Sambal biji cempedak..?? memang k.gee tak pernah jumpa dan tak pernah tahu pun bahawa biji cempedak boleh dibuat lauk... kebiasaanya selepas buahnya digoreng biji cempedak akan direbus dan dimakan begitu sahaja... rasanya yg lemak seakan-akan mengunyah buah berangan atau kacang gajus...itu sahaja yg k.gee tahu tapi rupanya orang tua dulu dulu sangat kreatif... mereka mempelbagaikan lebihan makanan menjadi hidangan istimewa... jarang orang zaman dahulu membazir kan...? ada sahaja idea mereka untuk menginovasikan makanan...
Kalau makan sambal biji cempedak ni... seakan-akan makan sambal jering cambah atau jering tua... rasa biji cempedak yang kenyal dan berlemak membuatkan ralit mengunyahnya... k.gee lawankan sambal ini dengan nasi goreng cina... wah! selera kami makan sambil jamu buah-buahan dari kebun jiran sebelah...
SAMBAL BIJI CEMPEDAK
Resipi ibu mertuaku olahan oleh Geehut
20-30 ketul biji cempedak - rebus sehingga empuk
1 biji bawang besar
1 kpg asam keping
Minyak
Garam secukupnya
Bahan kisar:
Segenggam ikan bilis
20-25 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
3 ulas bawang merah
Sedikit belacan (jika suka)
Cara:
Hiris nipis biji cempedak. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga naik baunya.
Masukkan biji cempedak dan gaul rata.
Tambahkan garam, asam keping dan sedikit air. Masak sehingga pekat.