Wednesday, July 29, 2015

Spaghetti Carbonara... alkisahnya



Sudah 13 Syawal rupanya... sana sini masih meriah dalam mood beraya... lagu raya pon masih berkumandang... betul ke tahun ini menu carbonara jadi hidangan wajib jamuan rumah terbuka....?

Begini kisahnya...
Encik hubby teringin nak makan spaghetti carbonara buat berbuka puasa... pertama kali merasa carbonara di rumah sepupunya terus dia jatuh chenta... nyum nyum..!! mabeles sungguh katanya... 2,3 kali juga diulang sebut... haisy! naluri si isteri terasa macam dicabar-cabar pulak dengan kata-kata macam itu sambil sambil si isteri pun terliur jugak sebenarnya... hehehe...

Sepantas kilat terus selongkar resepi di internet... hah! resipi Meatball Carbonara dari Hanamemories nampak simple dan menggoda.... terus copy! terima kasih Hana... Petang itu, balik dari pejabat terus ke pasaraya dengan senarai bahan di tangan... satu persatu disambar dan dihumban ke dalam troli... tapi....mana sos carbonara ni...? 2,3 kali juga membelek pada rak tapi tak berjumpa... rak kosong aje... bila ditanya katanya... sudah habis kak!  Pergi pulak ke pasaraya sebelah... cari dan terus mencari... aik ! habis jugak...! adoiii.... tak ada rezeki lah nampaknya nak merasa carbonara sedap ni... tak boleh jadi ni... terjah pulak pasaraya lain.... walaupun jauh sikit tapi ku gagahkan juga.... sampai sahaja terus meluru ke rak makanan dalam tin.... cari cari dan cari.... apa!? habis jugak....!!! Ayoyo....!!! kenapa sos carbonara sudah habis... bahan lain semua sudah dibeli... sos wajib sahaja lagi yang masih belum ketemu.... mak!! meleleh air liur  ku dibuatnya... frustnyaaa

Dengan langkah yang longlai tetapi jiwa tetap kental nak jugak mencari sos carbonara... terus sahaja masuk ke kedai runcit berhampiran dengan harapan mereka ada menjual sos carbonara... lepas satu ke satu kedai runcit diterjah... aaaaaarggghhh.! liciiiinn....!! rasa nak menangis dibuatnya... 2,3 kali telan air lioq... terasa rasa keenakan carbonara yang lemak berkrim masuk ke tekak... sedapnyaaa... Adoiiii mak ai...!!! di manakah kau sos carbonara...?  Mungkinkah semua orang pakat mengidam carbonara raya tahun ini...? sejak bila pulak carbonara jadi popular di hari raya nih... ? atau aku kah yang ketinggalan ketapi ni..?

  
RESEPI SPAGHETTI  CARBONARA
oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

•300g spaghetti - celur dan toskan
•1/2 biji bawang holand (kuning) - potong dadu
•2 ulas bawang putih - cincang
•1 tangkai kecil cili kering - potong serong
•2 sudu besar butter
•1 sudu makan tepung gandum
•1/2 cawan susu segar
•10 biji meatball
•serbuk lada sulah @ blackpepper
•1 tin sos carbonara mushroom - seperti gambar
•1 sudu perahan jus lemon - utk kurangkan muak
•garam dan air sedikit
•Keju parut parmesan dan daun parsley - optional


Cara-cara

•Goreng meatball sebentar, angkat dan toskan. (boleh juga bakar atau rebus agar lebih healthy)
•Panaskan butter. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering. Goreng hingga naik bau.
•Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan pula susu segar. Gaul.
•Kemudian masukkan sos carbonara mushroom (tambahkan sedikit air jika terlalu pekat). Kacau mesra.
•Masukkan sedikit serbuk lada sulah @ blackpepper, lemon jus dan perasakan dgn garam jika perlu.
•Akhir sekali masukkan meatball dan biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Matikan api.
•Gaul spaghetti dengan sos dan taburkan dgn keju parutan parmesan.
•Hidangkan segera.


Mujur masih ada rezeki encik hubby nak merasa carbonara air tangan isteri... Nak tahu di mana ada jual sos carbonara..?  cer teka... cer teka...!


Haha... jiran sebelah... Kemaman ada stok sos carbonara... bertimbun dalam pasaraya... Apapun... terima kasih kepada yang tolong belikan 'hot item' itu... terima kasih banyak-banyak... Walaupun terlewat sehari tapi sangat puas hati dapat ngap juadah idaman... apalagi!  terus slruuuupp berpinggan-pinggan sampai puas... bersahur pon bantai carbonara lagi... mabeles...mabeles..!!

Begitulah kisahnyaaa....


Wednesday, July 8, 2015

Kuih ketayap aka kuih gulung


Kuih ketayap juga dikenali sebagai kuih gulung atau kuih dadar... kuih tradisi yang ringkas dan mudah disediakan... 

Sudah lama rasanya tak makan kuih ketayap... kebetulan ada baki inti kuih badak berendam kelmarin k.gee godek2 pula tepung gandum dengan air pandan... dapat 5 butir kuih ketayap yg tembam semuanya... huh! baru puas makan ni, kata encik hb... padat dengan inti dan kulitnya pula lemak dan lembut... wah! kembang setaman la tukang masak bila dapat pujian... yahooo!!


RESEPI KUIH KETAYAP

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan santan
1 cawan air pandan
Secubit garam

Cara penyediaan

Masukkan kesemuanya dalam bekas dan kacau rata. Tapis. 
Panaskan kuali, lengser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layang kuali agar adunan jadi bulat.  Masak 2-3 minit, angkat dan terus masukkan inti dan gulung.


Inti

1 biji kelapa muda - parut
2-3 keping gula melaka / gula merah
1/2 cawan gula
Sedikit air
1 sudu tepung gandum
Daun pandan

Cara 

Masukkan kesemuanya ke dalam kuali dan masak sehingga pekat.  Bila sudah hampir masak taburkan tepung gandum.  Masak sehingga inti kering dan pekat. Keteipakan dan sejukkan.



Kuih ketayap tepung pelita
Juadah iftar seisi keluarga
Ramadhan bakal meninggalkan kita
Pertingkatkan doa dan taqwa pada Yang Esa...


 

Tuesday, July 7, 2015

Sambal Ijo Padang


Orang lain sudah mula mengukis.... dapor GeeHut masih godek2 lauk pauk... apakan daya mood masih belum tiba... layan lauk saja  laa.... yuk!!


SAMBAL IJO
Resepi copy paste dari Periuk Belanga Zarin

Bahan Bahan
sebiji terung – potong serong ke bulat ke suka hati lah – then di grill or di goreng dengan minyak yg sikit sahaja - ketepikan
4 biji cili hijau
5 biji cili api
1/2 biji bawang putih
1 biji bawang merah yang sederhana besarnya
sedikit belacan (about 1”" kot)
sedikit minyak masak (about 1-2 tbsp kot) 
sejemput ikan bilis

cara cara
panaskan minyak dalam non stick pan and goreng semua bahan di atas sehingga lembut kecuali terung
then tumbuk je lah dalam lesung batu ikut kelumatan yang anda ingin kan
then boleh di gaul aje dengan terung yang telah di grill tadi (ni kalau nak version kurang minyak) - siap
** kalau nak version ada minyak, panaskan 2 tbsp minyak dlm non stick pan dan masukkan bahan tumbuk tadi, kacau sekejap and then baru di masukkan terung, then angkat - siap


Podeh tapi sodap... 

Monday, July 6, 2015

Sayur Lodeh


Salam 19 Ramadhan... 

Sedar tak sedar kita sudah hampir sampai ke fasa terakhir Ramadhan... Bersamalah kita terus beribadah, berzikir, munajat dan berdoa semoga direzekikan bertemu Malam Lailatul Qadar.. amin Ya Allah...  


Hari ini layan menu ala ala juadah raya gitu... tak sabar nak raya ke...? hehehe... bukan dik... k.gee memang gemarkan makanan berkuah waktu berbuka puasa... selera sangat kalau dapat hirup kuah terutama kuah lodeh yg sarat dengan sayur-sayuran...  kalau boleh setiap hari nak buat menu berkuah tak kiralah mee ke, bihun atau nasi janji boleh hirup kuah yg banyak... taklah kering sangat tekak setelah seharian berlapar kan?

Apap pun sayur lodeh memang menu wajib di pagi raya... selalunya emak akan sediakan ketupat, rendang sambal kacang dan serunding untuk dihidang bersama sayur lodeh... bolehlah pilih ikut citarasa masing-masing...  



SAYUR LODEH

1 keping tempe - dihiris dan goreng sebentar
3 keping tauhu - dipotong kecil dan goreng sebentar
5 batang kacang panjang
1/2 biji kobis
1 biji karot
1 paket suhun
1 paket fucuk
1 biji sengkuang
1 batang serai - dititik
2 biji cli merah - hiris
100 gm udang basah
1 liter santan cair
1/2 liter santan pekat
Garam secukup rasa
1 ketul kiub ikan bilis
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar/tumbuk

1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan :

1. Sayur-sayuran dibersihkan dan dipotong kecil.
2. Tumis bahan kisar dan serai hingga wangi.
3. Kemudian masukkan santan cair dan sayur2an serta cili merah.  Masak hingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, udang, suhun dan fucuk.  Kacau.
5. Bubuh garam secukup rasa dan masak sehingga mendidih dan sayur layu.
6. Sesuai dihidangkan bersama nasi impit atau lontong, sambal tumis atau kuah kacang.


Sesuai untuk hidangan di pagi lebaran...
Selamat mencuba...



Saturday, July 4, 2015

Badak oh badak...!!


Kuih muih klasik memang kegemaran k.gee terutama untuk juadah berbuka puasa... kali ini k.gee sajikan kuih badak berendam yang sangat serasi dengan selera tekak k.gee... rasa manis dari inti kelapanya dan lemak2 pula dari kuah santannya membutkan terleka sewaktu menyuap ke mulut.... se'ekor' demi se'ekor' badak terjun dalam perut... hehehe 



Resepi kuih badak berendam ini k.gee dapat dari seorang sahabat... dulu dia berniaga kuih muih... macam-macam kuih dijualnya dan sedap2 belaka... lemak, manis, lembut... haisy! memang puas hati lah memakannya... tetapi kebelakangan ini dia tidak berniaga lagi kerana nak berehat katanya... alahai...

Dek kerana 'mengidam' kuih buatannya, k.gee pun tanpa segan silu minta resepi darinya.... hehehe... terima kasih Kak Zani...   


BADAK BERENDAM
Resepi : Kak Zaini 

Bahan-bahan

Inti :

1 biji kelapa muda - parut
2-3 keping gula kerek/gula melaka - masak dengan sedikit air dan tapis
1 cawan gula
Sedikit air
Sedikit tepung gandum
Daun pandan

Cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali/periuk dan masak sehingga pekat.  Bila sudah hampir mask taburkan tepung gandum bertujuan sedikit demi sedikit sehingga inti pekat dan kering.  Ketepikan dan sejukkan.

Doh :

1 bungkus tepung pulut
Segenggam tepung gandum
Air secukupnya (ikut lembut)
Sedikit air kapur
Air pandan / pewarna hijau (jika suka)

Uli kemua bahan hingga menjadi doh yg lembut.  Ambil doh sebesar bola ping pong dan masukkan inti.  Gentel bulat2.  Masak di dalam air rebusan yang telah dipanaskan.  Bila timbul, angkat dan masukkan  ke dalam bekas yg berisi air masak supaya kuih tidak melekat.  

Kuah santan

1 mangkuk santan 
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam

Masak di atas api sederhana sehingga santan pekat. 

Toskan kuih yg berendam air tadi dan masukkan ke dalam bekas lain.  Tuang santan ke atss kuih. 

 

Mabelesnya badak berendam... nyum.. nyum..!!


Thursday, July 2, 2015

Kurma ayam


Assalamualaikum...
Menu apa ya untuk juadah iftar hari ini? biasanya anak-anak k.gee sukakan lauk ayam... ayam masak lemak cili api, ayam goreng pedas, ayam masak kicap, asam pedas ayam dan tomyam ayam... semua favourite mereka... kali ini k.gee ubah selera sikit masak kurma ayam...


KURMA AYAM
Resepi : Chef hanieliza

Bahan-Bahan:


1 ekor ayam/ (dibersihkan & dipotong kecil)
5 s/b rempah kurma ayam/daging [bancuh dgn sikit air]
3 b iji kentang [belah 4]
1 labu bawang beasr [belah 4]
1 biji buah tomato
2 biji lada hijau [belah 2]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 s/b majerin
minyak
garam

Bahan tumbuk

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara:

1. Panaskan minyak dan majerin . Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi. Kacau rata dan biarkan naik minyak.

2. Masukkan rempah kurma dan kacau rata sehingga naik minyak semula.

3. Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan mendideh.

4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan mendideh dan agak pekat.

5. Masukkan garam dan jus limau. Perlahankan api.

6. Masukkan cili hijau, bawang besar dan tomato yg telah dibelahkan dan biarkan sehingga naik minyak semula dan pekat.

7. Hidangkan dengan nasi atau roti.



Makan bersama nasi planta pon sodaaaap... !!

 

Selamat berbuka puasa...
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015