dipotong kecil.  Ketepikan.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk/kisar lumat.  Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar bersama daun kari, rempah kari dan cili kisar hingga naik bau.
3. Tambahkan sedikit air dan biarkan bahan rempah hingga pecah minyak. 
4. Masukkan serbuk ketumbar, tumis sekejap, kemudian masukkan air asam jawa, garam, gula dan air.  Kacau rata.
5. Masukkan sotong, sebatikan dan tutup periuk biar berwap dan sotong mesra dengan bahan rempah.
6. Masukkan santan, sayuran dan masak seketika lagi biar mendidih dan pekat.

7. Angkat dan hidangkan.




Monday, May 8, 2017

Mochi



Menurut ceritanya kuih mochi merupakan kuih tradisi paling popular di Jepun... kuihnya kenyal, lemak dan manis intinya... kuih koci atau tepung gomak mungkin boleh dikatakan kembar kuih mochi... hehehe...


MOCHI


  • 1.5 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung jagung (disangai)  
  • 200gm pes kacang merah
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan air
  • pewarna pilihan

Cara :


1. Sediakan bekas, masukkan air, tepung, gula dan pewarna.  Kacau rata.

2. Tuang ke dalam loyang dan kukus 15-20 minit sehingga masak dan adunan kenyal.

3. Di atas dulang taburkan tepung jagung yang sudah disangai seketika dan letakkan adunan mochi di atasnya.   bentukkan mochi dan ratakan dengan tangan lepas tu masukkan inti kacang merah di tengah dan tutup bahagian yang terbuka.  Lakukan langkah tu hingga adunan mochi habis. 

4. Siapkan Snow Sugar lepas tu golekkan di atas mochi.  Mochi sudah siap untuk dimakan.




Sunday, May 7, 2017

Kerabu mangga


Lebat pulak buah mangga di belakang rumah k.gee... mungkin musim panas sesuai untuk tumbesaran buah mangga kot... kelmarin sudah petik sebakul untuk dibuat jeruk dan sebahagiannya k.gee bawa ke pejabat... kawan2 suka makan colek... 

Hari ini hubby request nak kerabu mangga... nak meratah katanya... teringat kerabu yang sangat mabeles masa melancong ke Thailand hari tu... Kerabu k.gee ini kerabu ala kadar aje... ikut apa yg ada dalam stok... kerabu malas namanya.... haha!




KERABU MANGGA ala GeeHut

10 biji mangga muda - dihiris nipis dan memanjang
1 ulas bawang besar - dihiris halus
5-6 biji cili padi - dihiris kecil2
2 sudu kacang goreng - tumbuk kasar
10-15 ekor ikan bilis - goreng dan tumbuk halus
1 biji lemoh - perah airnya
Garam dan gula secukupnya

Cara :
Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan mesra.  Siap. Sedia dinikmati.





Monday, April 24, 2017

Ayam Basil ala Thai


Hari ini cuti sempena Hari Pertabalan Yang DiPertuan Agungyg ke 15... bersinar sikit dapor geehut... sudah berkurun gelap gulita ibarat pelita kehabisan minyak tanah... haha...! Tuan tanah sibuk dengan tugasan harian... tak sempat nak jengah dapor maya... sibuk sana sibuk sini... mengalahkan PM lagi... huawei...!! 


Ini cover majalah Saji keluaran April 2017... tahu dah out dated... Saji sudah ada keluaran bulan Mei kan...sorry lah ye k.gee ketinggalan keretapi... hehe... Cuma nak bagitau dalam isu April ada sedikit kisah tentang GEEHUT taw... 

Geehut tu apa? jeng..jeng..jeng... 

Belilah Saji April 2017... ada jawapannya... jangan risau... masih ada lagi di pasaran... 


Salah satu resipi yang k.gee kongsikan dalam Saji April adalah resipi Ayam Basil ala Thai... resipi simple tapi menyelerakan dengan aroma harom daun basil... terkenang kembali nostalgia bercuti di Thailand 2 tahun lepas... 


AYAM BASIL ala THAI

Bahan-bahan:-

3-4 ketul ayam tanpa tulang – potong kecil-kecil
5-10 tangkai daun selasih/basil
3-4 ulas bawang putih – tumbuk kasar
5-6 biji cili padi – tumbuk kasar
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap cair
1 sudu kicap manis
1-2 sudu air bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis


Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk kasar. Kacau.
  2. Masukkan ayam dan kacau lagi.  Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga ayam kecut dan masak.
  3. Tambahkan sos tiram dan kicap. 
  4. Masukkan daun basil dan kacau rata. 
  5. Akhir sekali tuangkan air bancuhan tepung jagung .  Kacau seketika dan bolehlah diangkat dan hidangkan bersama nasi hangat dan telur goreng. 


Thursday, January 26, 2017

Roti Naik Pahang


Sejak k.gee beli GR Superbake dari Loyang Bread ni... k.gee rajin meroti... rasa seronok dan puas hati dapat makan roti lembut air tangan sendiri... anak-anak sangat suka makan... sekejap sudah licin... tambah-tambah bila makan sebaik sahaja keluar dari oven... ditemani pulak kopi-o atau milo panas... waaaa... speeceless...




ROTI NAIK PAHANG

Bahan-bahan
  • 1 biji telur campurkan dngn air sejuk,jadikan jumlahnya 265ml/gm - k.gee tak letak telur
  • 500gm tepung roti (400gm tepung roti + 100gm tpng gandum pun boleh)
  • 40gm susu tepung
  • 100gm gula kastor
  • 11gm yis atau sepeket yis 
  • 80gm marjerin@butter
  • 1 sudu kecil bread softener ) k.gee xletak - gantikn dengan GR superbake
  • 1 sudu kecil bread improver ) tak letak

Cara-cara (Kaedah Breadmaker)

  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker mengikut urutan bahan basah kemudian bahan kering.
  2. Pilih setting DOUGH dan biarkan menguli sehingga siap. Biarkan doh naik kembang lebih kurang 1 1/2jam atau lebih kemudian uli semula. Tumbuk2an untuk mengeluarkan angin.
  3. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 50gm setiap satu kemudian susun ke dalam loyang yang telah digris dgn marjerin dan tepung. Biarkan naik sekali ganda lagi. Gliss roti dngn susu tepung yg di bancuh dngn sedikit air di permukaannya.
  4. Jika suka taburkan gula kasar dan bakar suhu 180 selama 25-30min atau sehingga masak.
  5. Sejurus keluar dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter@marjerin dan sejukkan di atas redai.



Hari hujan sambil layan perut keroncong... sedap kan... 
haha!


Monday, January 23, 2017

Terung goreng kicap pedas


Terung adalah sayur feveret yang paling kerap menjadi hidangan keluarga k.gee terutama terung yg berwarna purple... samada terung bulat atau terung panjang, keduanya memang menu kegemaran ... encik hubby gemarkan terung bulat masak lemak cili api sama tulang ikan masin... k.gee pula gemarkan terung panjang digoreng cili padi, ikan bilis dan kicap... ada juga sekali sekala k.gee buat terung bakar dan dicicah air asam... apa juga menu terung, tetap jadi kegemaran kami...   


TERUNG GORENG KICAP PEDAS

3 biji terung panjang - potong kecil
Segenggam ikan bilis - digoreng garing
2 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
Minyak untuk menggoreng
Sedikit garam

Bahan untuk ditumbuk kasar:
10 ulas cili padi
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara:

Panaskan minyak dan goreng terung hingga kekuningan.  Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak goreng terung tadi, dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk. Kacau. Masukkan sos tiram, kicap manis dan sedikit garam. Kacau lagi.  Akhir sekali masukkan terung dan ikan bilis yg sudah digoreng dan gaul sekata. Sedia dihidangkan.



Tak perlu lauk lain dah... yang ini pon sudah cukup membuat kami sekeluarga kekenyangan...
alhamdulillah...


Sunday, January 22, 2017

Patin Jerantut segar dari ladang


Ikan patin sangat popular di negeri Pahang terutama bila dimasak tempoyak... pheeww..! memang mabeles... 3,4 pinggan lah jawabnya bertambah-tambah makan nasi... 

Anak-anak k.gee gemarkan ikan di bahagian perutnya yang lembik dan berlemak... berebut-rebutlah masing-masing hendakkan bahagian yg diidamkan... si ayah pulak awal-awal lagi sudah 'booking' tang kepala... suka sangat dia dapat menggigit dan mencicip tulang di bahagian pipi ikan... bahagian ekor sudah pasti jadi pilihan emak... biasalah... emak akan rasa bahagia dan puas hati bila lauk yg dimasaknya menjadi rebutan dan menawan selera keluarga... kadang-kadang dapat tengok suami dan anak-anak makan pon sudah mengenyangkan perut emak... syukurlah  


Ikan patin fresh sudah pasti menjadi pilihan... biasanya k.gee akan membeli ikan patin di Pasar Tani Kuantan atau Temerloh... hari ini k.gee bernasib baik dapat ikan patin segar dari Taman Negara Jerantut... Subhanallah...! sedap sungguh isinya... lembut, manis dan tidak berlemak... bila digandingkan pula dengan tempoyak durian kampung dari dusun arwah bapa mertua, pergh! bertambahlah enaknya... tak sedar licin seperiuk besar nasi dikerjakan kami sekeluarga... hahaha...!


Anak k.gee si eQa pula gemar menghirup kuah tempoyak... biasanya dia akan ceduk kuah berlinang ke dalam pinggannya... selepas habis disuapnya nasi dan ikan, ditonggengkan pinggan untuk menghirup kuah tempoyak yg manis dan pedas tu... kadang-kadang dituangnya berkali-kali kuah ke dalam pinggan sambil menjilat kuah dihujung jarinya... 'ermmmm sedapnya... esok buat lagi ya mak... rayu si anak bongsu k.gee... baiklah sayang...


MASAK TEMPOYAK IKAN PATIN

1 kg ikan patin segar - bersihkan dan potong 3 bahagian
6-8 biji cili padi - kalau suka pedas boleh tambah
2 inci kunyit hidup
1/2 cawan tempoyak
1 helai daun kunyit - siat siatkan
Garam dan sedikit gula

Caranya :
Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi.  Ambil tempoyak dan gaulkan bersama 
bahan tumbuk ini.  Kemudian keluarkn dari lesung dan masukkan ke dalam periuk. 
Masukkan ikan patin, daun kunyit, garam dan sedikit gula. 
biarkan mendidih dan ikan masak.


Kalau ada yang berhajat nak rasa ikan patin fresh dari Taman Negara Jerantut, silalah singgah ke fb Pengusaha Ikan Patin Sangkar... k.gee tolong promokan aje... barang baik, kaan... hehe


Bun Manis


Selamat pagi semua... sarapan apa hari ini..?

K.gee sediakan bun manis untuk famili... baru-baru ini anak teruna k.gee si ALif menyertai kelas membuat roti bersama kawan-kawan asramanya... lembut rotinya... tak sangka pulak dia suka memasak... "sengaja nak isi masa lapang, mak...", katanya... oklah tu daripada membuang masa dengan perkara yang tak tentu arah, kan... dapat jugak makan roti sedap dan lembut... 


K.gee simpan resipinya untuk rujukan di masa hadapan... cuma k.gee ada ubahsuai sikit resipinya menggunakan superbake yang baru dibeli dari LOyang Bread Convibakers kepunyaan si Rabiatun Adawiyah Mohamed Din yg cun melecun tu... jom meroti..!


BUN MANIS/BUN LEMBUT

220ml air
100 gm gula kastor
1 sudu teh garam
10 gm susu tepung
75 gm butter
1 sudu teh superbake
500 gm tepung high protein
1 sudu besar yis

Cara:

  1. Masukkan air, butter, tepung, garam, superbake, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting 'dough' dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
  2. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil, timbang dan bulat-bulatkan.  Susun di dalam loyang di sapu marjerin pada keliling loyang.
  4. Panaskan oven 45 darjah celcius dan masukkan doh roti tadi ke dalam oven dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
  5. Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
  6. Spray permukaan roti dengan air.
  7. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.
  8. Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.



Lembut dan gebu roti guna superbake ni... sangat puas hati...
tak payah membeli roti di kedai lagi...  cubalah...


Friday, January 20, 2017

Kerabu nangka muda


Resipi kerabu nangka muda ini pernah tersiar dalam Majalah Saji tahun 2015... sengaja k.gee kongsikan di sini buat tatapan pengunjung dapor Gee-Hut... kerabu ini resipi dari arwah wan k.gee... kata emak arwah wan dulu memang gemarkan kerabu nangka... dia meratah begitu sahaja... sedap katanya... k.gee sudah mencuba beberapa kali dan memang menepati citarasa k.gee... terima kasih kepada arwah wan dan al fatihah buat nya... 


KERABU NANGKA MUDA

1 biji nangka muda (bersaiz sederhana)
- dipotong kecil dan rebus hingga lembut
5-10 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
1 sudu kecil lada hitam - sangai
1 sudu besar beras - sangai
1 cawan santan pekat
1/2 cawan kelapa parut - sangai
1 sudu besar udang kering
1 biji limau nipis
Garamdan gula secukup rasa

CARA :

Tumbuk lada hitam, beras, kelapa dan udang kering yg sudah digoreng tanpa minyak.
Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama nangka yg sudah direbus tadi.
Tambahkan santan, garam, gula, cili padi dan bawang hiris.  Perahkan nipis.  Gaul rata.
Sedia dinikmati.  



Jom nikmati selera kampung... 

Wednesday, January 18, 2017

Ubi getuk


Salam Rabu...

Kelmarin encik hubby beli ubi kayu... berkilo-kilo dibelinya... hubby memang sukakan ubi goreng yang simple-simple gitu... sepinggan dihadapnya sorang-sorang... ada banyak lagi berbaki ubi kayu tu... puas lah k.gee buatkan macam-macam kuih lepas satu persatu... terpaksa selongkar resipi di gugel... kuih talam sudah, kuih lopes sudah, kuih bingka sudah, pengat pon sudah... haisy! sampai naik kembung perut dibuatnya asik makan ubi kayu... kan?


Hari ini k.gee buatkan ubi getuk pulak untuk hidangan sarapan pagi... menu yg simple tapi tetap menyelerakan... kebetulan ubi yang hubby beli ini sangat empuk dan gebu sungguh isinya... jadi tak hairanlah hubby boleh makan bertimbun-timbun ubi getuk yg gebu... tambah-tambah buatan isteri tersayang... hehehe...  



UBI GETUK


1 kg ubi yang dibuang kulit - direbus empuk
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1 sudu kecil garam
4 sudu gula

Ubi yang telah direbus empuk ditos airnya hingga kering.
Ambil anak lesung ditumbuk lumat.
Masukkan kelapa parut putih, gula dan garam. Gaul rata.
Bulatkan seperti bebola hingga habis.

Bahan membuat salut :
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam 
3/4 cawan air (+-)

Semua bahan disatukan dan kacau hingga larut. Tidak terlalu cair.
Panaskan minyak dan ambil bebola getuk dan salutkan kedalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan.
Sedia dihidang.




Selamat menjamu selera...

Sunday, January 15, 2017

Lempeng nyior daun bawang

 

Assalamualaikum...
Salam pagi minggu.. .

Biasanya di hari cuti begini ramai yang meronda ke Pasar Tani mencari sayur-sayuran kampung... pucuk ubi, pucuk paku, daun turi, jantung pisang, nangka muda dan sebagainyang... tidak kurang juga yg mengambil kesempatan berehat panjang di atas katil... berselimut hingga lewat tengahari... bangun untuk makan tengahari je nanti... hehehe... apa-apa pon semoga hari cuti di hujung minggu ini dapat kita manafaatkan bersama keluarga tersayang...


Hari ini k.gee sediakan hidangan ringkas untuk keluarga... lempeng kelapa daun bawang... daun bawang tu k.gee tanam di belakang rumah... rimbun bukan main daunnya... kebetulan ada kari daging berbaki lauk semalam, eloklah buat cicah lempeng... kan?



LEMPENG NYIOR DAUN BAWANG

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
Beberapa tangkai daun bawang - potong kecil
¾ sudu teh garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara membuatnya:

  • Campurkan kesemua bahan kecuali minyak masak dan gaul sebati
  •  Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak masak.
  • Ambil sedikit adunan dan masak atas kuali leper
  • Balik-balikkan adunan sehingga bewarna kekuningan dan angkat
  • Hidangkan bersama kuah kari atau sambal kegemaran.


Jemput sarapan...



Saturday, January 14, 2017

Lompat Tikam


Kuih lompat tikam... nama pencuci mulut yang begitu unik... konon ceritanya kuih ini berasal dari Majapahit sekitar tahun 1700... seorang dayang yang membawa dulang tersadung kaki pada bendul istana... Sultan terkejut lalu melompat dan tertikam dayang itu... sempena menghayati kisah tersebut Sultan Kelantan menamakan juadah ini sebagai kuih lompat tikam... wallahualam... 


Kuih ini memang popular dijual di Pasar Malam... cuma kadang-kadang kalau nasib tak baik, rasanya tidak dapat diterima tekak... teksturnya keras, kurang manis dan tidak terasa lemak manisnya... k.gee selalu juga kecewa bila balik ke rumah anak-anak merungut kuih lompat tikam yang mak beli tak sedap... kasihan pulak... 

Jadi... di hujung minggu begini, bolehlah k.gee mengambil kesempatan sediakan juadah kegemaran keluarga... buat sendiri baru puas hati, kan.. biasanya anak akan request begini..."yang putih tu buat banyak-banyak ye mak.. yang putih sedap... lemak berkrim... ' haaa... memang lah lapisan yang putih tu sedap sebab ianya bersantan berbanding lapisan hijau hanya air pandan sahaja... kalau di Kelantan, lapisan putih tu dibuat agak cair dan ada pulak lapisan pulut berwarna merah di atasnya... k.gee hanya buat dua lapisan yang hijau dan putih sahaja... Jom kita ke dapur.... boleh sediakan juadah minum petang nanti... Lompat Tikam yg yummy...!



Kuih Lompat Tikam
Oleh: Azie Kitchen

Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur 


Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan

1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam 


Pulut Merah (k.gee tak buat...)
1 cawan pulut - rendam terlebih dahulu
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah 


Air gula melaka:

1 keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan


Cara lapisan hijau:

Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.

Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.


1,2,3,4
Cikgu Zehan berbaju kebaya
bukan lompat sebarang lompat
lompat tikam kegemaran saya... 

jemputlah....

Wednesday, January 11, 2017

Kaswi goyang


Kuih tradisi memang 'tak lapok dek hujan tak lekang dek panas'.. evergreen sentiasa... dari zaman nenek moyang kita dahulu sehingga ke zaman serba canggih sekarang ini, kuih muih tradisi tetap digemari ramai... cuma sesetengah kuih telah diberi 'nafas' baru... gaya dan persembahan semakin menarik...  


K.gee pulak pantang tengok kuih muih tradisi 'lalu' di wall fb... tak kiralah wall sendiri atau rakan yang lain... mudah terpengaruh... terus terasa-rasa di tekak keenakan kuih tersebut... apalagi... balik rumah selongkar almari dan terus buat kuih yang diidam-idamkan... haa kuih kaswi goyang ini akibat terpengaruh dengan gambar kaswi yang terlentuk di fb si cantik manis Nor Hayati Ramlan lah... selang 2 hari selepas itu Ita Masam Manis pula tayang kaswi goyang nya di blog Masam Manis dengan kisah nostalgia yg sungguh menyentuh hati.... aduh laaa... itu pasal la mak gumuks... sindiran anak-anak... hehehe


KUIH KASWI GOYANG INUL

Resipi dari : Lyn Ab Rahman, NOr Hayati Ramlan, Ita Masam Manis

BAHAN:
1 1/3 cwn tepung gandum
1 1/3 cwn tepung ubi
5 cawan air
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit kicap pekat manis-warna lg cntik
2 helai daun pndan- simpulkan
1 sudu teh kapur-bukan air kapur yea

Cara2
1.Msak kn gula psir dan gula merah
bersma air..masukkan daun pndan
2.Lepas suam msuk kn tepung tdi
bersma sedikit kapur...guna whisk
or blend pon bole .
3.Tapis kn ke dlm
loyang yg di sapu minyk
4.Kukus dlm 25 minit Siappp..
Dh sejuk gaul kn bersma kelapa putih
**Yatie tambahkan 2 sudu besar kicap pekat@ kicap karamel utk kuih kelihatan gelap spt diatas.Yatie guna loyang 10x10x2 inci dan kukus 35 minit.


Kaswi goyang Inul... pergh! compem sedap dan wajib cuba... mabeles 5 bintang you... !!!


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015