Thursday, June 27, 2013

Doa buat kami...



Ya Rabb, apakah kami sedang diuji?

Mampukah kami.. berhadapan dengan berbagai halangan dan cabaran yang menerpa tanpa diduga..

Ya Allah, kami hadir dengan doa dan harapan..  kerana hanya padaMu kami serahkan segala kebergantungan ini, Ya Allah.

Andai kami lemah, Engkau kuatkanlah kami.. Ya Allah

Andai kami jatuh, Engkau bangunkanlah semula semangat kami..

Andai kami kalah..suburkanlah rasa pasrah di jiwa kami Ya Allah.. kerana kami bimbang jika kami kehilangan redhaMu YaAllah...

Ya Allah, janganlah Engkau menghukum kami andai kami tersalah atau terlupa, kurniakanlah ilmu dan hikmah ke dalam hati-hati kami yang bermanafaat untuk kami teguhkan hati kami ini untuk beramal dengannya...

Amin ...
Semoga ALLAH merahmati...

Wednesday, June 19, 2013

Mee kari


Rezeki kita hari ini ialah mee kari yer... rezeki mata lah, kan... hehehe... biasanya memang mata lah yang cepat lapar... cepat terliur dan dia jugak lah yang cepat tergoda.... betul gitu? tambah-tambah bila berada di bulan puasa.... siap lah mata melilau di bazaar Ramadhan di pasaraya... tengok itu sedap... tengok ini sedap... itu nak... ini nak...haish!! tak adil.... kesian mata...  semoga Allah beri kita hidayah dan kekuatan melawan hawa nafsu yang melampau.... jom jihad !


Mee kari ini menu ringkas dari k.gee... k.gee memang peminat tegar kari tau! mee kari laksa kari kuah kari... tapi bukan kari mamak style yer... gee-hut style... !! ringan dan simple sambil layan tekak anak-anak....  




MEE KARI

Bahan

1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Isi ayam ( dipotong kecil )

Bahan Kuah:


4 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 sudu besar cili kisar
1/2 inci halia - kisar
3 sudu rempah kari
200 gm udang hidup
1 cawan stok udang (rebus kulit dan kepala udang dan ambil airnya )
1 liter santan
1 mangkuk air
1/2 cawan air asam jawa
Minyak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan iringan :
Tauhu goreng dan hiris
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau nipis / kasturi
Sawi
Taugeh
Cili jeruk (fav hb)


Cara Penyediaan :

  1. Tumiskan bahan yang dikisar dan rempah kari.. tumis sehingga wangi dan naik minyak. 
  2. Masukkan isi ayam, udang dan stok udang dan kacau seketika.
  3. Kemudian masukkan santan dan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan garam, gula air asam jawa sambil tu dikacau selalu.
  5. Biar sampai mendidih.  Kalau suka boleh masukkan fish ball dan fish cake.. k.gee tak letak sebab tak suka makan...  
  6. Sesuaikan rasanya dan bolehlah dihidangkan bersama mee kuning yang dicelur dan bahan-bahan iringan yang digemari.

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati...
la la la la....


Tuesday, June 18, 2013

Nasi briyani & rakan-rakan


Apa nak cerita hari ini yer? Buntu.... !! kata blogger Ben Ashaari... "nak cerita apa pon, cerita laaa .. tapi kena la bijak mengolah !"... betul tu Ben, k.gee setuju... cuma belum ada idea lagi untuk berceloteh hari ini... so terus saje ke dapor gee-hut bersama simple nasi briyani dan rakan-rakannya, ayam masak merah dan acar timun... Menu ini untuk tetamu k.gee yang berkunjung ke rumah di hujung minggu baru ini... asalnya nak mencuba gulai kawah dan nasi briyani kambing tapi tak kesampaian sebab tak cukup bahan-bahannya... InsyaAllah kalau ada rezeki nanti k.gee teringin juga mencuba gulai kawah orang Kelantan yang memang menambat selera tu...  


SIMPLE NASI BRIYANI

Bahan-bahan

* 500 gram beras basmati (dibasuh dan ditos)
* Air secukupnya
* 4 sudu teh minyak sapi
* 2 biji bawang merah di hiris
* 1 inci halia
* 4 ulas bawang putih
* 2 sudu serbuk briyani
* Rempah penumis
* Daun pandan

Cara-caranya:

* Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan rempah penumis dan bahan2 yang dihiris sehingga naik harumannya. Masukkan pula rempah briyani yang dibancuh sedikit air.
* Masukkan air... tunggu sampai mendidih

* Masukkan pula beras.  Kacau.
* pindahkan periuk ke dalam rice cooker.  Biar nasi masak
* Apabila nasi masak, taburkan bawang goreng, kismis dan daun parsli di atasnya.



AYAM MASAK MERAH

Bahan A:

1 kg ayam (dipotong, dibersihkan, gaul dengan garam kunyit dan goreng)

Bahan B (ksiar):

4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
20 gm cilikering
2 sudu makan tomato puri
i inci halia




Bahan C:

1 biji tomato dibelah empat
1 biji bawang besar dipotong bulat
garam dan gula secukup rasa
sos tomato dan sos cili secukup rasa

Cara memasak:

* Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan B sehingga garing dan pecah minyak.
* Masukkan ayam yang sduah digoreng tadi dan gaulkan sehingga sebati. 
* Masukkan pula bahan C dan biarkan mendidih.
* Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan gaul sehingga sebati.
* Sedia untuk dihidangkan.



ACAR TIMUN

Bahan-bahannya :-

* 1 batang timun dihiris memanjang.
* 1 batang lobak merah dihiris halus memanjang
* 1 biji lada besar - dimayang
* 3 ulas bawang merah dimayang
* 3 sudu besar cuka makan
* 4-5 sudu besar gula pasir
* garam secukupnya

Caranya :

Campurkan semua sekali dan gaul sehingga mesra.  Sedia untuk dihidang.

 

Mak ! nanti buat nasi briyani gam pulak yer... kata eQa...
hehehe... insyaAllah yer sayang....


Monday, June 17, 2013

Agar-agar dan Saji


Assalamualaikum... apa khabar anda di sana? masih bersama gee-hut lagi ke...? kepada yang masih setia menemani dapor gee-hut ini jutaan terima kasih diucapkan... muaaaahs... sayang uols....

Seminggu dua ini k.gee kebizian... walaupun sibuk masak tetap masak cuma nak 'shoot menshoot tu tak berpeluang sebab ada kerja2 renovate rumah sikit... so banyak habuk... lagipun segan nak buka studio bila ada orang asing di rumah... maklumlah kita ni bukanlah pakar memasak dan bukan juga sharp shooter kan... sijil tadika jer... hihihi  


Agar-agar ini pun sempat shoot di studio sementara saje semalam... hari minggu kontraktor tak kerja so snap laju laju dan terus post kat fb... Resipi biasa-biasa saje yang penting dapat share dan berceloteh di alam maya... rindu tau!!!  


Oh ya! k.gee nak share satu lagi perkara... Saji Keluaran Khas Puasa sudah terbit tau... ! Sudi-sudikanlah dapatkannya di pasaran... ada menu dari dapor Gee-hut... hehehe 


Cuma k.gee sedikit terkilan sebab gambar tukang masak tidak disertakan... k.gee diberitahu itu memang konsep Saji keluaran khas.... huuuuu... sedih sebab tak dapat nak glamor kat orang kampong.... Apa pun k.gee berterima kasih kepada Majalah SAJI, wartawan Ezanawati dan jurugambarnya yang berkunjung ke rumah k.gee serta berbanyak-banyak terima kasih kepada kak Ummi sayang yang telah memberi laluan kepada k.gee dan dapor gee-hut tampil di persada media.... terima kasih semuaaaa!! Nah! ambil agar-agar laici + kiwi ini khas untuk you all....



AGAR-AGAR LAICI DAN KIWI

Bahan-bahan:

20gm agar-agar kering
1 tin laici (blender bersama sirapnya)
1 liter air
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 biji buah kiwi (dipotong dadu)

Cara-cara:

1. Didihkan air dan masukkan agar-agar. Kacau sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula pasir dan kacau lagi sehingga gula larut.
3. Masukkan laici yang diblender tadi serta susu cair. Kacau
4. Biarkan mendidih sekejap dan tutup api.
5. Susun buah kiwi yang dipotong dadu di dalam acuan dan curahkan agar-agar tadi.
6. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.
7.  Potong dan boleh dihidangkan.



Sedap tau layan agar-agar di musim panas begini....
Selamat mencuba....


Monday, June 10, 2013

Salam Syaaban 1434


Assalamualaikum....

Subhanallah... kita sudah melangkah ke bulan Syaaban.. bulan untuk mengejar kebajikan sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan... Moga kita diberi lagi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak yang sentiasa dirindui. InsyaAllah...  Kepada sahabat yang berpuasa sunat hari ini, tahniah dan semoga segala amalan mendapat keredaan Allah SWT hendaknya... amin!


Baiklah... kalau sudi bolehlah mencuba laksa kari dari dapor gee-hut ini untuk menu berbuka puasa petang nanti yer... Kalau nak jadikan menu di pagi raya pun boleh... Laksa ini adaptasi dari laksa Johor cuma diubahsuai sikit ikut citarasa k.gee dan keluarga... lagipun resepi laksa sebegini ada persamaan dengan laksa Pekan yang menjadi kegemaran orang di Kuantan ini... kuahnya hampir sama cuma laksa sahaja yang berlainan... laksa Pekan menggunakan laksa gandum berbanding laksa Johor menggunakan spaghetti... Apa pun rasanya hampir serupa... yang penting memenuhi selera sekeluarga, kan....


Hari ini k.gee tak ada idea nak berceloteh panjang... maklumlah masih keletihan selepas menghantar anak-anak pulang ke asrama semalam... Jom kita layan resepi laksa kari yuk....



LAKSA KARI versi gee-hut

Bahan - bahan

1 paket laksa basah
600 gm ikan selayang - bersihkan, rebus dan tumbuk isinya
2-3 sudu rempah kari
1 1/2 mangkuk santan
2 sudu kerisik
4-5 keping asam gelugor
Air
Daun kesum
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak

Bahan kisar :

1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Segenggam cili kering

Bahan iringan :-

Timun, Salad, Kacang Panjang, Telor rebus, cili padi, limau nipis/limau kasturi, bawang hiris

Cara-caranya:

Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar dan rempah kari hingga wangi dan bangkit baunya. Kemudian masukkan ikan tumbuk tadi, gaul rata dan curahkan santan serta sedikit air. Masukkan kerisik, garam, gula, daun kesum dan asam gelugor. Biarkan mendidih. Biarkan mendidih lama sedikit dan terbit minyaknya. Tutup api dan bolehlah dihidang bersama laksa dan bahan2 iringan yang digemari.



Selamat menjamu selera...

Friday, June 7, 2013

Sup ikan merah


Salam Jumaat semua... Moga hari ini hari yang lebih baik dari hari semalam... Mari kita mulakan hari ini dengan hati yang syukur dan ceria serta fikiran yang baik-baik kerana kebahagiaan dan ketenangan ada dalam setiap kesyukuran. 

"Ya Allah Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami nilai kesyukuran untuk kami sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan nikmat yang Kau berikan kepada kedua-dua ibu bapa kami, sehingga kami dapat melaksanakan amal soleh yang membawa keredaanMu. Jadikan kebaikan yang kami lakukan meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak kami. Dan masukkan kami ke dalam rahmatMu sebagai hamba yang soleh.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan selamatkan kami daripada azab api neraka. Amin."



Hari ini menu ringkas lagi... sup ikan merah...ala-ala lauk orang demam... demam rinduuuu gitew... hehehe


SUP IKAN MERAH

1 ekor ikan merah - bersaiz sederhana ( dicuci bersih dan dikerat )

1 bungkus sup bunjut
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 inci halia
1/2 sudu lada hitam - tumbuk kasar
1 liter air
Garam secukupnya
Sedikit minyak masak

Bahan hiasan :

Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang

Caranya :-

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, lada hitam dan halia yang ditumbuk kasar.  Masukkan ikan merah, sup bunjut dan kacau rata.  Tambahkan air dan garam.  Biarkan sehingga mendidih.  Jika suka boleh tambahkan tomato dan batang celeri dan sebagainya.   Sesuaikan rasanya dan tutup api.  Bila menghidang, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. 


Sudi-sudikan lah...


Thursday, June 6, 2013

Kudap-kudapan


Selamat petang anda di luar sana... sedang buat apa tuuu...? al-maklumlah... selepas makan tengahari dengan hidangan yang penuh keliling meja pastinya perut pun sudah membusung semacam dek kekenyangan kan... mula lah terlentang melepak-lepak di depan TV sambil mata pun terkebil-kebil makin melayuuuuuu jer... kan? huwaaaarggg... mengantuknyaaa.....


Cop..cop!! jangan lena lagi... mari layan snek kudap-kudapan kampung style dari dapor gee-hut ini dulu... pedas tapi sedap tau...! Jom layannnn....


BILIS DAN KACANG BALADO

1 cawan kacang tanah
20 gm ikan bilis halus

Bahan kisar :-

10-15 biji cli padi
1 biji cili merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Garam dan gula secukupnya
Minyak masak

Caranya :-

1.  Panaskan kuali beserta minyak dan goreng kacang dan ikan bilis berasingan.  Angkat dan toskan.

2.  Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.  Kacau.
3.  Tambahkan garam dan gula dan kacau sehingga kering.

4.  Tutup api dan biarkan minyaknya tos sekejap.

5.  Curahkan ikan bilis dan kacang yang sudah digoreng tadi dan gaul hingga rata.

6.  Sejukkan dan boleh dimakan bersama nasi atau sebagai kudapan di depan tv.  Boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan sedia dimakan bila-bila masa.


Simple dan pedas tapi berbaloi-baloi.... cubalah!

Wednesday, June 5, 2013

Aura Raya sudah mari...


Wah! macam menu pagi raya... ada nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang dan sate goreng... bila anak-anak bercuti dan berkumpul di rumah k.gee suka masak yang special sikit buat mereka... sekali sekala kan... muahh..muahh ! sayang emak.... kata eQa.... 


Hajat di hati nak makan nasi impit bersama sate goreng... sate tu k.gee tempah dari seorang kawan sepejabat yang memang pakar bab sate menyate ni... katanya resepi sate goreng ini resepi turun temurun keluarga mereka... setiap kali menyambut hari raya sate goreng memang menjadi menu wajib di meja... K.gee tempah dan goreng sendiri di rumah... sedap sangat taww...!


Kuah lodeh ini pulak khas untuk bonda k.gee yang tak suka makan ayam... ayah k.gee pulak 'pantang' tengok menu yang berasaskan kekacang ni... dia paling suka! dua tiga kali dia meratah dan menghirup kuah lodeh tu... padahal lodeh k.gee ini tak cukup bahan, terlupa beli tempe... Apa pun k.gee bersyukur dan berpuas hati sebab menu yang k.gee sediakan menambat selera keluarga... itu yang penting kan....


Ini resepi kuah lodeh dan kuah kacang versi simple dari gee-hut yer... sate goreng dan nasi impit tak ada resepi yer sebab impot punya... hehehe

RESEPI KUAH LODEH Gee-hut

Bahan-bahannya :~

4 keping fucuk - potong kecil dan rendam
2 keping tauhu - dipotong dadu dan goreng sekejap
1 bungkus soo hoon - potong kecil dan rendam
1 bungkus tempe - potong kecil dan goreng sekejap
Semangkuk kobis bulat yang dihiris sederhana
1 biji sengkuang saiz keci -  hiris memanjang
5 batang kacang panjang -  hiris serong cuci dan toskan
1 batang lobak merah - hiris memanjang
1 mangkuk udang hidup
1 kiub pati ikan bilis
2 biji cili merah - dihiris
2 batang serai -  diketuk
1 mangkuk santan pekat
air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan ksiar :~
1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

Cara-cara :


Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar, kiub ikan bilis dan serai yang diketuk hingga garing dan wangi. Kemudian masukkan air biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan pekat secukupnya untuk kuah. Guna api sederhana, bila kuah mendidih masukkan udang hidup dan sayur-sayuran.  Kacau rata.  Masukkan juga tauhu dan tempe yang digoreng, fucuk serta soo hoon.  Gaul rata kemudian masukkan cili merah yang dipotong serong, garam serta sedikit gula. Biarkan merenih, bila mendidih rasa pun sudah okay, bolehlah padamkan api.


RESEPI KUAH KACANG


Bahan-bahannya :

200 gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar
Air
Garam dan gula secukupnya
Asam jawa
1 batang serai diketuk

Bahan kisar :-


4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
10-15 tangkai cili kering


Cara-Cara:-

1. Panaskan kuali masukkan minyak.  Tumis bahan2 kisar dan serai yang diketuk hingga garing dan bangkit baunya.
2. Kemudian, masukkan kacang tanah yg dikisar tadi.  Kacau perlahan2.
3. masukkan pula air asam jawa dan air secukupnya.  .
4. Perasakan dgn garam dan gula. Biarkan mendidih hingga kuah pekat.
5. Boleh dihidangkan bersama nasi impit dan sate.




Raya nanti datang rumah k.gee yer...



Tuesday, June 4, 2013

Kuih lapis 'traffic light'


Assalamualaikum... syukur alhamdulillah ya robb masih dapat meng'hidup'kan blog ini walaupun sehari dua ini masih bersedih hati di atas kehilangan seorang sahabat yang sangat disayangi.... kehilangan buat selama-lamanya... innalillahiwa inna ilaihi rajiun... moga roh Kak Yan berada dalam kalangan orang2 yang beriman... amiin... al-fatihah


Apapun kita yang tinggal perlu meneruskan kehidupan... Ok, menu k.gee hari ini kuih tradisional yang memang menjadi kegemaran k.gee dan keluarga... memang selalu k.gee buat kuih lapis ini cuma kali ini atas request si eQa k.gee buatkan warna-warni yang meriah macam traffic light... cuma susunan saje yang tersilap sikit... hehehe... Resepi nya k.gee angkut dari dapor chef idola k.gee lah... siapa lagi kalau bukan si jejaka CMG... terima kasih Che Mat... kuih yg sangat sedap...



KUIH LAPIS TRAFFIC LIGHT
Resepi asal : Kuih Lapis Nyonya a.k.a kuih Genggang


Bahan A :-)


150 g tepung beras
30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
400 ml santan pekat
160 ml air

Bahan B :-)

180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir)
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan

BAHAN C :-)

Pewarna makanan hijau
Pewarna makanan merah jambu@pink
Pewarna makanan merah cili


Cara membuatnya :-)

1.Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.

2.Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan warna merah cili.

3.Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.

4.Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!



Kuih lapis berwarna warni,
Makan bersama sanak saudara,
Sahabat yang hilang tiada pengganti,
Moga kau tenang dan bahagia di sana...

Al fatihah.....



Monday, June 3, 2013

Sahabat Yang Telah Pergi...

  Dunia kita tak lagi sama...
Kau telah berada di tempat yang jauh dan penuh cahaya suci...
Dan aku terkujur dalam sepi dan menanti untuk bertemu diri mu
Namun ntah kapan kita bisa ketemu kembali
Dan bersama lagi seperti sedia kala

Aku sangat merindukan diri'mu
Senyum mu dan canda tawa mu
Yang selalu menghiasi hari-hariku dengan ceria...

Namun...

Tuhan berkehendak lain
Kita berpisah untuk selama-lamanya
Hanya sebongkah nisan yang tertulis nama mu
Dan hatiku berkecamuk tak menentu...

Dalam ruangan kosong dan hampa
Aku terduduk di bangku yang kau duduki itu
Hatiku menahan isak dan tangis
Dan berderai air mata yang terjatuh bergelimpangan

Oh...Sahabatku

Apakah kau rindu kepadaku
Seperti aku yang merindukanmu di sini
Kau selalu menghiasi hari-hari ku dengan indah
Kau membuatku menjadi bahagia seperti dulu
Namun mengapa kesedihan ini datang kepadaku

Sahabatku...

Seperti apakah duniamu sekarang?
Apakah jauh lebih indah dari duniamu yang sebelumnya
Aku hanya selalu berdo'a kepadamu
Agar kau selalu bahagia dan tenang di sana
Dan Tuhan selalu menjagamu dengan baik...

... Puisi Linda Rahmawati

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015