Monday, October 26, 2015

Soto sempoi


Bila tekak teringin makan soto, buat jugalah walaupun bahan tak mencukupi... yang penting bahan utamanya ada cuma 'aksesori' sahaja yg tidak lengkap... soto ala kadar atau soto sempoi namanya... hehe...



SOTO 

A. Sup
1/2 ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan
dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok 
5 ulas bawang merah kecil, dikisar
5 ulas bawang putih, 
dikisar 
1 inci halia muda, dikisar 
1 batang serai, diketuk 
1/2 sudu rempah sup - dibuat pes
1/2 sudu rempah kurma - dibuat pes
1 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renih sekurang-kurangnya satu jam3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
4. Masukkan stok ayam (bersama tulang)
5. Didihkan dan sesuaikan rasanya




B. Pegedil
5 biji kentang - dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
200 gm daging kisar
5 ulas bawang kecil, digoreng keemasan
½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
1 sudu teh garam
2 biji telur, dipukul
1 sudu kecil lada sulah/serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng

Cara
1. Masukkan ke semua bahan (kecuali minyak) ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
3. Panaskan minyak
4. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

  

Sempoi tapi sedap... 


Wednesday, October 21, 2015

Nasi Lemak Telur Puyuh


Makan nasi lemak di malam hari... ok juga kan... Dulu masa baru baru berpindah ke sini, terasa pelik makan nasi lemak waktu malam kerana ianya sinonim dengan menu sarapan pagi... Kini makin banyak kedai makan dan gerai-gerai nasi lemak di malam hari... ada juga kedai dan restoran ikan bakar yg menyediakan nasi lemak sementara menunggu ikan dan menu lainnya siap  dimasak...Apapun makan nasi lemak panas-panas memang selera kan... tambahan ada ayam goreng dan sambal tumis yg sedap... ermmmm



NASI LEMAK

Bahan 

3 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
3 ½ cawan santan
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit gula dan garam

Cara 
1. Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk.
2. Tanak nasi seperti masak nasi biasa.


Sambal Telur Puyuh

Bahan 
15 biji telur puyuh - rebus dan kupas kulitnya kemudian goreng sekejap
1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih (dikisar)
20 tangkai cili kering (kisar)
Sedikit asam jawa
Sedikit belacan
1 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis

1. Tumiskan bahan kisar dan belacan sehingga wangi.
2. Masukkan daun pandan dan air asam jawa
3. Tumiskan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan telur puyuh goreng ke dalam sambal, kacau rata.
5. Masukkan sedikit air, bawang besar hiris serta sedikit gula dan garam.
6. Masak hingga mendidih dan pekat kuahnya.
7. Hidangkan bersama ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan telur .dsb




Nasi lemak... nasi lemak... 2 singgit 2 singgit



Sunday, October 18, 2015

Pengat pisang tanduk


Pengat pisang merupakan menu pemanis mulut yg paling k.gee gemari terutama pisang nangka atau pisang tanduk... pisang lain kurang sikit... k.gee sukakan rasa masam-masam pada pisang nangka dan bila digigit terasa liat-liat sikit... bila disatukan dengan kuahnya yg manis dan aroma gula melaka,,, pergh..!! fengsan... bermangkuk-mangkuk masuk perut... sedap you!


Laling k.gee pulak sukakan pengat pisang yg dimakan sejuk... masukkan dalam peti ais 1 atau 2 jam dan bila hirup kuahnya terasa macam makan aiskrim... nyum2x katanya... 


PENGAT PISANG

Bahan-Bahan :

1 biji pisang tanduk (dipotong kecil)
1 liter santan
1 cawan air
1 keping gula Melaka
1/2 cawan gula 
Secubit garam
2 sudu sagu biji (basuh dan toskan)
1 helai daun pandan 


Cara-Cara:

1. Masukkan santan, gula melaka, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.  kacau2kan selalu supaya santan tidak berbintil.  

2. Masukkan pisang dan garam.  Masak seketika sehingga kuah agak pekat.  

3. Akhir sekali masukkan sagu biji. Siap.




Nah! semangkuk pengat pisang untuk awak...


Wednesday, October 14, 2015

Lidah buaya Ma'al Hijrah


Selamat Menyambut Tahun Baru 1437 Hijrah buat semua umat Islam di mana jua berada srta salam kemaafan jua dipinta... Semoga kita semua mampu berhijrah ke arah kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah swt dan junjungan Nabi Rasulullah saw..


Menu snek yang ringkas sempena cuti tahun baru Ma'al hijrah... Kuih lidah buaya atau juga dikenali sebagai kuih tiram di setengah tempat... ada juga yang menggelarnya kuih lidah kucing... Bila belek2 album pagi tadi terpandang gambar kuih ini sewaktu bercuti ke negara gajah putih tahun lalu... rupanya kuih ini juga popular di Thailand...   hampir setiap hari kami membelinya untuk kudapan dalam kereta... memang sedap hingga menjilat jari kan.... 



KUIH LIDAH BUAYA
Resepi : Fiza Nordin

Bahan-bahan 

* 500gm tepung
* 1 biji telur
* 2 sudu margerin
* sedikit garam
* 160ml air
* **6 sudu tepung jagung**
* **6 sudu minyak**


Cara-cara

1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.





Sambil menonton TV jom kudap-kudap lidah buaya...sedaaap....



Tuesday, October 13, 2015

Pulut kuning tanpa hajat


Hari minggu baru ini k.gee 'termengidam' nak makan pulut kuning... tak ada hajat dan tak ada niat apa-apa yang istimewa... cuma tekak teringin nak makan.... Kebetulan anak bujang k.gee ada balik cuti hujung minggu... asalnya nak buat nasi komok ala Thailand tapi hari minggu tu ada banyak pulak jemputan kahwin jiran dan kawan-kawan sepejabat, so batalkan saje niat nasi komok dan digantikan dengan pulut kuning untuk sarapan... Encik Laling request pulak sambal bilis cili padi ala-ala Sambal Totok Jawa... pergh! berselera....


Kata ustaz... kalau nak makan pulut tak perlu tunggu ada keraian dan tak perlu dibuat warna kuning... kalau ada niat atau hajat, makanan lain pon boleh... bimbang kita terikut-ikut budaya penganut agama dan kaum lain yang sebenarnya tiada dalam tuntutan agama kita...

Ya Allah... moga kita dilindungi dari kesesatan...



PULUT KUNING

Bahan bahan

500g beras pulut
1 keping asam keping
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara

Beras pulut dicuci dan toskan. Masukkan ke dalam bekas dan curahkan air secukupnya.  Tambahkan kunyit serbuk dan asam keping.  Rendam selama 4 jam atau semalaman.

Panaskan pengukus. Lapik kukusan dengan daun pandan atau daun pisang.  Masukkan beras pulut dan kukus separuh masak. 

Sementara itu, satukan santan, garam dan gula.  Gaul rata. 

Keluarkan pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam bekas besar.  Tuang santan sedikit demi sedikit dan gaul rata.  Buat sehingga santan habis dan pulut nampak kembang dan lembut.
Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus 10 minit lagi.


Sambal Totok
Resepi : Ita Masam manis

Bahan-bahan:

Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi
3 biji cili merah ~ ita tambah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
Minyak utk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturisecukupnya


Cara penyediaannya :
Mula-mula kita goreng dahulu ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan

Kemudian goreng pula bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah hingga layur

Angkat dan ketepikan

Belacan di bakar kalau nak goreng sekali pun boleh

Tumbuk ikan bilis kasar-kasar, keluarkan dari lesung dan ketepikan

Kemudian tumbuk pula cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.

Perasakan sekali dengan garam dan gula

Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi

Akhir sekali baru campurkan dengan ikan bilis tumbuk tadi dan gaul rata.

Dengan mencampurkan ikan bilis pada peringkat akhir akan membuatkan sambal terasa rangup bila tergigit ikan bilis.



Sudi-sudikanlah...

Saturday, October 10, 2015

Bihun Bakso


Bila tengok Bakso sedap! yang Ita  tayang kat blog  Masam Manis tempohari, 2,3 kali juga k.gee telan airliur... sebenarnya k.gee tak pernah makan bakso tapi penangan gambar-gambar si Ita membuatkan menitis-nitis air liur ku dibuatnya... aduh mak aiii...terliurnyaaa.... !! 

Nasib baik ada stok daging korban dan bahan-bahan lain dalam esbok... terus saje k.gee menggodek buat bihun bakso stail Ita...  

Assalam Ita, minta izin ye cnp resipinya...  



BAKSO
Resepi Oleh : Che'Iza
Rujukan : Ita Masam Manis

1 bungkus mee hoon ~ rendam sebentar kemudian di celur dalam air panas
Taugeh
Kobis ~ di hiris halus
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng

Mula-mula kita sediakan bebola daging dahulu



Bebola Daging

400 gm daging cincang
2 biji bawang merah ~ di cincang halus
2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam secukup rasa

Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, tepung jagung dan telur.
Kemudian gaul rata
Bulat-bulatkan sebesar guli
Ketepikan


Kuah Bakso

1/2 kg tulang ~ ita tambah
2 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
1/2 inc halia
2 sudu teh lada sulah
1 batang serai di ketuk
1 kiub pati daging atau pati ayam
garam secukup rasa
1 bungkus sup bunjut ~ ita tambah




Subhanallah... memang puas hati memang mabeles...


Thursday, October 8, 2015

Roti bun cheese


Dah berkurun k.gee tak meroti... kalau terasa nak makan biasanya singgah 7E dan beli seketul dua roti gardenia... encik hb memang gemarkan roti cheese terutama cheese stick yang dijual di RNR dalam perjalanan balik kampung... "BM ada tapi asyik dok dalam kelambu aje... " alamak !! sinis dari en hubby petang semalam... Nampak gayanya kena operasi meroti lah weekend ini...


Sementera nak menunggu weekend, k.gee tayang dulu gambar roti bun cheese yang dah agak lama bertapa dalam lappy... nasib baik gambar tak basi.... bolehlah tayang hari ini... hehehe...



ROTI BUN CHEESE

Bahan-bahan:

400 gm tepung high protein
60 gm tepung serbaguna (ayak)
100 gm gula castor
1 sudu kecil garam
80 gm shortening
16 gm yis
1 biji telur
230ml air sejuk (dari peti ais)
20 gm bread softner
1 sudu kecil bread improver

Bahan hiasan:


Keju Cheddar
Gula pasir
1 biji kuning telur
Sedikit majerin

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan ke dalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal.

Bentukkan bulat, alih dalam bekas dan bungkus dengan plastik, biar 45 minit - 1 jam.

KAEDAH LAIN

Masukkan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "on", tunggu hingga siap.

Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. Bulat kan dan canai mengikut bentuk digemari.

Biar 45 minit hingga doh mengembang.

Taburkan keju cedar dan sedikit gula pasir kasar.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan atau boleh juga dihidangkan panas2.


Jemput sarapan...

Tuesday, October 6, 2015

Cucur jagung


Nampaknya keadaan jerebu di Kuantan sudah ada perkembangan yang baik...hari ini nampak cerah sedikit...  alhamdulillah... 

Balik dari ofis tadi terus encik laling request nak minum petang sambil bersantai di luar rumah... sempatlah k.gee godek cucur jagung (mujur ada stok jagung tin...) dihidang sama air nescafe panas kawkaw untuk kami berdua... ala-ala honeymoon gituuuu...hehehe      


Cucur memang menu simple dan ringkas... tapi bila ia dinikmati berdua-duaan sambil saling suap menyuap... ahai.. tetiba ia menjadi sangat istimewa sehingga tak sedar sekelip mata licin sepinggan... siapa kata orang bercinta makan tak lalu mandi tak basah tidur tak lena...? hahaha...orang tua bercinta lagi dasyat tau..! 


CUCUR JAGUNG SIMPLE

Bahan: 

1 tin jagung ~ jagung kernel dlm tin
1 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar - hiris nipis
Udang hidup/ikan bilis
2 biji cili besar - hiris nipis
Beberapa tangkai daun kucai
Garam
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara:

Masukkan semua bahan kecuali minyak dalam satu bekas, masukkan air sedikit2 dan gaul mengikut kepekatan yg dikehendaki. Lebih kurang macam buat cocodok bilis tu..kemudian panaskan minyak dan bolehlah digoreng. senang kan!


Wallah.... sedapnya cucur jagung yg Laling suapkan...
jangan jeles yea...




Saturday, October 3, 2015

Lepat pisang warisan nenek


Lepat pisang tepung beras dan berinti kelapa merupakan resepi warisan arwah wan (nenek) k.gee... Dulu bila aki bawa balik pisang dari kebun, wan akan asingkan 2 atau 3 sisir untuk dibuat kuih lepat... biasanya aki akan bawa daun pisang sekali sebab dia tahu lepat akan menjadi menu pilihan... wan akan bancuh kuih lepat berlebih lebih untuk anak cucu makan dengan puasnya... wan juga tak lupa memanjangkan rezeki lepat pisang kepada jiran tetangga... ermm... memang sedap lepat pisang air tangan wan awak ni... puji Mek Jah jiran sebelah rumah wan... 



LEPAT PISANG

Bahan

10 biji pisang emas      
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula
1 cawan kelapa parut putih + secubit garam
Daun pisang (layurkan atas dapur seketika)

Cara

1. Panaskan kukusan.
2. Pisang dilecek hingga hancur. 
3. Kemudian masukkan tepung dan gula. Gaul hingga sebati.
4. Letakkan sesudu di atas daun pisang dan letak inti kelapa di tengahnya.  
5. Lipatkan.
6. Kukus selama 20 minit.
7. Sedia dihidang.


Rindu arwah wan... al fatehah untuknya...


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015