Wednesday, August 28, 2013

Kek span lemon kegemaran


Kek span memang kegemaran k.gee dan memang selalu buat... lemon pulak kegemaran encik hb... kedua-duanya memang selalu ada stok di rumah k.gee... hb paling gemar minum air lemon pudina madu panas... sedap tau k.gee pon suka... kek span lemon madu lagi sedap... hehehe...



 KEK SPAN LEMON MARBLE

Bahan-bahan :

400 gm sponge cake mix
5 biji telur
80 ml air (tambah sedikit madu)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil air lemon
80 ml minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko - diayak
1 sudu kecil coklat emulco
Sedikit pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara :

1. Sediakan acuan dan alas dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Masukkan tepung sponge came mix ke dalam mangkuk adunan. Tambahkan air dan jus lemon dan putar perlahan.

3. Masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu.

4. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen vanila dan minyak jagung perlahan-lahan.

5. Ambil anggaran 2 senduk adunan tadi dan dimasukkan dalam mangkuk lain dan ditambahkan dengan serbuk koko dan coklat emulco. Kacau rata.

6. Masukkan adunan plain berselang seli dengan adunan koko dalam loyang. Ambil pisau plastik atau lidi sate dan corakkan bentuk marble.

7. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bila lidi keluar bersih kek dah masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu baru dipotong.
 


Taraaa.... dah siap untuk anda...!!
sudi-sudikanlah.....


Tuesday, August 27, 2013

Tembikai spesel


Apa yang speselnya tembikai mak ini...? tanya eQa... Mestilah spesel sebab kulit dan bijinya boleh dimakan sekali.... Oh! hebatnya... tapi kenapa warnanya tak merah...? itulah yang speselnya... walaupun warna tak merah tapi rasanya tetap manis dan segar tau.... makan sekali pasti nak lagi... tak percaya!? cubalah...  


Hahaha... dialog ibu dan anak sebagai pembuka bicara.... apa khabar teman-teman agaknya di sana... masih meraikan syawal ke...? pasti banyak terima undangan baik rumah terbuka, perkahwinan atau pertunangan... tidak kurang juga majlis doa selamat dan tahlil di bulan yang mulia ini... kalau ada kesempatan dan kesihatan mengizinkan eloklah ditunaikan undangan-udangan itu sebagai memenuhi tanggungjawap kita sebagai jiran atau sahabat dan mengeratkan silaturrahim, kan...    


Sebenarnya ini bukan buah tembikai tapi puding tembikai untuk majlis sambutan aidilfitri di pejabat k.gee kelmarin... Sudah lama teringin nk buat tapi tak terbuat2 jugak hinggalah k.gee terpandang di blog Wendyinkk yang menggunakan buah naga untuk warna dan bijinya... nampak ada kelainan dan unik sikit... siapada step-by-step lagi... terus k.gee terpikat... kalau berminat untuk mencuba bolehlah lihat resipinya di Wendyinkk Table For 2 or more yer...


Selamat mencuba....
memang yummeh...!!



Thursday, August 22, 2013

Biskut cendawan


Sudah 15 Syawal rupanya... balang kuih pon sudah tinggal serdak aje lagi... kesian pulak tengok anak-anak terkuis-kuis habuk kuih tu... nampak gayanya kenalah buatkan biskut raya kali ke dua pula untuk mereka.... sebenarnya bukan anak saje yang nakkan biskut raya emak pon sama juga...hehehe  


Biskut cendawan ini k.gee buat sehari sebelum balik raya itu hari... memang tahun ini k.gee berhajat nak buat biskut raya yang lain daripada tahun2 sebelumnya... apalagi... k.gee selongkar dapor2 chef blogger yang ada resepi biskut2 yang hebat dan menarik... saje nak test power!!! hahahaha.... alhamudlillah nasib baik menjadi walaupun ada sedikit kerumitan dan uijian kesabaran.... berkat bulan Ramadhan semuanya berjalan lancar.... Terima kasih kepada mereka... Ita Masam ManisSiti Delima, Azita Zain, Tarabozu, Nadz nazahan dan Yani.
      


BISKUT CENDAWAN

Rujukan : Ita Masam ManisSiti Delima, Azita Zain, Tarabozu, Nadz nazahan dan Yani...      
Olahan : gee-hut

Bahan-bahannya:

225 gm butter
75 gm gula icing
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Bahan Ayak

300 gm tepung gandum atau tepung rose
90 gm tepung jagung
15 gm susu tepung (k.gee tak letak)
1 sudu teh emplex
k.gee tambah 1/2 cawan badam serbuk

Caranya :

Pukul butter bersama gula hingga sebati

Masukkan kuning telur dan esen vanila dan terus pukul dengan speed sederhana hingga sebati

Kemudian perlahankan speed dan masukkan bahan-bahan yang di ayak sedikit demi sedikit dan terus uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan

Jika adunan lembik tambahkan sedikit sahaja lagi tepung

Panaskan oven pada suhu 150C bergantung pada kepanasan oven

Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter

Canaikan doh di atas dua lapik plastik supaya tidak melekat-lekat

Terap doh dengan acuan cendawan

Susun terapan cendawan atas loyang

Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 15~20 minit atau sehingga biskut masak

Setelah masak sejukkan

Sekarang kita sediakan icing

 
ICING

1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Pukul putih telur hingga kembang

Masukkan gula icing, tepung jagung dan jus lemon dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat

Bahagikan adunan icing kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna pilihan

Masukkan dalam piping bag

Paipkan atas biskut cendawan yang telah sejuk tadi

Hiaslah ikut kreativiti masing-masing

Kemudian bakar semula dalam oven pada suhu 150 C selama 10 minit

Setelah masak biarkan sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

 

Biskut yang comel dan sedap...
cubalah!



Wednesday, August 21, 2013

Nasi minyak bidan terjun..


Ha ha ha... pepagi lagi sudah tayang nasi minyak bidan terjun... di musim-musim raya ni memang wajib standby bahan2 makanan dalam fridge tau... tak lah jadi bidan terjun macam k.gee ni... bila dapat call dari adik kata nak datang beraya kelam kabut dibuatnya... masa tu anak2 masih bercuti lagi jadi stok makanan cepat aje habisnya terutama ayam yang memang menjadi faveret mereka... nasib baik sehari sebelumnya hb beli lebih sikit ayam, bolehlah k..gee sediakan nasi minyak simple ini untuk tetamu...  


K.gee masak nasi minyak sekadarnya saje tak banyak bahan...  manakala acar buah ini pula  sumbangan sempena Majlis Khatam Al-Quran di pejabat semasa bulan Ramadhan baru-baru ini... boleh juga diregukan dengan nasi minyak tidaklah solo ajer dia kan....



NASI MINYAK

3 cawan beras basmathi
2 helai daun pandan
4 cawan air
1 sudu minyak sapi
1 sudu minyak masak
1/2 inci halia ( dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu sunquick oren
Rempah penumis (kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang)
Sedikit garam

Cara Penyediaan

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi dan minyak masak.  Masukkan rempah penumis dan bahan hiris dan tumis hingga wangi. 

2. Sementara itu, beras basmathi dicuci bersih dan toskan.  Kemudian masukkan ke dalam bahan tumisan tadi dan kacau sekejap. 

3. Masukkan air dan tuang kesemuanya ke dalam rice cooker. 
4. Masukkan garam dan sunquick dan masak seperti masak nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak kacau dan taburkan dengan bawang goreng dan kismis ayau apa-apa bahan yang digemari.

6. Boleh dihidangkan bersama ayam masak merah, papadam dan acar.


AYAM MASAK MERAH
Resipi : dapur Ibundo

Bahan-bahan

Satu ekor ayam yang siap dipotong, gaulkan dengan sedikit kunyit dan sedikit garam.
minyak untuk mengoreng ayam
2 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
sedikit halia
1/2 tin kecil tomato puree
10 sudu besar cili kering yang sudah diblender.
1 tin kecil kacang peas (asingkan air dan kacang)
garam dan gula secukup rasa.

Cara memasaknya:

Ayam yang sudah digaul dengan kunyit dan garam, digoreng 3/4 masak. Ketepikan.

Bawang besar, bawang kecil dan halia diblender.

Ambil sedikit minyak menggoreng ayam tadi dan panaskan dalam kuali. Tumis bahan yang sudah di blender. Masukkan cili. Kalau suka pedas, boleh lebihkan cili. Tumis sehingga cili masak. Kemudian masukkan tomato puree, garam, perasa dan 4 sudu besar air kacang peas. Bila sudah betul2 masak, masukkan ayam goreng tadi. Boleh ditambah sedikit air sekiranya kuah terlampau pekat. (anak2 k.gee memang suka kuah yg banyak).
Kemudian masukkan kacang peas. Kacau sebentar sahaja dan padamkan api.



Si adik manis berkebaya nyonya,
Cik Abang kacak berkain songket,
Rindunya pada teman2 blogger nun di sana,  
Kenapa sudah lama n3 tak ber update...

hehehe... Selamat Berpuasa Enam...


Tuesday, August 20, 2013

Samperit dulu-dulu


Masih dalam mood raya lagi kan..kan... walaupun ramai yang berpuasa sunat Syawal... alhamdulillah dan insyaAllah ada ganjaran buat orang-orang yang bersabar... Mood raya... kuih raya...jalan raya (bukan jalanraya)...duit raya... gambar raya... wah..! wah..! wah..! indahnya raya...!!



Samperit memang kuih raya paling glamer di hari raya kan... dulu kini dan selamanya... walaupun masa dan zaman telah mengubah rasa dan rupanya namun samperit dulu-dulu tetap menjadi pilihan hati k.gee... MIL k.gee suka sangat makan biskut samperit dan k.gee pon ada simpan resipinya yg bertulisan jawi... biasanya setiap kali raya dia akan buat kuih ini cuma tahun ini dia kurang sihat dan tak sempat menyamperit... Jadi k.gee buatkan samperit ini untuk dia dengan resipi dari emak Shiela Spices Journey... cuma tepung jagung butterfly k.gee gantikan dengan tepung jagung biasa saje sebab dah tak ada lagi di pasaran... Terima kasih bebanyak Shiela kongsikan resipinya... memang sedap... cair di molot... sangat sangat yummy!!! Izinkan k.gee kongsikan resipinya di sini pulak yer... 


SAMPERIT
Reseipi : Shiela Spices Journey

400 gm / 1 tin tepung B&P Butterfly
3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor
1 cawan mentega Buttercup
3 biji kuning telur
Sedikit vanilla extract

Cara:

1. Ayak tepung jagung bersama tepung gandum.
2. Kacau kuning telur dengan vanilla extract.  Ketepikan.
3. Dengan menggunakan senduk atau spatula kacau butter dengan gula castor hingga sebati.  Jangan guna mixer, nantui adunan akan lembikdan kena guna lebih tepung.  Kureng rasanya nanti kalau banyak tepung.
4. masukkan kuning telur dan kacau hingga mesra dan sebati.
5. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.  Guna tangan jer.
6. Dengan menggunakan acuan samperit tekan ke dalam loyang.
7. Panaskan oven danbakar pada suhu 150'c dengan api atas bawah selma 20 minit atau mengikut kapasiti oven memasing.
8. Setelah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Biskut samperit kuih bahulu,
Almond london biskut suji
Jangan di lupa resipi dulu-dulu
Bila nk buat open house jemputlah k.gee...

hehehehe....

Monday, August 19, 2013

Meriahnya raya...


Assalamualaikum... masih dalam mood raya lagi kan...? meriahnya raya k.gee dan keluarga pada tahun ini... baik beraya di rumah emak dan ayah mahupun di rumah mertua... seronok sangat sangat.... kebetulan kesemua 10 orang adik beradik k.gee ada balik walaupun tidak serentak... riuh rendah macam nak terangkat rumah emak... hehehe... beraya di rumah mertua pula yang paling best bila kami konvoi ke rumah saudara mara di Janda Baik... 10 kereta kesemuanya dengan lebih 50 orang... bayangkan bagaimana tuan rumah bertungkus lumus melayan makan minum kami sekeluarga... satu tong drum kena buat air... hehehe... setahun sekali jer... kan! Jom layan gambar....   

Buah hati k.gee berjubah di pagi raya...
Satu geng... sepupu sehati sejiwa...
hep..hep..hooray! dapat duit raya...!!! 
Sopan santunyaaa...solehah!  

Anak-anak dara... 


Beraya di Janda Baik...


Bersama keluarga mertua...


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir n Batin
dari kami sekeluarga...

Tuesday, August 13, 2013

Salam Syawal dan agar-gar Milo


Assalamualaikum dan Salam 6 Syawal... Raya! Raya! Raya! tentu ramai yang masih berhari raya di kampung sambil ziarah-menziarahi sesama sanak saudara... seronoknya..! maklumlah raya setahun sekali dan anak-anak pun masih bercuti sekolah... k.gee sudah kembali bertugas walaupun mood raya masih 'panas' lagi dan mood bekerja...alahai...lemau! sambil membelek2 gambar raya teringat pulak lemang dan rendang yang mak masak hari tu... rasa nak balik kampung sekali lagi... ahai syahdunya...!!


Ini menu bulan puasa hari tu...tak sempat nak post... k.gee buatkan untuk eQa bawa bekal berbuka puasa di sekolahnya... Sesuai juga untuk juadah majlis rumah terbuka hari raya... cubalah !  

AGAR-AGAR MILO
Resipi : CMG, MyResipi
Olahan rasa dan gaya : gee-hut

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 paket (10 gram) agar2 serbuk cap "Swallow" (cap burung layang2)
400 ml susu sejat IDEAL
800 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
3/4 cawan gula pasir (nak manis, sila tambah lagi)
3 camca besar milo
Secubit garam (secubit jeee)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Satukan serbuk agar2 dan gula pasir, kacau rata. Tuang susu sejat dan air. Masukkan daun pandan, masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalu hingga agar2 larut dan keluarkan daun pandan.

2.Bagi dua agar2 tadi (kurang lebih 600 ml). Satu bahagian ditambah dengan milo, dan satu lagi masukkan secubit garam. Kacau rata dan tuang dalam periuk berasingan dan biar atas api kecil.

3.Ambil 200 ml adunan milo, tuang dalam loyang dan biarkan beku.  Apabila telah beku, potong dalam bentuk dadu.

4. Tuang bancuhan susu ke dalam loyang dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras. Simpan dalam peti sejuk hingga betul2 keras. Potong dan boleh hidangkan. Sedap dimakan sejuk sebagai pencuci mulut.


Timang Tinggi-tinggi
Sampai Cucur Atap,
Selamat hari Raya Aidil Fitri
Ampun Maaf Salah dan Silap...

Monday, August 5, 2013

Biskut bebola cornflakes Hajjah Ummi


Assalamualaikum... bertemu kembali di halaman maya yang sangat dirindui... Alhamdulillah syukur masih diberi peluang dan dipanjangkan umur oleh Allah swt untuk menyempurnakan ibadah Ramadhan yang besisa beberapa hari lagi dengan sempurna dan diberkati... mudah-mudahan... amin 


Kemeriahan syawal kian terasa...tak sabar nak pulang berhari raya ke kampung... cuti hujung minggu baru ini sempat k.gee godek2 dua tiga resepi biskut... semuanya resipi yang mudah2 aje... yang penting sedap di tekak dan memenuhi selera keluarga... Biskut bebola cornflakes ini k.gee selongkar dapor Kak Hajjah Ummi... memang best!


 
BISKUT BEBOLA CORNFLAKES


Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)

•1/2 cawan butter
•1/2 cawan gula kastor
•1 biji telor
•1 sudu teh esen vanila
•2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
•1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
•2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
•cawan kertas saiz kecil secukupnya

Cara Membuat:-

1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2.Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.

3.Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.

4.Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.

5.Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.

6.Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.
 
   

Bebola cornflakes kasih sayang...
hehehe...


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015