Sunday, January 31, 2010

Bunga kesidang




Bunga kesidang tersangat harum baunya dan rajin berbunga... masa kecik2 dulu tengok arwah wan yang gemar memetik bunga kesidang untuk dicucuk pada sanggulnya supaya rambut berbau harum.

Teman Sejati

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu

Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita...

Friday, January 29, 2010

Kelebihan Jumaat


Pada hari Jumaat itu pahalanya lebih daripada hari-hari lainnya.· Sepanjang 24 jam yakni dari petang Khamis sehinggalah ke petang hari Jumaat itu sangat dimakbul doanya dan dalam 24 jam itu terdapat satu masa yang sangat-sangat dimakbul oleh Allah yang tidak diketahui oleh manusia.


Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.” Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah. Ulama berpendapat lebih afdhal membaca Surah Kahfi pada hari Jumaat berbanding Surah Yassin.


Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Thursday, January 28, 2010

yummy

Beli ciskek ni untuk eQa, 1 blueberry dan 1 lagi caramel tp..... rasanya lebih sedap kek kak Nyah..heeeee



Wednesday, January 27, 2010

Yeay...!! Dah Lulus



Syukur alhamdulillah... dh lulus Peperiksaan Undang2 Kerajaan.

Cenderahati untuk MTNP



cheese cake ni tempah kat Huda kad ni plak Pn. Rozila yg tolong buatkan... Pagi ni 27/1 dh hantar ke MTNP....terima kasih buat semua

Cantik tak?


GUCCI Jewelry Gold Rose Plated Bracelet Special with
Crystals on bezel and Bracelet
Gold Rose Dial Series Womens Watch

Tuesday, January 26, 2010

Putu kacang

Gambar : ehsan google

Petang tadi aku dijamu putu kacang, katanya Hanis belanja. Boleh tahan gak rasanya, sedap... Tetiba aku teringat arwah Wan aku yg suka wat putu kacang... Tp aku dh tak bape ingat resepinya...lebih kurang cam ni la. Bahan-bahannya tidak banyak, cuma kacang hijau dan gula halus sahaja. Mula-mula asingkan kacang hijau daripada bahan asing seperti batu, kulit luar dan sebagainya. Kemudian basuh bersih dan sangai (goreng tanpa minyak) hingga garing tapi jangan sampai hitam. Selepas itu giling semasa masih panas dengan batu giling yang di bawahnya dilapik dengan guni bersih bagi menanggalkan kulit hijau kacang itu. Kacang yang digiling tadi perlu ditampi bagi membuang kulitnya. Lepas itu baru ditumbuk menggunakan lesung kayu bagi mengisar halus kacang hingga menjadi tepung.

Untuk dua mangkuk tepung kacang hijau perlu dicampurkan dengan satu mangkuk gula halus dan diuli sambil direnjis-renjis dengan air suam. Kerja menguli ini pun mengambil masa selama dua jam supaya tepung dapat diuli rata.

Sebaik-baiknya embunkan tepung yang diuli itu semalaman tetapi jika tidak mahu diembunkan, lebihkan air renjisan. Tepung tersebut hendaklah dipastikan boleh dikepal dan kemudian ditekan-tekan di dalam acuan hingga padat. Potong lebihan tepung menggunakan pisau dan sapu permukaan yang dipotong tadi dengan tepung kacang hijau yang tidak bercampur gula. Pastikan tepung yang ditekan tadi betul-betul padat dan ketuk putu keluar. Susun dalam dulang hingga penuh dan jemur. Putu kacang ini walaupun tidak dibakar tetapi boleh tahan lama.

yahooo...dh kembang


Oh senangnya dalam hati tengok okid ku dh kembang seperti dunia aku yg punyer...ow ow pinjam lirik p.ramlee daa...

Monday, January 25, 2010

Cik Huda - Toke kek

Kek ni aku tempah kat sini http://dbaksensations.blogspot.com/
Hari ni tempah cheese cake plak...nk bagi hadiah kat sekolah Along.
Add Image

Sunday, January 24, 2010

Sunday24

Al-kisah hari minggu aku yg sibuk... macam2 pesanan dari anak2ku yang duduk asrama... sorang nak baju kadet, sorang nak t-shirt putih, sorang lagi nak baju sekolah katanya hilang di jemuran, grhhhhh... keliling bandar harini bershopping.










Tp.... sibuk2 pun sempat gak makan angin kat Pantai Batu Hitam... huhhh dapat gak lepas lelah....


waaa sedap tuh ABC & nasi ayam Along...







mee kari spesel untuk eQa & ayah... bessss!!

dan cam biasa si meow 'hidangan' untuk eQa...

& finally sempat jengok Abende kat Tahfiz...


Monday, January 18, 2010

Buah Bidara












Bidara (ziziphus mauritiana) ialah tumbuhan hutan yang kini ditanam secara komersil. Berukuran 4.6 meter tinggi, ia mempunyai pelbagai kegunaan, terutama dari segi perubatan oleh masyarakat kampung, khususnya di Melaka. Rebusan kulit dan biji bidara boleh diminum untuk menghentikan cirit-birit. Bidara mengeluarkan buah yang rasanya manis dan enak dimakan.

Nasi lemak buah bidara


Menu kami malam ni...

Isnin yang sibuk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari dimulakan dgn ceria, senyuman anak gadisku sbg pembuka hari yg indah. hari ni hubby cuti. ada la orang hantar ke ofis...

kerja banyak hari ni. alhamdulillah. tu tanda aku masih punya kerja. pagi ada meeting bahagian. bos kata hari isnin tdk boleh bercuti. ada banyak kerja nak dibuat. petang ada meeting lagi...Nak buat semua benda sekali bukan mudah, perlu ketabahan dan keyakinan.

ya Allah..permudahkan urusan hambaMu ini, . semoga hari2 yg berlalu terus ceria, ceria, ceria. amin...

Sunday, January 17, 2010

Buah hati Mak Lang

Semalam sambil bawa mak berjalan2, gi ziarah Mak Lang kat Bt Sekilau. Fuiyo...tengok la taman orkid dia, cantiknyer... Mak lang kata ini 'anak emas' dia... sempat juga aku minta anak orkid sedahan... harap2 boleh hidup segar cam bunga dia...




Jalan2 @ Pasar Tani

Pagi ni shopping kat Pasar Tani Mega Kuantan. Tengok la tu hubby beli ayam kampung, nak makan gulai lemak cili api lah tu...



eQa : "Ayah, nak beli ayam yang ni boleh tak?"






singgah gerai jual bunga. Awat serius jer muka tu sayang..., penat yer?



Heee...beli anak orkid 4 pasu... minat punyer pasal. Harap2 boleh hidup subur dan mekar berbunga, aminnn.....






Ni la toke orkid.





Beli durian la plak...sori aaa yg ni ma tak suke yek...







...dan finally ini gerai favourite eQa. Huray...dapat belon !!!
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015